Semasa majlis kenduri doa selamat di Taman Alamanda, Senawang siang tadi saya diberitahu oleh seorang AJK Masjid Bandar Baru Senawang bahawa menurut satu kajian 99 peratus pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah tidak solat fardu 5 waktu.
Wahai para ustaz, wahai para alim ulama, wahai pejuang Islam, wahai JAKIM, wahai Jabatan Agama, wahai Majlis Agama Islam, wahai pemimpin Islam, sedar ke tak ni ?
Kalau 99% remaja Melayu tak sembahyang , bermakna mereka tidak kenal ALLAH. Macamana kita hendak mempertahankan Islam, mempertahankan kalimah ALLAH kalau 99% remaja Melayu tak solat.
Tolonglah tengok turun padang, pergi setiap masjid dan surau seluruh Malaysia, di kampong-kampung, di Felda-Felda, di pedalaman, di bandar.
Macamana nak selesai masalah gejala sosial, buang bayi, fenomena Si Tanggang dan lain-lain masalah kalau solat pun semua pihak pandang ringan.
Solat perkara pertama akan disoal di akhirat nanti.
INGAT ALLAH, INGAT MAUT, INGAT SEMUA KITA AKAN DIPERSOALKAN NANTI.
SEMARAKKAN MAJLIS ILMU DI REMBAU !
******************************************
Jadual Pengajian Islam di Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau, N.Sembilan
Kuliah Mingguan Setiap Ahad selepas Maghrib
Minggu Pertama –
Ustaz Mohamad Mohsein , Hadis Imam Nawawi
Ustaz Md Nazri Md Yusof , Tasauf , Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman (Imam Habib Abdullah Haddad)
Minggu Kedua –
Ustaz Abd Ghani Zaigu , Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto)
Ustaz Sufian Daud , Fiqh Sirah (Dato Seri Hj Abd Hadi Awang)
Minggu Ketiga –
Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz , Tafsir Al Jalalain
Ustaz Abd Mukti Baharudin , Tafsir Maududi
Minggu Keempat –
Ustaz Jaafar , Feqah Ibadah (Sheikh Daud AlFathani)
Ustaz Hassan Alias, Fikrah
Blog Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman http://madrasahselemak.blogspot.com
**************************************
JADUAL PENGAJIAN KITAB THUTRUTH
Di Madrasah Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau
Sabtu Minggu Ke 4 setiap bulan
2:30 ptg – 3:30 ptg – Ustaz Zulkifli Dari , Aqidah
3:30 ptg – 4:30 ptg – Ustaz Mohamad Kasim
5:00 ptg – 6:00 ptg – Ustaz Sulaiman
*************************************
Kelas Agama Ustaz Zulkifli Mat Zari Bulan Februari
A.6,13,20,27 Februari-Kelas Usuluddin Remaja dan Wanita-10.30 pagi-Surau Taman Rembau Utama
B.7,14,21,28 Februari-Kuliah Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita-Lepas Maghrib-Surau Taman Rembau Utama
C.13 Februari -Kuliah Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita -Lepas Maghrib-Masjid Annur Rembau
D.Setiap Isnin,Selasa,Khamis dan Jumaat-Kelas Al-Quran Remaja-4.30-6.30 ptg-Surau Taman Rembau Utama
E.Setiap malam Isnin,Selasa,Rabu,Khamis-Kelas Al-Quran Remaja-8.00-9.00 mlm-Rumah Ustaz
318 RU 16.
F.1 dan 15 Februari-Kelas Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita-Lepas Maghrib-Masjid Senama Rembau N.S
Maklumat lanjut di http://sejarahdaniktibar.blogspot.com/2010/01/kelas-agama-ustaz-zulkifli-mat-zari.html
1 ulasan:
salam.terima kasih kerana promosikan kelas Usuluddin Ust.Zul.Marilah seluruh umat manusia berusaha mengenal ALLAH .Seiapa yang tak kenal ALLAH dan tak taqwa kepada ALLAH dikhuatiri akan kekal di neraka selama-lamanya walaupun di dunia pada zahirnya mereka orang Islam.
Catat Ulasan