KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100105

80 peratus Melayu runtuhkan agama Islam


Tidakkah kita risau begitu ramai orang Melayu yang meruntuhkan tiang agama Islam ini ? Orang Islam sendiri yang meruntuhkan agama, bukannya orang yang tidak Islam.

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, Nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.” Malah batas antara iman dan kufur ialah solat. Sumber JAKIM http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1158

Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Sumber http://toriquljannah.blogspot.com/2009/03/dari-tinjauan-dato-dr.html

Banyak perkara pelik berlaku akhir-akhir ini. Gempa bumi di Kuala Pilah. Ikan jerung atau ikan yu menyerang pengunjung pantai Port Dickson.

Mereka yang bijak ialah mereka yang banyak mengingati mati serta membuat persiapan dan bekalan yang secukupnya serta sempurna selepas mati.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas informasi menarik