KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100116

N.Sembilan dilanda Puting Beliung tahun 2010

Gambar Hiasan


Saya baru sahaja menulis artikel mengenai puting beliung yang hampir terbentuk di Senawang pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/01/ancaman-puting-beliung-di-malaysia.html

Akhbar Sinar Harian 16 Januari 2010 melaporkan Taman Rembau Utama telah dilanda puting beliung.

Hanya kepada Allah kita mohon keselamatan dari pelbagai bala bencana yang melanda negara ketika ini.

Hidupkan surau dan masjid di tempat kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Kalau bukan kita siapa ? Sayangilah ibu bapa dan orang tua. Sayangilah orang muda. Ambil beratlah jiran tetangga dan sanak saudara.

Buat semua yang Allah suruh, tinggal semua yang Allah larang.

Amaran dah diberi, tanda-tanda dah ada. Tunggu apa lagi ?

****************************
Sinar Harian 16 Jan 2010
Pusaran angin musnah atap rumah

REMBAU - Penghuni empat rumah di Taman Rembau Utama di sini terkejut apabila atap rumah mereka diterbangkan ribut, malam semalam.

Pekerja kilang, Amran Muluk, 48, berkata, dia bersama keluarga sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan bunyi bising menyebabkan mereka bertempiaran keluar dari rumah.

Menurutnya, apabila keluar dari rumah mereka dapat melihat atap rumah diterbangkan angin seolah-olah sedang dilanda puting beliung. Bagaimanapun, kejadian angin kencang itu hanya berlaku beberapa minit dan akibatnya tujuh keping atap rumahnya rosak dan hilang.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam. Kami sekeluarga memang takut ketika itu dan hanya terfikir lari keluar untuk menyelamatkan nyawa kerana bimbang keadaan lebih buruk akan berlaku,” katanya ketika ditemui.

Katanya, kejadian ini bukanlah kali pertama buat mereka sekeluarga kerana situasi ini pernah berlaku sebelum ini.

Amran mendakwa, kawasan ini adalah laluan angin kencang justeru tidak hairanlah kejadian itu berulang.

“Kami menunggu baik pulih atap rumah yang akan dijalankan tidak lama lagi,” katanya.

Pesara kerajaan, Harun Yahya, 60, berkata, kejadian itu berlaku sepantas kilat apatah lagi ketika itu dia berada di luar rumah bersama saudaranya.

Menurutnya, ketika kejadian dia dapat melihat dengan jelas pusaran angin yang memusnahkan atap rumahnya.

“Angin ribut itu bukan sekadar membawa angin tetapi turut membawa sampah-sarap sehingga habis lapan keping atap rumah saya rosak,” katanya.

Harun berkata, kejadian ini telah pun dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau akan memberi peruntukan untuk membaik pulih atap rumah yang rosak dengan melantik kontraktor bertanggungjawab.

“Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Zaifulbahri Idris turut melawat tempat kejadian setelah diberitahu mengenai kejadian ini”, katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6371421.asp

Tiada ulasan: