Negeri Sembilan banyak tempat menarik sebenarnya. Tapi kurang dipromosikan. Pada saya ianya lebih menarik dan lebih semulajadi (natural) dari tempat lain.
Syarikat YBH di Port Dickson ada menyediakan Pakej Api-Api (Firefly) dan Taman Buaya di sepanjang Sungai Linggi pada harga yang amat berpatutan.
Saksikan keindahan flora dan fauna serta pelbagai spesis burung dan hidupan air serta darat di sepanjang Sungai Linggi.
Lepas tu boleh menjamu selera di tempat yang istimewa dengan harga lagi amat berpatutan di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang tak jauh dari situ. Nak tahu mana Medan Bakar Pasir Panjang ni sila ke pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/10/medan-ikan-bakar-kg-telok-pasir-panjang.html
Nak tahu Pakej Api-Api (Firefly) dan Taman Buaya Sg Linggi , Port Dickson sila ke laman web YBH http://kumpulanybh.com/php/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=49
Pakej Sg Linggi Firefly and Crocodile Park ini terletak di Pengkalan Kempas (bukan Kem PAS , jangan pula ditukar nama selepas ini).
Terdapat Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang mengandungi Batu Megalit wujud sejak abad ke 2 dan ke 3. Kompleks ini juga menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang Wali. Terdapat bunga rampai yang masih hijau dengan bunga-bungaan di atas makam. Sumber http://rm-destinasisilam.blogspot.com/2008/12/kompleks-sejarah-kempas.html
Untuk maklumat lanjut mengenai Api-Api dan Taman Buaya semulajadi hubungi :
YBH Goups of Companies
No. 42A, Wisma YBH, Jalan Mahajaya, PD Centre Point
P.O
Negeri Sembilan
Tel : 06-647 1777 , 06-647 3280 , 06-647 1888 , 06-647 1999
Laman web http://kumpulanybh.com
Nota : Nama lain untuk api-api ialah kelip-kelip atau kunang-kunang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan