KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100103

Ingat mati selalu, ziarah hospital dan warga tua


Sabtu 2 Januari 2010 saya bersama isteri, ayah dan emak serta salah seorang anak lelaki ke Hospital Kuala Lumpur melawat emak saudara yang baru menjalani pembedahan di kepala kemungkinan di serang angin ahmar.

Bila sampai di wad, emak saudara saya terlantar tidak sedar diri. Saya beritahu emak saya, berboraklah dengan emak saudara tadi. Orang yang tidak sedar diri , dia berkemungkinan boleh dengar percakapan kita tapi tak boleh beri sebarang maklumbalas. Banyak berborak yang baik-baik agar otak pesakit akan aktif dan jiwanya akan tenang dan membolehkannya cepat sembuh , insyaAllah.

Lepas tu emak ajak ziarah Atok Teh ( Ayah saudara kepada ayah saya ). Ayah saya masa sekolah di KL dulu , Atok Teh ni yang jaga ayah. Lama betul tak ziarah Atok Teh dan Wan Teh di Bukit Keramat, Kg Datuk Keramat.

Beberapa tahun dulu ada pergi tapi tiada siapa di rumah.

Alhamdulillah Atok Teh dan Wan Teh ada di rumah. Begitu gembira kami sekeluarga dapat juga akhirnya jumpa Atok Teh dan Wan Teh , kerana bukan senang nak turun KL. Ayah hampir setiap hari pula kena tengok Atok dan Wan di kampong, mandikan dan sebagainya.

Seronok dapat jumpa saudara-saudara di KL, lagi seronok daripada jalan-jalan , ronda-ronda di pasaraya dan pusat membeli belah.

Memberi kesedaran kepada kita untuk membuat persiapan selepas mati.

Semasa sampai rumah Atoh Teh, isteri beritahu ada gambar Dr Lo’ Lo’ (Ahli Parlimen) di rumah sebelah. Saya kata , entah-entah tu rumah Dr Lo’ Lo’. Atok Teh beritahu memang tu rumah Dr Lo’ Lo’.

Ziarahlah selalu saudara mara kita yang sakit, ziarahlah orang tua, terutama ibu bapa kita.

Tiada ulasan: