KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100126

KWSP, PERKESO, ATM boleh bantu Masuk IPT

Tak lama lagi keputusan SPM, STAM, STPM. Poninglah kepalo ibu bapa mikirkan mano nak cokau duit buek belanjo anak masuk U, Politeknik ko, U ko. Minyak lak nak naik lagi bulan Mei nanti.

Poning anak-anak masuk skolah awal 2010 bolum habih.

InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Suruhlah anak-anak yang tunggu SPM tu kerja sementera, lopeh juga duit setem nanti.

Susah-susah minta sedekah depan bank, tunjukkan slip keputusan SPM dan surat masuk U dan Poli ke. Tak salah minta sedekah , kalau dah tak ada cara lain untuk dapat biasiswa atau pinjaman.

Jauh lebih baik minta sedekah dari menipu dengan skim cepat kaya, skim gores dan menang, rasuah, penipuan Kad Kredit ATM, merompak dan sebagainya.

Mintalah pada sanak saudara, jiran tetangga, AJK Masjid atau Surau. Janganlah minta kat Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen je. Rabak poket mereka.

Yang ada duit beribu-ribu, berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta-juta dalam bank atau Tabung Haji , janganlah kedekut. Kalau kena tipu skim cepat kaya, penipuan kad kredit dan ATM , buang sial, lagi parah, ada yang rugi berjuta-juta.

Yang dah kayo tu berilah keutamaan kepado yang miskin atau berpendapatan sederhana untuk dapat biasiswa atau pinjaman.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa simpanan KWSP kita boleh digunakan untuk membiayai yuran pengajian anak kita di IPT.

PERKESO juga ada kemudahan pinjaman pendidikan untuk anak pencarum yang layak.

Begitu juga dengan anak-anak Veteran ATM.

*********************************

BANTUAN KEMASUKAN KE IPTA VETERAN ATM
Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian TInggi Awam bagi anak-anak Veteren ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah RM700.00 untuk pengajian peringkat diploma dan RM1,000.00 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Pembayaran kepada penerima bantuan akan dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Disember setiap tahun.

Sumber : http://www.jhev.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=175&lang=bm

*********************************
PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian anda/anak anda (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Sumber : http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=29

*********************************
FAEDAH PENDIDIKAN PERKESO
Pemohon hendaklah seorang Pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :-
1) Anak Tanggungan kepada Orang Berinsurans yang sedang menerima:-
a) Faedah Orang Tanggungan atau Pencen Penakat; atau
b) Pencen Ilat atau Hilang Upaya Kekal secara berkala.
Sumber : http://www.perkeso.gov.my/6b.pdf

*********************************
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Sijil Kemahiran.

Sumber : http://www.yns.gov.my/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=51&Itemid=72

*********************************
PINJAMAN PELAJARAN BAITULMAL NEGERI SEMBILAN
Sumber : http://www.baitulmalns.gov.my/

Tiada ulasan: