KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100120

Bank Negara, Tipu kad ATM, simpan bawah Bantal

Pada Disember 2009 seorang Eksekutif di Seremban telah kerugian lebih RM 7,500.00 apabila ditipu oleh seseorang yang mengguna nama Bank Negara, ceritanya di http://amkns.blogspot.com/2010/01/nak-tahu-teknik-curi-duit-guna-kad-atm.html

Kes ini mungkin berlaku setiap hari di seluruh negara. Harian Metro 20 Jan 2010 melaporkan seorang jurutera kerugian RM40,000.00 juga disyakki oleh sindiket yang sama, juga menggunakan nama Bank Negara.

Ayah saya sendiri hampir tertipu oleh sindiket serupa. Syukur kepada ALLAH pada masa itu duit dalam akaun bank ayah tak sampai RM 20.

Walaupun Bank Negara, Maybank dan lain-lain bank ini tidak terlibat dalam penipuan ini, dan walaupun Notis Amaran telah dikeluarkan di setiap mesin ATM, namun masih ramai yang telah tertipu , sedang tertipu dan akan tertipu.

Kepercayaan orang ramai terhadap sistem perbankan di Malaysia ini nampaknya semakin pudar.

Bank Negara dan institusi perbankan harus lebih agresif menangani penipuan ini. Edar risalah kartun yang mudah difahami, iklan kartun dalam TV, keluar tiap-tiap hari rencana dalam TV mengenai isu ini untuk mendidik rakyat bagi mengelakkan kes penipuan sebegini.

Jangan salahkan orang ramai, kalau orang ramai kembali menyimpan duit dalam periuk nasi, bawah bantal, bawah tilam, dalam tempayan dan sebagainya.

**************************
Satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata

Harian Metro 20 Jan 2010 - KUALA LUMPUR: Bermodalkan suara lunak di gagang telefon, beberapa ahli sindiket penipuan profesional kad kredit dikesan ‘menyedut’ wang orang ramai dengan hanya menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

Sindiket penipuan profesional berkenaan didakwa hanya perlu meyakinkan mangsa menyerahkan nombor siri kad kredit sebelum wang mangsa lesap dalam tempoh beberapa minit.

Dalam beberapa kes, suspek menyamar sebagai pegawai Jabatan Siasatan Penipuan Kad Kredit Bank Negara yang sedang melakukan intipan dan operasi membongkar individu yang melakukan penipuan.

Kejadian terbaru pada 11 Januari lalu membabitkan seorang kerani bernama Low, 40, yang dihubungi suspek yang kononnya menjalankan siasatan, kira-kira jam 8.45 malam.

Lelaki terbabit bertanya sama ada mangsa ada membuat pembelian barang kemas di premis menjual barang kemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang curiga dengan identiti lelaki berkenaan bagaimanapun menafikan sebelum meletakkan telefon itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa menerima pula panggilan telefon daripada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bank Negara.

Dengan nada tegas dan meyakinkan, suspek mendakwa mangsa diperdaya pihak tertentu dengan menggunakan kad kredit palsu dengan nombor kad kredit miliknya.

Lakonan hebat itu menyebabkan mangsa yakin dakwaan berkenaan selepas suspek memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenal pasti suspek yang menyamar itu.

Suspek berpura-pura membacakan nombor kod kad kredit mangsa bagi tujuan penyemakan sebelum meminta mangsa mengesahkan nombor rahsia kad kredit.

Pada masa sama, suspek mengarah mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik bagi menyemak 16 digit nombor kad kreditnya secepat mungkin.

Malah, suspek turut menyuruh mangsa menukar nombor pin kad kredit miliknya itu bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, mangsa mula curiga menghubungi pihak bank bagi penyemakan baki akaun penggunaan kad kreditnya.

Namun, agak terlambat apabila suspek terlebih dulu mengeluarkan wang RM3,511.22 tanpa disedari mangsa.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Danau Kota.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kes penipuan terbaru itu kedua selepas seorang jurutera berusia 40-an turut diperdaya sindiket membabitkan kerugian RM40,000.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HanyasatupanggilanRM3_511hilangsekelipmata/Article

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah tu bang. bukan simpan bawah bantal, simpan dalam tabung haji, asb, asw, as2020 dan sewaktu dengannya.

bank bukan untuk menyimoan duit. bank untuk memusing duit.