Orang-orang politik semua. Tolonglah hentikan perbalahan politik sesama parti dan luar parti. Ini, tolong tengok masalah rakyat ni. Jangan gembar gemburkan isu lain, untuk mengalihkan masalah rakyat.
Sesi p
ersekolahan 2010 , ibu bapa , para pelajar dan guru terbeban dengan pelbagai kenaikan yuran. Yang duduk asrama pula ada yang di suruh balik setiap minggu kerana tak mampu nak tanggung kos makan. APA NI ?
Tak lama lagi keputusan SPM dan STPM akan keluar. Dengar cerita tiada lagi tawaran biasiswa untuk ke luar negara. Jadi, belajarlah semua dalam Malaysia. Ada tambah bilangan penerima biasiswa tak kalau belajar dalam Malaysia ? Atau kena buat juga pinjaman PTPTN.
Kepada ibu bapa, para pelajar TOLONG BACA artikel berkenaan Dilema Peminjam PTPTN yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro di bawah ini :
****************************
Dilema peminjam PTPTN
Harian Metro
KEPRIHATINAN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasinal (PTPTN) memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar amat dipuji. Dengan pinjaman pendidikan ini, pelajar yang tidak berkemampuan memperoleh bantuan pinjaman pendidikan bagi merealisasikan impian melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS.
Tetapi, terdapat beberapa perkara perlu dikaji kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi bersama Kementerian Pendidikan kerana terdapat perkara 'tempang' yang mencacatkan skim pinjaman pendidikan ini.
* Kes 1: Permohonan pinjaman
Permohonan pinjaman pendidikan diberi kepada sesiapa yang layak. Kebiasaannya, borang permohonan pinjaman dijual pada hari pendaftaran di universiti dan kolej. Kini diperkenalkan permohonan secara on-line.
Begitu mudah permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Timbul persoalan, adakah pelajar lepasan SPM dan STPM faham kontrak pinjaman dipohon? Tahukah mereka maksud kontrak? Sebagai saksi yang menurunkan tandatangan, adakah mereka mengenali latar belakang pemohon? Rata-rata pemohon atau pelajar memohon pinjaman ini kerana terdesak dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Tidak semua ibu bapa faham kontrak pinjaman kerana perbezaan latar hidup.
Sememangnya majoriti ibu bapa menggalakkan anak membuat pinjaman pendidikan ini, tetapi adakah anak yang menandatangani kontrak pinjaman pendidikan pada usia belasan tahun faham perkara ini?
* Kes 2: Akaun pinjaman berbeza
Pelajar lepasan diploma yang pernah menerima pinjaman pendidikan seterusnya diberi peluang bagi memohon pinjaman untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Malah, pemohon yang pernah menerima pinjaman di peringkat diploma dan ijazah masih berpeluang memohon untuk pengajian seterusnya. Lama-kelamaan setelah tamat pengajian, pemohon atau pelajar lepasan diploma dan ijazah dibebani hutang pendidikan puluhan ribu ringgit sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Bukan semua pelajar lepasan diploma dan ijazah mempunyai nasib yang sama. Ada yang mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian, tetapi majoritinya akan menganggur sekurang-kurangnya enam bulan atau setahun, malah mungkin lebih dari tempoh berkenaan.
PTPTN pula mengasingkan akaun pinjaman mengikut peringkat pengajian. Sekiranya pemohon atau pelajar pernah menerima pinjaman untuk peringkat diploma dan ijazah, mereka mempunyai dua akaun iaitu akaun diploma dan akaun ijazah. Kenapa kedua-dua akaun berkenaan tidak disatukan?
Sedangkan nama pemohon dan nombor kad pengenalan adalah sama. Tidakkah perkara ini menjadi beban ketika proses bayaran balik kerana bukan satu faedah bayaran yang dikenakan, tetapi dua faedah bayaran perlu dijelaskan. Jumlah akaun peminjam pula tertakluk kepada berapa banyak pinjaman dipohon.
* Kes 3: Kecuaian dan sambil lewa
Kepincangan PTPTN mengakibatkan peminjam mengalami beban tidak diduga, sedangkan kelalaian di pihak PTPTN.
Sebagai contoh, pemohon yang sudah membuat surat penangguhan bayaran kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya telah menyerahkan surat itu sama ada secara pos atau serahan tangan kepada PTPTN, tetapi didakwa oleh PTPTN mereka tidak pernah menerima surat penangguhan berkenaan walaupun telah berkali-kali dibuat peminjam.
Kelemahan sistem PTPTN telah mengakibatkan peminjam menanggung beban kerana proses bayaran balik untuk peringkat diploma mula dikira ketika peminjam masih berstatus pelajar di peringkat ijazah.
Bagaimana peminjam hendak membuat bayaran balik pinjaman sedangkan mereka berstatus pelajar? Walaupun tanpa
Perkara sama turut berlaku, apabila peminjam tidak pernah menerima
Kemudian, peminjam terus dikenakan tindakan hadir ke mahkamah dan disenarai hitam imigresen, sedangkan mereka belum pernah menerima
Apabila hal ini diajukan kepada PTPTN, kakitangannya menyatakan, di dalam sistem komputer mereka menunjukkan
Peminjam seterusnya akan ditanya sama ada telah bertukar alamat dan sebagainya. Bagaimana pula sekiranya alamat peminjam tidak pernah bertukar? Tiada jawapan daripada PTPTN selain mereka berkeras menyatakan
Jika kita ke pejabat PTPTN, beberapa kaunter dibuka bagi memudahkan pemohon atau peminjam berbincang dengan pegawai PTPTN. Malangnya, hanya dua atau tiga kaunter dibuka malah pernah satu kaunter beroperasi sedangkan ramai pemohon dan peminjam hadir.
Apa yang menyedihkan ialah maklumat diperoleh melalui telefon kadang-kala berbeza ketika bersemuka dengan pegawai PTPTN. Lebih mengundang kemarahan, setiap kali berurusan di kaunter, setiap kali juga menerima maklumat berbeza. Lain pegawai, lain maklumat.
* Kes 4: Mahkamah dan senarai hitam imigresen
PTPTN menguatkuasakan senarai hitam imigresen kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik di samping membawa peminjam yang gagal membuat bayaran balik ke mahkamah.
Terdapat peminjam yang hadir di mahkamah kerana gagal membuat bayaran balik. Peminjam disoal sama ada mengaku pernah menerima pinjaman pendidikan PTPTN. Sekiranya mereka mengaku pernah menerima pinjaman pendidikan, kes ditutup dan mereka diarah ke PTPTN bagi berbincang cara penyelesaian atau proses bayaran balik.
Tetapi, PTPTN masih mengekalkan nama peminjam dalam senarai hitam imigresen jika mereka gagal membuat bayaran penuh pinjaman. PTPTN juga mengekalkan nama peminjam dalam senarai hitam imigresen walaupun peminjam mula membuat bayaran ansuran setiap bulan. Senarai hitam imigresen kekal selagi jumlah keseluruhan pinjaman tidak selesai. Atau, peminjam boleh mengemukakan rayuan pengeluaran nama daripada senarai hitam imigresen setelah membuat bayaran 50 peratus, tetapi 50 peratus lagi hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Apabila ditanya kepada pegawai PTPTN cara penyelesaian lain, akan dijawab tiada jalan penyelesaian dan inilah penyelesaiannya.
Kes di mahkamah ditutup setelah peminjam mengaku pernah memohon dan menerima pinjaman pendidikan daripada PTPTN, tetapi kenapa nama peminjam masih tidak dikeluarkan dari senarai hitam imigresen? Atas alasan apa senarai hitam dikenakan walaupun sudah hadir di mahkamah dan peminjam telah mula membuat bayaran ansuran bulanan di samping mengeluarkan sebahagian wang daripada akaun KWSP? Bagaimana dengan nasib peminjam yang dikenakan tindakan mahkamah dan penguatkuasaan senarai hitam imigresen akibat kecuaian PTPTN?
Apabila perkara ini diajukan ke Bahagian Senarai Hitam Imigresen PTPTN, peminjam akan menerima jawapan: "Bagaimanapun, encik perlu membuat bayaran penuh pinjaman sekiranya mahu nama dikeluarkan dari senarai hitam imigresen, ini saja jalan penyelesaiannya".
Bagaimana dengan peminjam yang baru bekerja dan kerjayanya memerlukan ke luar negara? Tidakkah kerjanya terganggu? Bagaimana pula jika dibuang kerja kerana alasan ini? Bagaimana peminjam ingin teruskan bayaran balik pinjaman sekiranya hilang pekerjaan? Adalah elok jika peminjam mula membuat bayaran balik walaupun secara ansuran daripada mereka terus kesal dan lari daripada membayar hutang pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan