KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100131

Melayu dilanda virus W1H1N lebih bahaya

Nabi Muhammad saw yang kita kasihi telah meramalkan bahawa umat Islam akan dilanda satu penyakit iaitu dikenali sebagai W1H1N atau Wau Alif Ha Alif Nun iaitu WAHAN. WAHAN ialah cintakan dunia, takutkan mati.

Apa nak dicintakan dunia ini , semua pinjaman. Kejarlah dunia tapi gunakan untuk akhirat. Ingat mati selalu , dan buat persiapan sebagai bekalan sesudah mati.

Hidup di dunia sekelip mata, hidup di akhirat kekal selama-lama-lama-lamanya.

Penawar untuk virus W1H1N ini ialah buat semua yang Allah suruh, tinggal semua yang Allah tegah. Solat jangan tinggal.

***************************
Mungkin benarlah apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada satu ketika: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2006&dt=0723&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_03.htm&arc=hive

Tiada ulasan: