Hari ini saya balik kampung kejap. Jumpa emak, ayah, kemas Teratak Amal, ambil serai dan pucuk gajus dan macam-macam. Anak-anak buat beberapa ujian pelancar roket air yang baru siap.
Pergi beli roti canai kedai depan Klinik Desa Bongek. Baru perasaan ada Internet Cafe baru buka. Tanya pekerja di sana baru buka bulan Disember 2009.
Tempat memang cantik. Tepi jalan utama Rembau-Tampin, depan Klinik Desa Bongek, jalan kaki 2 minit je dari rumah emak dan ayah. Sebelah ada kedai makan, belakang pemandangan Gunung Datuk, Rembau yang indah.
Ada 25 terminal komputer internet di sini. Memang amat sesuai dibuat kursus hujung minggu untuk mana-mana individu dan persatuan yang berminat. Saya pun tak kenal siapa pemilik kedai komputer ni. Pekerjanya memberi saya maklumat yang diperlukan.
Saya dapati Internet Cafe memang banyak terdapat di merata negara. Apa yang kurang ialah panduan, bimbingan dan kursus untuk orang awam bagaimana untuk memanafaatkan internet untuk memudahkan kehidupan harian, bukannya buang masa berchatting, memfitnah dan sebagainya.
Banyak ilmu yang boleh didapati dari internet. Macamana nak buat roket air, macamana nak buat kapal selam mainan. Saya beritahu anak-anak saya botol air pun kita boleh buat kereta mainan berkuasa kimia, iaitu menggunakan sodium bikabornat dan cuka. Anak-anak teruja nak cuba.
KAMEL INTERNET CAFE & SERVICES
Kg Bongek , Rembau
(tepi jalan utama Rembau-Tampin , hadapan Klinik Desa Kg Bongek)
Menyediakan Perkhidmatan :
- Internet
- Fax
- Scan
- Printing
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi Kamel 012-2409831
Tiada ulasan:
Catat Ulasan