Kerja dakwah, kaunseling, nasihat
menasihati, tegur menegur perlu diperhebatkan terutama di kalangan
ahli keluarga kita, sanak saudara kita, jiran tetangga kita, rakan
sekerja kita.
Mati tersepit di palang besi tingkap
IPOH 20 Julai 2013 - Tindakan seorang
pemuda yang cuba menceroboh masuk sebuah rumah jirannya berakhir
dengan dia mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur kediaman
itu di Taman Saz di sini tengah malam tadi. Suspek, Sherol Aizan
Mohd. Damanhuri, 27, ditemui dalam keadaan tersepit di dada dengan
kedua-dua belah tangannya tegak menjulur ke dalam, sebaik sahaja
pemilik rumah itu pulang pukul 12.15 tengah malam.
Ketika ditemui, suspek hanya memakai
seluar dalam jenis 'boxer'. Mangsa dipercayai masuk dengan membuka
dua keping tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres
setingkat itu yang hanya selang beberapa buah rumah daripada kediaman
keluarganya.
Ajal celah tingkap
Ipoh: Seorang lelaki berusia 27 tahun
yang hanya memakai seluar dalam, ditemui mati tersepit di tingkap
dapur sebuah rumah selepas dipercayai gagal memecah masuk kediaman
jirannya di Taman Saz, Silibin, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11
malam, suspek ditemui tersepit di tingkap belakang rumah jirannya.
Pemilik rumah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata,
dia yang baru pulang membantu isterinya berniaga di Pasir Putih
terkejut mendapati seorang lelaki tersepit di tingkap belakang
dapurnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan