Semoga lebih banyak lagi kapal perang, jet pejuang dan
kereta kebal diberi nama sempena ulama seperti Imam Bonjol.
Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) mempunyai sebuah kapal
perang yang diberi nama KRI Imam Bonjol (Kapal Republik Indonesia).
Imam Bonjol adalah merupakan seorang pemimpin dan seorang
ulama Minangkabau dari Sumatera yang hebat. Pada awalnya Imam Bonjol telah
bertegas dengan kerajaan Pagaruyung untuk menerapkan dan menjalankan syariat
Islam sesuai dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh pada Al-Qur'an
dan sunnah-sunnah Rasullullah SAW dan memerangi adat-adat yang bertentangan
dengan syariat.
Perang Padri yang terjadi antara 1803-1838 pada awalnya
adalah antara mereka yang ingin menegakkan syariat Islam dan mereka yang berpegang
kepada adat yang tidak mengikut syariat Islam.
Ketua adat pada awalnya telah meminta campurtangan penjajah
Belanda untuk melawan Imam Bonjol. Akhirnya Imam Bonjol dapat meyakinkan Ketua
Adat untuk bersama menentang penjajah Belanda.
Imam Bonjol atau dikenali juga sebagai Tuanku Imam Bonjol
lahir di Bonjol, Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1772. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Shahab.
Beliau menghembuskan nafas terakhir tepatnya pada tanggal 8
November 1864.
Sebagai penghargaan dari pemerintah Indonesia yang mewakili
rakyat Indonesia pada umumnya, Tuanku Imam Bonjol resmi diangkat sebagai
Pahlawan Nasional Indonesia sejak tanggal 6 November 1973 mewakili perjuangan
dari tanah Sumatra (Minangkabau).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan