KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130722

Fatwa main mercun




Saya masih tercari-cari fatwa berkaitan bermain, mengedar, menjual dan membeli mercun. Terutamanya mereka yang bermain mercun, meriam buluh dan seumpamanya sehingga mengganggu jemaah sedang solat Isya dan Tarawih di masjid dan surau.

Budak maut stor mercun meletup

22 Ogos 2010 - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter. Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai. Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.

Tiada ulasan: