KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130730

Solat jemaah boleh cegah kes jenayah yang berluasa


Seorang penceramah pernah menceritakan bagaimana di taman perumahan beliau di Nilai, sebelum ini banyak kes pecah rumah. Makin dibuat rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Langkah terakhir sekali ialah mereka memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah, kuliah ilmu dan ceramah. Dengan takdir Allah kes pecah rumah di kawasan tersebut berkurangan dengan drastik sekali.

“Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (29:45)


800 penduduk bimbang keluar rumah
30 Julai 2013
    
Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada dalam ketakutan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.

“Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

“Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi mengancam keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui semalam.

Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.

“Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah. Setiap rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin,” katanya.



Tiada ulasan: