Apabila berlaku peperangan pasti ada
pihak yang untung, antaranya pembekal senjata. Media harus
berhati-hati menyiarkan berita sebegini. Baru-baru ini seorang
pendakwah bebas dari Sabah menceritakan bagaimana keadaan di Mindanao
sekarang ini aman tenteram. Umat Islam di Mindanao amat menghayati
ajaran Islam. Pendakwah ini terharu apabila dia pergi ziarah
Mindanao, dia dapat merasai suasana solat Subuh masjid di Mindanao
adalah seperti solat Jumaat, suasana yang tidak kita jumpa di
Malaysia.
Tidak mustahil pelbagai pihak mahu
melaga-lagakan pelbagai fahaman Islam di dalam Malaysia dan di luar
Malaysia. Pertingkatkan kefahaman Islam di kalangan orang Islam di
Malaysia ini yang masih lagi lemah, masih ramai yang tak solat, tak
tutup aurat, tak puasa, berjudi, minum arak dan sebagainya.
Nur Misuari ugut serang Sabah
26 Julai 2013
KUALA LUMPUR - Pemimpin Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengugut untuk
melancarkan serangan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina menghalang
cita-citanya untuk memerdekakan sebahagian wilayah di selatan negara
itu sekali gus dilantik sebagai Presiden Bangsamoro dan Perdana
Menteri yang memerintah Mindanao.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan