Malam tadi Pengerusi Tabung Wakaf Khas
Kesihatan, Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin beri tazkirah selepas
solat Witir. Antaranya yang disentuh dalam tazkirah beliau ialah
betapa perlunya ada Hospital Wakaf yang serba lengkap di Malaysia ini
untuk membantu golongan yang berkemampuan mendapatkan rawatan dengan
sempurna dan tepat pada masanya.
Beliau rasa terkilan apabila beliau
sendiri terpaksa mendapatkan rawatan buah pinggang di hospital swasta
yang diusahakan oleh golongan yang bukan beragama Islam yang
memberikan rawatan kepada semua orang yang tidak berkemampuan baik
yang Islam ataupun yang bukan Islam.
Justeru itu beliau sekarang ini sedang
menggerakkan Projek Tabung Wakaf Khas Kesihatan agar satu Hospital
Wakaf dapat didirikan yang memberi rawatan perkhidmatan kepada semua
rakyat di Malaysia ini samada yang Islam atau bukan Islam.
Oleh itu marilah kita sama-sama
gerakkan Tabung Wakaf Khas Kesihatan ini yang dananya diurusakan
secara telus melalui Amanah Raya Berhad.
Kalau kita tak mampu, kita sebarkan
maklumat tabung ini melalui Facebook, e-mel, twitter dan sebagainya.
TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN
PENGENALAN
Projek Tabung Wakaf Khas Kesihatan
adalah satu usaha mengumpul dana bagi tujuan wakaf khas kesihatan.
Matlamat projek ini adalah untuk menubuhkan sebuah Hospital Wakaf di
negara ini menerusi satu dana wakaf yang diurus secara telus, efektif
dan sistematik.
SUMBER MOTIVASI
Maksud dari Al Quran : “Kamu belum
berbuat baik sehinggalah kamu infaqkan dari apa yang kamu sayangi.
Dan tidaklah kamu menginfaqkan dari sesuatu itu, maka sesungguhnya
Allah lebih mengetahui tentangnya”.
Maksud dari Al Hadith : “Apabila mati
seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3
perkara : Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang
mendoakannya”.
OBJEKTIF PROJEK TABUNG WAKAF KHAS
KESIHATAN
Suatu usaha mengumpul dana tunai
diwakafkan yang manfaatnya akan digunakan untuk :
1. Menggerakkan kesedaran masyarakat
terhadap wakaf dan kesihatan.
2. Membantu pesakit yang memerlukan
bantuan rawatan dan perubatan.
3. Membangun dan mengurus sebuah
Hospital Wakaf di Malaysa.
BUTIRAN TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN DI
AMANAH RAYA BERHAD
Nama Akaun/Tabung : Tabung Wakaf Khas
Kesihatan
No Rujukan : LD 001715
KAEDAH BERWAKAF
1. Wakaf boleh dibuat dalam bentuk cek
atas nama AMANAH RAYA BERHAD
2. Pastikan nama tabung serta nombor
rujukan tabung ini seperti yang dinyatakan di atas ditulis di
belakang cek berkenaan.
3. Cek berkenaan boleh dihantar kepada
:
Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Wakaf
Khas Kesihatan
133, Lorong Cengal Utama 1/3,
Taman Cengal Utama,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Wakaf Khas Kesihatan, Ustaz
Hj Mohd Najib Khairudin 019-6202690
Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan