KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130727

Segerakan fatwa main, jual mercun

Fatwa, kempen, Tazkirah Ramadan atau khutbah Jumaat perlu digerakkan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di negara akan mudarat atau faedah menjual dan bermain mercun.

Dentuman lebih gila
27 Julai 2013 

Ipoh: Semakin dilarang, semakin berleluasa. Itu senario peniaga mercun di bandar raya ini apabila galak menjual beberapa mercun jenis baru bagi sambutan Aidilfitri kali ini, termasuk satu daripadanya mempunyai bentuk seperti bom tangan.

Dijual pada harga RM3 hingga RM5 setiap satu mengikut saiz, mercun dipercayai diseludup dari Thailand itu mampu menghasilkan bunyi letupan lima kali ganda lebih kuat berbanding mercun biasa.

Tiada ulasan: