KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130721

Di Eropah pemain bola pertahan Islam, di Malaysia entahlah


Di Eropah pemain bolasepak yang beragama Islam pertahan kesucian Islam, sanggup tak pakai jersi yang ditaja oleh syarikat kewangan riba dan syarikat judi, hinggakan kelab bolasepak sendiri mengalah, membatalkan penajaan. Bayern Munich pula nak buat stadium memudahkan peminat dan pemain untuk solat. Tapi kita di Malaysia, FAM buat perlawanan persahabatan menentang Chelsea pada bulan Ramadhan. Di Pahang tazkirah antara tarawih dilarang. Tak ada pula suara agamawan yang mempertikaikan tazkirah bolasepak di stadium.

Sedangkan di Malaysia majoriti pemain dan yang memimpinnya beragama Islam. Cakap lebih tak boleh, nanti kena Akta Hasutan, masuk penjara tak boleh ikat jamin.

Bukan masa bereksperimen
21 Julai 2013

KUANTAN - Tiada lagi istilah eksperimen buat skuad Harimau Malaya apabila menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebaliknya skuad kebangsaan perlu membuktikan keupayaan dan memberi tentangan sengit dalam aksi persahabatan hari ini. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berharap ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagopal mengisi kesebelasan utama yang terbaik dalam aksi di Stadium Shah Alam, malam ini.

Enggan sarung jersi demi mempertahankan syariat Islam
18 Julai 2013

GARA-gara atas keengganan menyarung jersi, tunggak utama kelab bola sepak Newscatle United telah dilarang untuk menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain. Larangan itu tercetus akibat kedegilan penyerang pasukan bola sepak berkenaan, Papiss Cisse untuk memakai jersi pasukan bola sepak berkenaan kerana dikatakan ditaja oleh salah sebuah syarikat pinjaman mengenakan kadar bunga yang tinggi. Amalan mengenakan bunga berlebihan atau dikenali sebagai riba adalah dilarang di sisi agama Islam.

Situasi itu mengingatkan pemain bola sepak kelab Bolton, Frederic Kanoute yang enggan menyarung jersi pasukan itu kerana ditaja selain memaparkan logo laman web perjudian, 888.com.
Oleh kerana judi dilarang oleh Islam, Frederic Kanoute tidak akan sesekali memakai jersi dan jika memakainya, beliau dianggap seolah menyokong amalan tersebut. Namun, kelab Bolton terpaksa mengalah dengan menggugurkan tajaan itu dan menerima sumbangan daripada pihak lain setelah mendapat tentangan dan kritikan daripada peminat dan ahli politik.

Bayern Munich bina masjid
22 Mei 2013

MENYEDARI solat merupakan salah satu tuntutan dalam agama Islam, kelab bola sepak terkemuka Jerman, Bayern Munich memutuskan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan para pemainnya yang beragama Islam menunaikan solat. Kelab pasukan bola sepak Jerman itu bersetuju dengan permohonan membina sebuah masjid berhampiran stadium Allianz Arena bagi kemudahan ibadah kepada para pemain dan peminat. Permintaan itu pernah dikemukakan oleh pemain tengah Bayern Munich beragama Islam, Bilal Franck Ribery yang mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan khas walaupun bersaiz kecil untuk kemudahan pemain beragama Islam menunaikan solat.

Tiada ulasan: