Malaysia adalah negara kedua tertinggi
di dunia kadar panahan petir dan tertinggi di Asia. Sebelum ini dua
anggota tentera maut akibat dipanah petir ketika menjalankan rondaan
di pantai. Koleksi artikel kejadian petir di Malaysia saya kumpulkan
di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Tak muncul buka puasa
27 Julai 2013
Kota Tinggi: Seorang anggota tentera,
Mohd Razid Sadiran, 25, meninggal dunia akibat dipanah petir ketika
menyiapkan tugasan persiapan menjelang latihan ketenteraan di sebuah
hutan air terjun berhampiran Kampung Temenin Baru di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu,
rakan mangsa, Azwan Abdullah, 25, turut cedera dan kejadian menimpa
kedua-dua mangsa hanya disedari rakan yang lain apabila kedua-duanya
tidak muncul menjelang waktu berbuka puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan