Semakin ramai anak-anak yang mengabaikan orang tua mereka.
Bagaimana dengan diri kita sendiri, sudahkah kita berbuat baik kepada ibu bapa
kita hari ini, samada mereka masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia? Berapa
kali dalam bulan Ramadhan ini kita hadiahkan Fatihah, berderma atas nama orang
tua kita yang telah meninggal dunia? Berapa kali kita berbuka puasa dengan
mereka di rumah atau buffet di hotel dan sebagainya?
Bapa minta tangkap 'Si Tanggang'
29 Julai 2013
Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam,
mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus syarikat cari gali minyak, Nasrun
Mustafa, 40, kerana gagal membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya.
Waran tangkap anak
Selepas tiga tahun bersabar, seorang bapa yang menyaman anak
lelakinya bagi menuntut nafkah untuk dua cucunya terpaksa menggunakan jalan
terakhir dengan memohon Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengeluarkan
waran tangkap.
Mustafa Ismail, 67, berkata, hanya itu jalan terakhir yang
akan membolehkannya berjumpa dan menyelesaikan masalah dengan anaknya, Nasrun
Mustafa, 40, yang bukan saja enggan memberi kerjasama, tetapi gagal mematuhi
perintah mahkamah pada 28 Ogos tahun lalu yang memutuskannya membayar nafkah
dan memohon maaf secara terbuka kepada kedua ibu bapanya.
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, pernah
mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja
sebagai pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih
RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya, tiga tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan