Sahabat saya Hj Hassan Tamby maklumkan malam tadi masih ada
lagi beberapa keluarga fakir miskin sekitar Senawang yang anak-anak mereka ada
yang tidak bersekolah kerana tidak mampu untuk ke sekolah. Kepada mereka yang
memohon bantuan fikir-fikirkanlah, kalau tak kritikal tak perlulah mohon.
Kerana masih ada yang kritikal untuk dibantu. Jika tidak cukup duit sambung
belajar ke IPTA, bekerja sajalah. Kalau hisap rokok, berhentilah. Kalau bil
elektrik tinggi, pasang lampu ruang utama saja, TV jangan tengok, jangan caj
telefon selalu, belajarlah jimat elektrik dan air. Ini yang tak sekolah masih
ramai, sedangkan ini yang paling asas.
"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20160330
Kawal atau hentikan majlis akad nikah di masjid
Telah beberapa hari berlalu kisah yang menggemparkan negara
iaitu pergaduhan di masjid ketika majlis akad nikah kerana wang hantaran dari
pengantin lelaki tidak cukup RM15,000. Namun tiada kenyataan atau tindakan dari
pihak berkuasa berkenaan isu ini di mana majlis akad nikah di masjid perlu
dikawal atau lebih baik tidak dibenarkan lagi. Masjid bukan tempat wanita
memperagakan perhiasan, menunjuk fesyen, mempertontonkan bentuk tubuh badan
kepada jemaah lelaki yang menunaikan solat jemaah atau beriktikaf di masjid.
Isu Wahabbi kita ambil tindakan tegas, tapi isu ini sampai bertumbuk, tarik
tudung, baling selipar tak ada satu suara yang berkuasa pun yang bertegas isu
ini.
20160329
Kerja paling malas rezekiku
Saya sarankan suri rumah, pelajar IPTA dari keluarga miskin,
sekiranya sihat, agar menawarkan perkhidmatan seperti ini. Hendak minta bantuan
susah sekarang, sekarang zaman gawat, saudara mara susah nak tolong, apatah
lagi jiran tetangga. Kami boleh bantu promosi insyaAllah
Kerja paling malas rezekiku
PERKHIDMATAN dobi layan diri mungkin dapat menyelesaikan
kerja rumah sesetengah orang, namun bagaimana pula dengan kerja melipat kain
dan menggosok baju?
Memikirkan persoalan itu telah mendorong seorang suri rumah,
Mazrita Ahmad Mustafa, 38, untuk menawarkan perkhidmatan terbabit di rumahnya
yang diusahakan sejak tiga bulan lalu.
Dengan mengenakan bayaran RM2 sekilogram, manakala untuk
menggosok baju pula serendah RM1, dia kini sudah mampu mempunyai pelanggan
sendiri.
Kaki patah
Bagi ibu kepada seorang cahaya mata ini, sama ada sikit atau
banyak dia menerimanya dengan hati terbuka kerana menganggapnya itu adalah
rezeki.
“Dulu saya kerja kilang, tapi sejak kaki saya patah akibat
terjatuh tangga ketika pasang langsir di rumah tahun lalu, saya terpaksa
berhenti kerja sebab kaki tak kuat lagi.
“Untuk bantu suami tambah pendapatan saya ambil upah jaga
budak di rumah. Tapi saya tengok ada juga masa terluang dan idea untuk buat
servis ini timbul.
Masalah adat biar adat selesaikan
Ungkapan “Masalah adat biar adat selesaikan” adalah tidak
semestinya dibiarkan dalam situasi yang memerlukan pihak yang berkuasa luar
adat mengambil jalan tengah untuk menyelasaikan konflik melibatkan kepentingan
umum. Pada tahun 1909, kerajaan British telah campurtangan dalam perundangan
adat Perpatih apabila British mendapati banyak tanah terbiar yang tidak
diusahakan dan lelaki tidak mempunyai hak untuk mengusahakan tanah adat.
20160328
Perlu beg sekolah baru
Dua beradik ini tinggal di Taman Desa Rhu, Sikamat,
Seremban. Bersekolah di SK Sikamat dan SMK Tunku Ampuan Durah. Mereka
memerlukan beg sekolah yang baru kerana yg lama sudah uzur dan koyak. Ibunya
berstatus ibu tunggal hanya mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara
kehidupan, ada mendapat bantuan JKM dan Baitul Mal. Sesiapa yg ingin membantu
keperluan sekolah adik berdik ini boleh menghubungi/whatsapp Rozmal Malakan
0122267406 atau Firdaus 0136096680
Langgan:
Catatan (Atom)