Itu sebabnya kami tidak memberi sumbangan wang ringgit.
Mereka yang perlu bantuan kami tanya dulu duit itu untuk buat apa, kalau
makanan, kami belikan makanan. Kalau nak bayar bil elektrik, kami sendiri pergi
bayarkan bil elektrik. Elakkan memberi tunai kepada mereka yang meminta-minta.
Banyakkan memberi sumbangan kepada mereka yang susah tetapi tidak
meminta-minta.
Dua jam kaut RM60
23 Mac 2016
Kuala Terengganu: “Dalam tempoh dua jam saya mampu
memperoleh RM60 hasil mengemis di hadapan pintu bank di bandar raya ini, dengan
wang itu sebahagiannya saya gunakan untuk membeli bekalan dadah.
“Dengan hasil mengemis itu juga saya gunakan untuk membayar
sewa hotel bajet yang disewa secara bulanan sebanyak RM350 sebulan,” kata
Abdullah Abdul Rahman, 44, (bukan nama sebenar) yang ditahan dalam Operasi Khas
dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Menurutnya, dia hanya mengemis selama satu jam pada sebelah
pagi dan satu jam pada waktu malam di hadapan pintu bank.
Katanya, habuan diperoleh hasil mengemis di hadapan pintu
bank akan digunakan membeli pil kuda dan morfin bagi menghilangkan ketagihan.
“Berbekalkan al-Quran ditambah fizikal saya yang mengalami
kecacatan akibat terbabit kemalangan kira-kira lima tahun lalu lebih memudahkan
saya untuk menarik perhatian orang ramai apabila saya mengemis di kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan