KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160329

Kerja paling malas rezekiku



Saya sarankan suri rumah, pelajar IPTA dari keluarga miskin, sekiranya sihat, agar menawarkan perkhidmatan seperti ini. Hendak minta bantuan susah sekarang, sekarang zaman gawat, saudara mara susah nak tolong, apatah lagi jiran tetangga. Kami boleh bantu promosi insyaAllah

Kerja paling malas rezekiku



PERKHIDMATAN dobi layan diri mungkin dapat menyelesaikan kerja rumah sesetengah orang, namun bagaimana pula dengan kerja melipat kain dan menggosok baju?

Memikirkan persoalan itu telah mendorong seorang suri rumah, Mazrita Ahmad Mustafa, 38, untuk menawarkan perkhidmatan terbabit di rumahnya yang diusahakan sejak tiga bulan lalu.

Dengan mengenakan bayaran RM2 sekilogram, manakala untuk menggosok baju pula serendah RM1, dia kini sudah mampu mempunyai pelanggan sendiri.

Kaki patah

Bagi ibu kepada seorang cahaya mata ini, sama ada sikit atau banyak dia menerimanya dengan hati terbuka kerana menganggapnya itu adalah rezeki.

“Dulu saya kerja kilang, tapi sejak kaki saya patah akibat terjatuh tangga ketika pasang langsir di rumah tahun lalu, saya terpaksa berhenti kerja sebab kaki tak kuat lagi.

“Untuk bantu suami tambah pendapatan saya ambil upah jaga budak di rumah. Tapi saya tengok ada juga masa terluang dan idea untuk buat servis ini timbul.

Tiada ulasan: