KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160322

Diserang ‘Angin Ahmar’, Nazir Perlu Bantuan



Jom pakat-pakat bantu, “share/viral”, doa untuk sahabat kita ni, beliau hanya pekerja am sementara.

Diserang ‘Angin Ahmar’, Nazir Perlu Bantuan
21 Mac 2016



DUNGUN – Dahulu beliau antara insan yang ringan tulang, peramah dan sentiasa menyapa semua orang. Namun kini, Mohd Nazir Mohamed, 49, terlantar setelah diserang penyakit lelah yang agak kronik.

Lebih menyedihkan, setelah hampir 2 bulan ditahan untuk rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (HSNZ), Nazir disahkan terkena angin ahmar.

Leher beliau pula terpaksa ditebuk bagi memudahkan lendir kahar disedut keluar.

Beliau yang mempunyai 5 orang anak yang masih kecil, bekerja sebagai buruh am sementara di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di sini.

Beliau yang ditemui dirumahnya sebentar tadi, walaupun keletihan kerana perjalanan yang jauh dari HSNZ namun masih tersenyum bila disapa oleh para jiran.

Tuan Haji Ghazali Sulaiman turut sama menyambut kepulangan dengan membawa sebuah katil klinikal bagi memudahkan rawatan Mohd Nazir di rumah.

“Setelah mengetahui Nazir dah boleh keluar daripada hospital, kami berusaha mencari katil yang sesuai untuk pesakit stroke. Aada seorang hamba Allah yang telah sudi meminjamkan katil tersebut kepada Nazir,”ujar Haji Ghazali.

“Ketika Nazir terlantar di hospital, saya difahamkan oleh isteri beliau kos terpaksa ditanggung sendiri kerana status Nazir hanya pekerja sementara’

Puan Rohani Abdul Rahman, 39 memberitahu kos rawatan suaminya ketika berada di rumah mungkin meningkat tinggi berbanding di hospital.

Kos yang membabitkan susu formula khas dan lampin pakai buang. Rohani seorang surirumah buntu memikirkan masalah tersebut dan berharap agar orang ramai sudi membantu beliau sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan masalah Mohd Nazir boleh menyumbang terus ke akaun Rohani Abdul Rahman (BSN : 11104-41-000081879).

Tiada ulasan: