Kadang-kadang apabila melawat golongan asnaf yang ada ahli
keluarga yang masih sihat, agak terkilan apabila melihatkan persekitaran tempat
tinggal mereka tidak terurus. Ada yang ada kawasan tanah, tetapi tidak ditanam
dengan sayur-sayuran seperti serai, daun pandan, kacang botol dsbnya. Ada yang
sampah yang boleh dikitar semula dibiarkan bersepah-sepah dalam dan luar rumah.
Sedangkan sampah ini jika dikumpul boleh dibuat duit, iaitu kertas, botol
plastik, tin. Rezeki tidak datang bergolek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan