KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160309

Surau Terminal 2 Seremban umpama dilanda ribut



Saya cadangkan kita berbincang dengan pihak pengurusan dan sama-sama kita gotong royong baiki surau ini. Sila hubungi saya mana-mana pihak yang ingin turut sama dalam gotong royong ini.

Surau Terminal 2 Seremban umpama dilanda ribut
9 Mac 2016


Sebaik sahaja azan Zohor berkumandang, hati berdetik untuk menunaikan solat terlebih dahulu, di Terminal 2, Era Square Mall Seremban.

Bagi pengunjung kali pertama, pasti akan terkejut melihat keadaan surau dalam keadaan sungguh daif.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, mata tertumpu kepada rekahan dan longgokkan mozek yang pecah di pintu utama.

Surau bahagian lelaki hampir kesemua lantai mozek dalam bilik surau itu juga sudah rosak serta tercabut.

Sinar Harian kemudiannya membuat tinjauan dalam kalangan pengunjung pasaraya itu, yang terpaksa menggunakan ruang solat sedia ada untuk menunaikan sembahyang.

Bagi Kamal Ali, 43, dia telah menggunakan surau itu sejak tahun lalu dan sehingga kini masih berada dalam keadaan yang sama.

“Saya memang selalu datang ke Terminal 2 untuk hantar barang dan setiap kali datang mesti akan solat dulu  di surau ini.

Dalam pada itu, Fendi Basri, 32, ketika ditemui berkata, ini adalah kali pertama dia datang ke Terminal 2 dan menggunakan surau tersebut.

Katanya, persepsi pertama terhadap tempat ini adalah sangat mengecewakan apabila ruang solat tidak dijaga dengan sempurna sehingga menyusahkan pengguna Islam yang lain.

Di bahagian surau wanita walaupun tiada sebarang mozek tercabut, namun daripada empat paip air yang tersedia, hanya satu sahaja yang boleh digunakan, selebihnya sudah rosak.

Menurut Farawahida Faisal, 24, dia bersama kawan dan singgah bersolat di surau ini.
Katanya, mereka terpaksa menunggu giliran untuk mengambil wudhu disebabkan hanya satu sahaja paip yang berfungsi.

Tiada ulasan: