Pada Jumaat 25 Mac 2016 sekitar jam 5.15 petang ribut luar
biasa sekitar Ampangan dan Sikamat di Seremban. Banyak pokok tumbang,
melibatkan banyak sekolah, bangunan dan rumah. Jam 5.30 petang Sabtu 26 Mac
2016 saya serta Hj Rahim, Penyelia DUN Ampangan menziarahi satu keluarga di Kg
Sg Pupuh, Gedong Lalang 50. Rumah mereka hampir ranap ditimpa pokok besar,
mereka sedang menanti bantuan untuk menebang pokok tersebut. Kedudukan rumah
mereka agak terpencil. Keluarga ini kini mendiami khemah di luar rumah. Belum
boleh memasak kerana semua peralatan dalam rumah yang bahaya untuk dihuni.
Seorang anak mereka cedera ringan dihempap runtuhan ketika ribut. Tuan rumah
ini Encik Khalid merupakan pemandu van untuk pekerja kilang di Senawang. Semoga
keluarga ini tabah menempuh dugaan.
Sahabat-sahabat dari Jabatan Amal Seremban dan Amal Kelana
Seremban bergotong-royong pada pagi Ahad 27 Mac 2016 membuang pokok besar yang
tumbang yang meranapkan sebahagian rumah Encik Khalid bin Aziz di Kg Sg Pupuh,
Gedong Lalang 50, Ampangan selepas kejadian ribut luar biasa di Seremban pada
25 Mac 2016. Sebarang bantuan untuk membantu keluarga ini adalah amat
dialu-alukan terutama membina semula atap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan