Mohd Asmawi, isteri dan 4 orang anak mereka tinggal di Kg
Ramai Baris, Ulu Klawang, Jelebu N.Sembilan. Beliau bekerja sendiri manakala
isterinya surirumah sepenuh masa. Keadaan tempat tinggal mereka anak beranak
amat daif sekali merupakan peninggalan rumah pusaka. Mereka menumpang tandas
serta bilik mandi di rumah yang telah roboh terletak lebih kurang 50 meter dari
rumah tersebut. Keseluruhan bumbung bocor serta mereput dan bolehlah dikatakan
beratapkan langit. Keluarga ini tidak mampu membaiki atap apatah lagi untuk
membina bilik mandi serta tandas. Anggaran kos menukar atap ialah RM5,000 dan
membuat bilik mandi/tandas ialah RM5,000. Mereka yang ingin bantu keluarga ini
boleh hubungi 0122267406 Rozmal atau 0126191794 Shapie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan