Itu sebabnya konsep Rumah PPRT, Rumah Wakaf, Rumah Mesra
Rakyat atau apa-apa nama sekalipun perlu dikaji semula. Buat rumah paling asas,
tanpa bilik, asalkan ada tempat berteduh dan bilik air dengan kos sekitar
RM15,000 , dengan ini lebih ramai orang yang tiada rumah, ada rumah tapi hendak
roboh boleh dibantu segera.
Kereta jadi rumah, mana LPM?
24 Mac 2016
MELAKA - Seorang wanita bersama lima anaknya terpaksa
tinggal di dalam kereta sejak empat bulan lalu apabila usahanya memohon rumah
kerajaan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sehingga kini masih belum
menerima sebarang jawapan.
Siti Hajar Saadon, 46, berkata, sebelum ini, terpaksa
tinggal menumpang di rumah kenalan dan saudara mara di beberapa lokasi di
sekitar Tanjung Kling termasuk pernah menduduki rumah yang disediakan kerajaan
negeri di bawah program Rumahku Syurgaku (RKSK).
Menurutnya, impiannya untuk mendapat sebuah rumah yang
selesa tidak pernah padam, malah beberapa kali berusaha pergi ke agensi
perumahan terbabit untuk bertemu dengan pegawai berkaitan tetapi sehingga kini
hasrat itu masih samar.
“Jadi terpaksalah saya menjadikan kereta ini sebagai rumah.
Kereta inilah menjadi tempat simpanan pakaian, makanan, ada dapur serta
ubat-ubatan bila saat diperlukan.
“Setiap kali bila hendak mandi, buang air atau menyalin
pakaian kami terpaksa mencari tandas awam atau menumpang mana-mana surau. Kami
tidur di merata tempat,” katanya ketika ditemui di Tanjung Minyak di sini,
semalam.
Sementara itu, masalah wanita berkenaan dirujuk Pusat
Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, semalam.
Pengarahnya, Amir Hamzah Abdul Aziz berkata, pihaknya akan
mendapatkan maklumat daripada LPM bagi mengetahui status permohonnya.
“Kami sedia memberikan sokongan permohonan wanita terbabit
untuk mendapatkan sebuah rumah menerusi LPM.
“Bagaimanapun, sekiranya dia inginkan rumah segera, kita
sedia mengusahakan bantuan bayaran deposit bagi mendapatkan sebuah rumah sewa
untuknya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan