KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160303

Zaman ekonomi gawat perlu amalkan sistem barter



Mereka yang memerlukan bantuan perlukan amal sistem barter jika mampu. Ada seorang kenalan perlukan duit untuk beli motosikal. Duitnya tak cukup. Saya cadangkan kepada dia agar menawarkan barangan kepada pemilik motosikal itu jika tak cukup duit. Katanya dia ada komputer yang masih elok, harga semasa sekitar RM500. Saya syorkan dia membuat tawaran kepada pemilik motosikal itu adakah dia boleh menerima komputer terpakai tersebut untuk mencukupkan duit membeli motosikal.

Dalam keadaan ekonomi yang gawat ini, bukan senang nak pinjam duit. Bukan saudara mara sahaja susah nak bantu, adik beradik pun susah nak bantu. Jadi sekiranya ada yang perlukan bantuan untuk beli keperluan saya cadangkan perkenalkan sistem barter di kalangan masyarakat kita.

Mungkin ada yang perlukan kipas angin dan rumah dia ada 2 periuk nasi elektrik. Manakala jiran ada 2 kipas angin dan tiada periuk nasi elektrik. Yang satu amat perlukan periuk, yang satu perlukan kipas musim panas ni, tapi masing-masing tidak ada duit. Daripada kita beri pinjam setiap seorang RM100, apa salahnya mereka bertukar-tukar barangan antara satu sama lain.

Ini hanya satu contoh, banyak contoh lain dalam sistem barter ini.

Tiada ulasan: