Saya pernah menjadi Pengerusi/YDP PIBG
sebuah sekolah menengah di Seremban. Sebagai seorang bukan warga
pendidik, guru lebih tahu apa keperluan di sekolah. Apa saja yang
guru mohon dari duit PIBG kita luluskan dalam mesyuarat AJK PIBG
tanpa banyak karenah birokrasi.
Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya
tunjuk kita lebih pandai dari guru. Kita bekerjasama dengan guru
untuk manafaat anak-anak kita juga.
Duit PIBG untuk kegunaan sekolah, guru
berada di sekolah lebih 10 jam sehari, ada kalanya 7 hari seminggu.
Duit PIBG kalau ada, gunakan, bukan untuk dikumpulkan, tambahan dalam
ekonomi gawat ini, peruntukan semua kementerian dipotong, termasuk
Kementerian Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan