KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081031

Nak ubati sikap sombong , ingat mati selalu

Setiap orang tidak boleh tidak ada sikap riak , takabbur , bongkak , sombong. Tak kiralah samada ahli politik , menteri , imam , bilal , ulamak , jurutera bahkan buruh kasar sekali pun ada sikap ini. Sikap inilah yang akan menjauhkan diri kita dari syurga dan mendekatkan kita ke neraka Allah.

Untuk mengubati penyakit ini memang payah. Ianya akan sentiasa datang setelah diubati. Oleh itu haruslah sentiasa diubati. Perlu banyak mengingati Allah, banyak beristighfar, menurut segala perintahNya, hormat ibu bapa dan sebagainya.

Antara ubat yang mujarab untuk penyakit ini ialah dengan banyak mengingati mati.

Banyak ziarah jenazah , ziarah kubur.

Banyak lihat mereka yang nazak kematian. Banyakkan mandi jenazah teman-teman kita , saudara kita. Usung jenazah . Peluk jenazah. Mandikan jenazah. Bawa van jenazah , masukkan jenazah ke liang lahad dan sebagainya.

Itu sebabnya kita lihat bilal yang menguruskan jenazah , jiwa mereka ini tenang. Mereka tak banyak mengata.

Syawal ini telah ramai mereka yang saya kenali kembali ke pangkuan Ilahi. Ada yang sempat saya ziarah , ada yang tidak sempat.

Allahyarham Ramlee meninggal dunia seminggu selepas raya. Saya selalu jumpa dia di surau. Dia pencen BPR. Kalau dia ada di taman ini , dia selalu akan datang isya. Seorang yang low profile dan mudah didampingi.

Minggu lepas ayah saudara saya juga meninggal dunia Baharuddin Idris di Kg Gadong. Juga seorang yang jarang saya nampak marah. Jenazahnya begitu mudah diuruskan.

Hari yang sama senior setahun saya Dr Adib Othman (Klinik Kassim) meninggal dunia, tak sempat saya nak ziarah. Kalau pergi klinik dia sentiasa senyum, bergurau dengan anak-anak.

Tadi pula ziarah Hj Osman dari Chengkau , seorang veteran pejuang Islam. Seorang yang saya tak pernah nampak marah, selalu beri nasihat.

Ingat mati bukannya sampai kita hilang semangat tak boleh buat kerja. Ingat mati supaya kita kerja sungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan , dalam pada masa yang sama kita sentiasa ingat pada Allah.

Beribadahlah seolah kita akan mati esok hari , bekerjalah seolah kita akan hidup selama-lamanya.

Kalau semua kita banyak mengingati mati dalam erti kata sebenarnya mungkin banyak penyakit lain akan sembuh, dengki , khianat , fitnah , adu domba , rasuah , menipu dan sebagainya.

Kesian , Wakil Rakyat Pun Boleh Pokai

Siapa yang hendak jadi wakil rakyat dengan elaun RM 3,600 sebulan ? Lebih baik kerja yang sedia ada ni , tak payah pening-pening kepala setiap waktu orang talipon dengan pelbagai masalah , anak tak dapat ke sekolah , suami lari , elektrik kena potong , kematian , kemalangan , bencana alam.

Kawan saya jadi wakil rakyat, dulu saya banyak uban daripada dia , sekarang tak sampai setahun jadi wakil rakyat dia pula banyak uban daripada saya.

Masalahnya ialah rakyat Malaysia secara umumnya salah faham tanggungjawab seorang wakil rakyat. Mereka menyangka wakil rakyat ni kaya raya , banyak projek boleh beri dan sebagainya. Hakikatnya wakil rakyat adalah penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Kalau rakyat Malaysia hendak maju , kalau bangsa Melayu hendak maju , fahami apa peranan wakil rakyat , apa peranan rakyat. Kalau tak tahu , boleh lihat pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/06/aku-dan-yb-salah-faham-fungsi-rakyat.html
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/11-tanggungjawab-asas-seorang-wakil.html

Mungkin selepas ini Kementerian Pelajaran akan mencadangkan satu lagi subjek iaitu Tanggungjawab Rakyat dan Wakil Rakyat.


****************************
Kelantan setuju kaji elaun wakil rakyat

Utusan Malaysia 30 Okt 2008
KOTA BHARU 29 Okt. - Kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan bebanan mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya dipersetujui, elaun wakil rakyat akan meningkat 30 peratus menjadi RM4,840 sebulan berbanding sekarang RM3,600 sebulan.

Semalam, ketika sesi perbahasan bajet, wakil pembangkang, Nozula meminta kerajaan menyemak semula kadar elaun RM3,600 sebulan bagi wakil-wakil rakyat kerana mereka terbeban dengan tanggungjawab membantu banyak aspek keperluan rakyat.

Beliau menyifatkan kadar itu kecil pada masa sekarang dan menegaskan wakil-wakil rakyat tidak harus takut dikritik dalam soal itu kerana rakyat tentunya memahami.

Menurutnya, wakil-wakil rakyat Pas mungkin keberatan untuk menyuarakannya tetapi mereka sedar tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dengan elaun tersebut.

Husam berkata, dengan kenaikan harga barang dan bahan bakar, kadar elaun tersebut tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan wakil rakyat kerana ia bukan sahaja digunakan untuk keperluan peribadi tetapi dikongsi bersama rakyat.

"Sebagai contoh, jika dahulu wakil rakyat hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM10 ketika pergi kenduri kahwin tetapi kini jumlahnya mungkin bertambah dua kali ganda, RM30.

"Saya harap selepas ini semua wakil rakyat berdoa agar ahli Exco dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm&arc=hive

Karnival Fiesta Kota Damansara 21 ke 27 Dis 08


Karnival Fiesta Kota Damansara 08
Tarikh : 21- 27 Disember 08 ( Ahad – Sabtu )


AKTIVITI MENARIK
* Perkhidmatan Rawatan Kesihatan dan Derma Darah
* Pameran Kesihatan , Polis Diraja Malaysia , Bomba dan Penyelamat
* Malam BUDAYA SEJAGAT
* Tajaan Jamuan Makan Dari KFC dan lain-lain setiap hari
* Kaunter Agensi Awam dan Swasta
* 50 Gerai Jualan dan Pameran
* Forum Hal Ehwal Semasa
* Pertandingan Melukis Kanak-Kanak
* Program Uji Minda
* Talk Show
* Pertandingan Busana Kanak-Kanak
* Peluang Temuduga dan Kerjaya
* Peluang Perniagaan dan Perundingan
* Aktiviti Xplorasi Minda
* Pelbagai Hadiah dan Baranan PERCUMA
* Lelongan JUMBO barangan terpakai pada Sabtu 27 Dis 08 12 tgh – 2 ptg ( Sebarang bentuk barangan terpakai amat dialu-alukan )

Sewa Lot/Booth : RM 600 ( 6 hari + 1 Hari Percuma )

PENAMPILAN KHAS
Penceramah Motivasi

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Anjuran :
Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti Kota Damansara ( SA 0102607-V )
dan
Pejabat ADUN Kota Damansara



Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Sekteriat Fiesta Kota Damansara 08
Bangunan Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti Kota Damansara
No 26-1 Jalan Pekaka 8/4 , Sek 8
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 0132517421 / 0192667215 / 0132527421 / 0361570416
Fax : 0361570416
E-mel : cdtc_kotadamansara@yahoo.com

Konvensyen Pelajar Islam Malaysia dan Indonesia 2008 di Amerika

Buat julung kalinya Persatuan Pelajar Islam Malaysia (MISG) akan mengadakan Konvensyen (Muktamar) secara bersama dengan Persatuan Masyarakat Islam Indonesia (IMSA) di Houston , Texas , Amerika Syarikat pada 26 Disember 2008.

Pihak penganjur Muktamar amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk menjayakan konvensyen ini.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi terus pihak penganjur melalui maklumat dibawah ini :

*****************************************************
Donations for IMSA-MISG Muktamar (Annual Convention) 2008

Malaysian Islamic Study Group (MISG) had established a solid rapport between many Muslim leaders and organizations in North America, which include ISNA, MSA, CAIR, MAS and IIIT.

On December 26, 2008 to December 30, 2008, MISG together with Indonesian Muslim Society in America (IMSA) will be organizing an annual convention called Muktamar in Houston, Texas.

Essentially, speakers from Malaysia, Indonesia and North America are invited to give talks and workshops to participants. We are anticipating Indonesian and Malaysian Muslims from all over US and Canada to attend this convention.

Thus we are hoping to raise some fund from your behalf to support our program so that this event will be affordable for the participants especially the students.

In return for your generosity, we are delighted to distribute any pamphlets; brochures; business cards; flyers, etc. from your companies/organizations/institutions to our participants. Also we will be printing the names of companies/organizations/institutions who are the top five sponsors for this convention on participants name tag.

May Allah S.W.T repay your best deeds with best rewards, Insya Allah. Jazakallahu khairan.

Your brother in Islam,
Ahmad Syafiq, Ameer (MISG) Muktamar 2008
Malaysian Islamic Study Group of United States and Canada
Email: ahmadsyafiq87@gmail.com
http://www.misgonline.com/
Phone: 616-634-2998 Phone: 612-801-6800 13

Convention Coordinators
Torkis Lubis Ahmad Syafiq IMSA MISG
The Indonesian Muslim Society of North America.
Email: ismail_lubis@yahoo.com
http://www.imsa.us

20081030

Kursus Pra Perkahwinan Islam di Seremban

Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam ( MBKPPI )

Anjuran :
DARUL DEDIKASI MANAGEMENT ( NS0032379-H )
30 Jalan Bunga Raya 7, Pusat Perniagaan Senawang
( Deret Restoran KFC Taman Tasik Jaya Senawang )
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel / Faks : 06 - 679 1925
e-mail : admin@daruldedikasi.com
Laman web : www.daruldedikasi.com

Kursus setiap Sabtu dan Ahad
3 kali sebulan ( kecuali minggu ke 3 & ke 5 )
Sijil sah laku seluruh negara dan tiada tarikh luput ( seumur hidup )

Sarapan pagi, makan tengahari, nota dan alatulis disediakan

Waktu urusniaga dan tempahan setiap hari : 9.00 pagi - 9.00 malam
Pejabat tutup : Sabtu & Ahad minggu ke 3 serta cuti umum
Tutup Sementara : Hari Jumaat ( 01.00 p.m - 02.30 p.m )

Hubungi :
012 - 353 9390, 012 - 670 5091, 012 - 365 8471
019 - 207 0095, 019 - 280 4629, 013 - 633 0982
Layari Laman Web BLOG Senarai Usahawan Islam Negeri Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com

94 bayi luar nikah setiap hari

Itulah angkanya jika 257,411 bayi luar nikah dari 2000 hingga Julai 2008, bermakna 94 bayi luar nikah setiap hari. Setiap negeri purata 7 orang bayi luar nikah setiap hari. Setiap pihak mesti bertafakkur sebentar fikirkan perkara ini. Banyak tindakan boleh dilakukan baik di pihak kerajaan mahu pun individu. Semua harus bertindak.

Masjid-masjid mesti dipenuhkan dengan solat jemaah. Hiburan melampau di tempat awam, di media elektronik mesti dikawal. Aktiviti alternatif mesti disediakan. Perkahwinan harus dipermudahkan. Majlis perkahwinan yang eksklusif (grand) jangan dihebohkan. Rumah urut harus dikawal. Usaha dakwah mesti diperhebatkan. Akhir sekali semua kita mesti berdoa agar generasi kita diselamatkan dari bala dan musibah yang berterusan akibat maksiat yang semakin tidak terkawal.

*********************
257,411 bayi luar nikah
Kosmo 30 Oktober 2008
KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

20081029

Pendaftaran Pelajar Sek Ren Islam AsSaidiyyah 09 Kini Dibuka

Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban telah membuka pendaftaran pelajar untuk kemasukan tahun 2009 bermula 20 Oktober 2008 hingga 31 Disember 2008.

( Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah juga kini membuka pendaftaran untuk pelajar ke Tingkatan 1 hingga 5. Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.saidiyyah.com )

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah hubungi Pejabat di 06-677197

YURAN
Butiran buku , jadual , pakaian dan bayaran yuran SRIAS boleh didapati di Laman Web Blog http://puspa-ns.blogspot.com

Tawaran Iklan Majlis Ihtifal SRIAS 2008

Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban akan mengadakan Majlis Ihtifal 2008 ( Majlis Penyampaian Anugerah ) pada hari Khamis 13 November 2008 jam 8 malam di Dataran SRIAS.

Sehubungan dengan itu pihak penganjur menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membuat pengiklanan dalam Buku Majlis Ihtifal.

Kos pengiklanan ialah RM 200 untuk satu muka , RM 100 untuk setengah muka dan RM 50 untuk suku muka.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-6582676 Muallimah Norashikin atau 017-2320699 Muallimah Siti Zaharah.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini.

Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam

Berita Harian 29 Okt 2008. Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat.

"Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081029002900/Article/index_html

20081028

Nak tahu tempat senang parking di Seremban ?

Kalau pergi bandar Seremban masa hari bekerja , memang payah betul nak cari tempat letak kereta. Apatah lagi kalau ada urusan di bank dan sebagainya. Ada kalanya hilang juga sabar nak cari tempat letak kereta, pusing 4-5 kali belum tentu jumpa lagi.


Kini ada satu tempat letak kereta yang sedikit mudah untuk jumpa yang kosong. Tempatnya ialah di jalan hadapan Bazaar MAINS. Patutlah ramai orang tak jumpa Bazaar MAINS , walaupun Bazaar MAINS ni terletak di tengah-tengah pusat bandar Seremban , berhampiran dengan The Store Seremban.

Ini disebabkan jalan di Bazaar MAINS ialah jalan satu hala yang hanya boleh masuk dari Jalan Dato Bandar Tunggal. Kalau kita dari The Store atau nak ke The Store melalui jalan Tunku Munawir memang tak boleh masuk jalan Bazaar MAINS ni , iaitu Jalan Dato Abdul Rahman.

Jadi kalau nak cari jalan yang senang sikit nak cari tempat letak kereta di tengah kesesakan bandar Seremban , cubalah di jalan Bazaar MAINS. Ada masa singgahlah di Bazaar MAINS , tengok pelbagai produk di sana , terutamanya kain tudung, kain batik, barangan kraf, kedai jahit, kedai herba tradisional dan sebagainya.

Sudi-sudi ziarah Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com/

Faktor Bazaar MAINS kurang pengunjung

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang peniaga di Bazaar MAINS. Dia kata ada seorang pelanggan dari Senawang bukan main payah nak cari Bazaar MAINS , beberapa kali sesat tengah bandar Seremban nak cari Bazaar MAINS.

Tinjauan peribadi saya ketika turun padang ke Bazaar MAINS mendapati beberapa faktor yang menyumbang kepada kurangnya pengunjung ke Bazaar MAINS atau punca ramai orang Seremban sendiri tidak tahu kewujudan Bazaar MAINS ialah :

1. Jalan hadapan Bazaar MAINS ialah jalan sehala iaitu Jalan Dato Abdul Rahman. Sedangkan banyak jalan lain di Seremban ialah jalan dua hala. Ada baiknya pihak Majlis Perbandaran Seremban mempertimbangkan untuk menjadikan jalan ini dua hala , kerana tindakan menjadikan jalan ini sehala secara tidak langsung mematikan Bazaar MAINS. Jika alasan menjadikan jalan ini sehala untuk mengurangkan kesesakan jalan adalah tidak berapa logik kerana sekarang ini pun bandar Seremban begitu sesak , dan yang menyesakkan jalan Seremban ialah pemilik kenderaan yang meletak kenderaan sesuka hati di tengah jalan.

2. Faktor kedua ialah tiada langsung papan tanda dari mana-mana jalan utama yang menunjukkan Bazaar MAINS. Pihak Majlis Perbandaran Seremban dan JKR boleh memikirkan untuk meletak beberapa papan tanda untuk ke Bazaar MAINS. Bazaar MAINS yang terletak di tengah bandar Seremban ini ada potensi untuk dijadikan tempat tarikan pelancong seperti Pasar Seni , Pasar Budaya , Kedai Payang dan sebagainya.

3. Faktor ketiga ialah setiap malam jalan hadapan Bazaar MAINS ini iaitu Jalan Dato Abdul Rahman ini dijadikan tapak pasar malam , dimana sekitar jam 5 petang jalan ini akan ditutup. Ini juga secara tidak langsung bukan sahaja mematikan Bazaar MAINS malah boleh mengkuburkan terus Bazaar MAINS. Mungkin pihak Majlis Perbandaran Seremban boleh mempertimbangkan beberapa cadangan seperti menutup hanya separuh jalan sahaja , atau mengalihkan kedudukan pasar malam ini ke jalan lain , atau menghadkan setiap jalan di Seremban ini hanya satu malam sahaja di adakan pasar malam contoh hari Ahad di Jalan Dato Abdul Rahman , hari Isnin di Jalan Tunku Hassan , hari Selasa di jalan Dato Lee Fong Yee dan seterusnya. Barulah adil untuk semua peniaga di bandar Seremban.

4. Faktor keempat ialah memandangkan Bazaar MAINS ini kedudukannya ke dalam sikit dari jalan kerana ruang pejalan kaki yang luas , maka ianya tidak menggamit pengunjung. Kedai JUDI NOMBOR EKOR sebelah Bazaar MAINS ini lebih menonjol dan lebih kreatif kerana meletakkan papan tanda KEDAI JUDI yang lebih menonjol. Justeru itu MAINS Holding dicadangkan agar meletak papan tanda gergasi yang menonjol sikit yang boleh nampak dari Jalan Tunku Munawir dan Jalan Dato Bandar Tunggal untuk menyaingi papan tanda KEDAI JUDI sebelahnya (macam saya tulis huruf besar KEDAI JUDI ianya lebih menonjol dari bazaar mains )

5. Faktor kelima ialah kurangnya pejabat agensi kerajaan di Bazaar MAINS ini. Mungkin MAINS Holding boleh mempertimbangkan untuk meletakkan sebanyak mungkin pejabat agensi kerajaan di tingkat atas Bazaar MAINS seperti Kaunter Pusat Zakat , Kaunter Baitul Mal , Kaunter JKM , Klinik Baitul Mal , Pusat Kaunseling Baitul Mal dan sebagainya. Apabila ramai orang berurusan dengan agensi kerajaan di Bazaar MAINS secara tidak langsung mereka mengunjungi Bazaar MAINS.

6. Faktor keenam ialah tiadanya sistem siaraya yang berfungsi dengan sepenuhnya di Bazaar MAINS ini , tidak seperti di kebanyakkan pasaraya. Sistem siaraya dengan lagu nasyid, ceramah atau siaran Radio IKIM akan menggamatkan serta menyerikan suasana di Bazaar MAINS.

Saya percaya persatuan peniaga di Bazaar MAINS mempunyai banyak lagi cadangan yang mereka akan kemukakan kepada pihak berkaitan. Semoga Allah memudahkan usaha mereka dan memberi pahala serta ganjaran kepada pihak yang bertanggungjawab yang melaksanakannya.

Bukan Bazaar MAINS sahaja yang menghadapi masalah kurang sambutan. Seremban Plaza milik MARA dan Plaza Ampangan milik UDA juga mempunyai masalah lebih kurang serupa.

Kepada pengarah-pengarah, pak menteri, wakil rakyat , turunlah padang tengok apa masalah peniaga Melayu kita. Sama-sama kita bantu. Membina sebuah kompleks perniagaan adalah mudah dan menguntungkan tetapi untuk mempastikan kompleks perniagaan tersebut memberi menafaaat kepada para peniaga dan menguntungkan adalah satu tugas yang amat sukar tetapi tidak mustahil.

Sudi-sudi ziarah Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com/

20081027

Taman kanak-kanak tempat pesta arak di Senawang

Sekitar taman perumahan di Seremban , di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia ini pada amnya terdapat pondok atau wakaf samada yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan , sumbangan korporat individu dan sebagainya. Taman Alamanda , Senawang juga terdapat taman permainan kanak-kanak yang ada buaian , gelongsor , jongkang jongkit dan juga wakaf yang dibina oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Akhir-akhir ini di wakaf tersebut telah dijadikan tempat minum arak oleh remaja bermotosikal yang dipercayai dari luar taman. Setiap pagi banyak botol arak bertaburan di sekitar wakaf tersebut

Saya telah menghubungi pihak polis di Balai Polis Bandar Baru Senawang mengenai perkara ini. Saya juga akan menghubungi pihak Majlis Perbandaran Seremban untuk merobohkan wakaf ini sebagai langkah terakhir sekiranya aktiviti mini pesta arak ini tidak dapat dibendung. Adalah lebih baik wakaf ini dirobohkan sekiranya ianya lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Saya juga percaya perkara ini bukan sahaja berlaku di Taman Alamanda , Senawang bahkan banyak tempat awam , tempat riadah , tempat bersantai untuk keluarga di seluruh Malaysia.

Setiap daripada kita harus memainkan peranan untuk membendung gejala ini dari terus merosakkan masyarakat kita. Jangan lepas tangan atau buat tak tahu. Jangan serahkan semata-mata pada pihak polis , Jabatan Agama Islam , AJK Masjid atau Surau. Sama-sama kita bantu semua agensi yang berkaitan. Kalau kita buat hal kita sendiri , tak mahu jadi penyibuk , tunggulah masanya masyarakat kita akan hancur.

Kita ada kemudahan SMS , telefon , internet. Gunakan semua kemudahan ini untuk membantu diri kita dan masyarakat. Ingat di akhirat nanti kita akan ditanya apa peranan kita apabila kita melihat maksiat. Yakinlah kita sendiri akan ditanya , walaupun pemerintah akan ditanya , Jabatan Agama Islam akan ditanya , polis akan ditanya , kastam yang meluluskan lesen penjualan arak akan ditanya , AJK masjid dan surau pun akan ditanya apa peranan kita untuk membendung masalah pengambilan arak oleh umat Islam.

Kita juga harus membantah sebarang pembaharuan lesen menjual arak di tempat kita , sekiranya tempat kita itu majoritinya adalah orang Islam. Kedai 24 jam mestilah tidak menjual arak , kerana ini hanya memudahkan mereka yang ingin membeli arak terutamanya para remaja yang berpeleseran tanpa tujuan.

Disamping itu sembahyang jemaah 5 waktu di masjid dan surau di tempat kediaman kita haruslah disemarakkan dan dihidupkan. Peminum-peminum arak , penagih-penagih dadah , penagih-penagih kedai judi akan merasa segan apabila di taman perumahan mereka masjid dan surau dipenuhi dengan orang bersembahyang jemaah. Jangan harapkan imam , bilal , siak dan AJK untuk memenuhkan surau dan masjid. Kita juga mesti memenuhkan masjid , untuk kebaikan diri kita sendiri dan masyarakat.

Yakinlah kita akan ditanya diakhirat nanti adakah kita terlalu sibuk hingga jarang dapat berjemaah di masjid , bukan hanya nazir akan ditanya, imam akan ditanya, bilal akan ditanya, kita juga akan ditanya.

Akhir sekali simpanlah nombor telefon yang penting untuk kita melaporkan sebarang kegiatan yang merosakkan masyarakat di tempat kita seperti contoh di bawah :

LAPORKAN MAKSIAT DI TEMPAT KITA
Hubungi Hotline 24 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembiln
06-7672756 , 06-7672757

LAPORKAN JENAYAH DI TEMPAT KITA
Hubungi Polis Di Raja Malaysia
Balai Polis Bandar Baru Senawang 06-6792222
IPK NS 06-7622222
Peronda Polis 06-6033477 (selepas jam 12 tgh malam)

Roti Putar Segera yang memudahkan kita




Masa Ramadhan yang lalu saya terjumpa produk sejuk beku Roti Putar Zaimah di Pasaraya Giant Senawang. Produk bumiputera ini diusahakan di Kuala Kubu Baru , Selangor dibawah pengawasan Jabatan Pertanian.

Roti putar ni macam roti bom, harganya tak silap saya RM 5.90 ada 8 keping roti. Cara nak panasnya cukup mudah, biarkan ianya dinyahbeku pada suhu bilik, lepas tu guna ketuhar gelombang mikro atau kuali, panas sekejap saja kerana ianya telah siap masak.

Pada saya produk seperti ini bukan sahaja sebagai satu punca rezeki pada para peniaga tetapi juga memudahkan kita kerana ianya besih , suci dan harga pun amat berpatutan.

Keistimewaan Roti Putar Zaimah ini ialah ianya dibungkus dengan cara yang cukup professional dan menarik sekali.

Juga nak tolong promo satu lagi produk Bumiputera :

Kek dan Kuih Buatan Sendiri
Homemade Bakery
No 291 , Jalan 2/2 , Taman Alamanda , Senawang
Tel Pn Norly 017-6939308 , Pn Salawati 019-6689344
Membuat , Membekal , Menjual Serta Menerima Tempahan
Pelbagai Jenis Kek , Muffin , Kuih Raya , Kerepek & Serunding
Untuk Pelbagai Program dan Jamuan juga untuk Bakal Haji dan Umrah

20081026

Blog BAZAAR MAINS , Seremban

Adalah dimaklumkan Blog Bazaar MAINS , Seremban diwujudkan khusus untuk membantu mempromosi produk yang dipasarkan oleh peniaga-peniaga di Bazaar MAINS , Seremban.

Perkhidmatan melalui Blog Bazaar MAINS ini adalah percuma.

Alamat Blog tersebut ialah http://bazaarmains.blogspot.com

Kepada mereka yang menjalankan perniagaan di Bazaar MAINS sila hantarkan butiran perniagaan anda seperti dibawah melalui e-mel kepada rozmal@yahoo.com atau SMS ke 012-2267406.

Butiran Perniagaan :

1. Nama Syarikat :
2. Nama Pemilik/Pengurus :
3. Alamat Lot Bazaar MAINS :
4. No tel/e-mel/laman web :
5. Jenis perniagaan/produk :
6. Catatan tambahan :

20081024

Apa kata tahun ini Ibadah Korban kita di Mindanao ?



Idil Adha semakin hampir. Rupanya masih ramai umat Islam dari rumpun Melayu di rantau Nusantara ini berada di bawah paras kemiskinan yang amat sangat. Rumah teres , rumah kembar dua tingkat , kondominiun apatah lagi rumah banglo serta kereta baru apatah lagi kereta mewah bukanlah impian mereka atau matlamat mereka di Mindanao setiap kali menyambut lebaran.
Begitu besar dan begitu bernilai sekali setiap bahagian korban yang diagihkan kepada mereka. Mereka adalah saudara kita dalam Islam , mereka adalah saudara kita satu rumpun bangsa. Mereka berada di Mindanao dan Kemboja.

Sebuah badan sukarela Aksi Cepat Tanggap (ACT) memudahkan kita semua untuk menunaikan ibadah korban di tempat mereka yang amat memerlukan ini. Mereka telah berjaya mengagihkan banyak bahagian daging korban pada tahun 1428 H.

Tidak mahal. Hanya RM 290 untuk satu bahagian korban lembu atau seekor kambing.

Program Korban ini diberi nama QHS - QURBAN FOR HUMANITY AND SOLIDARITY ( Ibadah Korban untuk Kemanusiaan dan Kesatuan ).

Bantulah mereka di Mindanao.

Hubungi:
Sekreteriat Program QHS
3408, Jalan 18/61, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor DE.
Tel: 014-9228905 Fax: 03-89425693
e-mail: actmy.care@gmail.com , http://www.actmalaysia.org/

LAMAN WEB IBADAH KORBAN 1429 H http://www.qurbanact.blogspot.com/

Anjuran: Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad -- (ACT)
Akaun Bank : Aksi Cepat Tanggap (M) Berhad,
Maybank Acct. No: 562142713126

Untuk laporan berita bergambar Program Kemanusiaan anjuran ACT sebelum ini pada laman web berikut :
Ibadah Korban di Mindanao 1428 H http://qurban1428h.blogspot.com/
Bantuan Iftar Ramadhan 1428 H http://al-bir.blogspot.com/
Laporan Bantuan Iftar Ramadhan di Mindanao 1428 H http://al-bir-report.blogspot.com/
Ibadah Korban di Kemboja 1428 H http://qurbankemboja1428hijrah.blogspot.com/
Blog Dato Mustafa http://datomustafakamal.blogspot.com/

FAKTA PENDERITAAN PENDUDUK MINDANAO
- 20,000 orang menjadi mangsa banjir besar akibat taufan pada jun 2008
- Rumah-rumah dan tanaman-tanaman digenangi air banjir yang lambat surut
- RM 100 juta kerugian akibat banjir besar yang lepas
- Laporan United Nations World Food Program pada Ogos 2008 menyatakan terdapat lebih 500,000 orang sudah menjadi pelarian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan tentera Moro Islamic Liberation Front (MILF)






Pelawaan Ibadah Qurban Pusat Dakwah Paroi 1429 H

PROGRAM IBADAH QURBAN 1429H/2008M

TARIKH : 10 DISEMBER 2008 ( RABU )/12 ZULHIJJAH 1429
TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN

Program ini terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

SATU BAHAGIAN RM350
PENYERTAAN ADALAH TERHAD

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :

Pusat Dakwah Islamiah
Paroi , Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

TEL : 06-6751609/1605/1604
FAX : 06-6789763

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Sebelum atau pada 3 DISEMBER 2008

Maklumat lanjut di http://hshn9.blogspot.com

Program Cuti Sekolah Nov Dis 2008

Pada cuti sekolah yang akan datang Yayasan Sofa , Rembau akan menganjurkan Program Tafaqquh Fi Al Din 2008.

Program ini dibahagikan kepada 2 sesi.

SESI 1 (16 - 22 November 2008)
Pendaftaran 16 November 2008 ( 3 – 5 ptg) - Ahad
Tarikh Tutup 8 November 2008 - Sabtu

SESI 2 (14 - 20 Disember 2008)
Pendaftaran 14 Disember 2008 ( 3 - 5 ptg) - Ahad
Tarikh Tutup 6 Disember 2008 - Sabtu

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun borang pada pautan berikut http://yayasansofa.blogsome.com/2008/10/22/program-cuti-sekolah/

20081020

Seremban , Rembau teruk banjir, bantuan diperlukan

Subuh ini dihubungi teman - teman, sekitar Paroi, Rantau dan banyak lagi kawasan dalam Parlimen Rembau dinaiki air... penghuni kawasan perumahan mewah juga terpaksa dipindahkan.

Semua petugas keADILan Rembau dan PAS sudah turun ke bawah seawal subuh tadi bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang turun membantu....ramai yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir juga. Kemungkinan kemusnahan dan kerugian tinggi kerana ramai tak sempat selamatkan barangan.

Kepada yang sudi hulur bantuan segera , lampin bayi/dewasa , barangan makanan - beras, sardin, minyak, susu, tepung dll

Sesiapa yang ada peralatan seperti 'water jet' dan seumpamanya untuk dipinjamkan sebagai persediaan usaha pasukan bantuan pasca banjir untuk bantu bersih rumah.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi :
PKR Bahagian Rembau , Azizi 012-3696474
PAS Kawasan Rembau , Hassan 019-2171942
Unit Amal Negeri Sembilan , Sufian 013-3589328
Pejabat Khidmat DUN Paroi 06-6794609

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2008/10/seremban-rembau-banjir.html

Chikungunya. Bala, musibah atau wabak ? Rawatannya ?

Ramai mereka yang saya kenal menghidap demam Chikungunya , termasuk ayah saya. Saudara saya di Kg Gadong , Rembau satu keluarga menghidap demam ini. Di Melaka dan beberapa tempat di Negeri Sembilan dengar ceritanya ramai yang diserang demam ini. Ada yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, ada yang pergi ke klinik swasta.

Sampai ada yang tak nak balik kampung , kerana takut dijangkiti penyakit ini.

Sejauh mana demam Chikungunya ini sedang melanda Malaysia tidaklah diketahui. Apakah ianya sudah menjadi epidemik atau endimik , juga tidak diketahui.

Apakah demam Chikungunya ini merupakan bala , musibah atau wabak , hanya ALLAH yang Maha Esa yang lebih mengetahui.

Di Malaysia kesedaran rakyat masih amat kurang berkenaan demam ini. Rata-rata penduduk Malaysia sudah semakin kurang bergotong royong , menjaga kebersihan taman perumahan dan kampung-kampung untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk yang menyebarkan demam Chikungunya.

Begitu juga kesedaran apa yang harus dilakukan jika diserang demam ini. Mereka semata-mata bergantung kepada ubat yang dibekalkan klinik dan hospital tanpa mengambil inisiatif untuk mencari kaedah pemakanan yang sesuai untuk menangani penyakit ini.

Antara yang disyorkan kepada mereka yang menghidap demam ini ialah banyak minum air kosong , banyak makan sayur mentah dan buah terutama tomato, minum air barli . minum teh herba. Dikatakan juga air kelapa juga adalah baik untuk rawatan demam Chikungunya ( Rujukan : http://www.ayurvedictalk.com/coconut-water-could-be-the-best-solution-to-chikungunya/806/ )

Penghidap demam ini harus mengelak dari mengambil Aspirin. Juga kurangkan garam dalam makanan , kurangkan gula , kurangkan mengambil susu dan produk dari tenusu , kurangkan makanan yang berlemak atau berminyak. Elakkan minum teh , kopi , air berkarbonat.

Justeru itu semua pihak haruslah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengenai demam ini. Walaupun demam ini jarang membawa maut tetapi pesakit yang menghidap demam ini mengalami sakit sendi yang serius dan ada yang ke tahap kritikal sendi bengkak-bengkak sampai tidak dapat bergerak.

Rujukan lain :
http://aches.in/naturalcuresarthritis.html
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20060702055302AASpKqv
http://ailments.in/chikungunya.html

Jangan beli biskut di pasar malam tiada label

KENYATAAN AKHBAR MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN ISU MELAMINE

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati pengguna untuk tidak membeli biskut-biskut yang dijual di pasar malam, pasar tani, bazaar malam dan sebagainya yang tidak mempunyai label. Pengguna dinasihatkan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran.

Senarai produk yang telah dianalisa sebelum ini boleh dirujuk melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://fsq.moh.gov.my

Sumber : http://fsq.moh.gov.my/uploads/kenyataan_akhbar_ke_24.pdf

Mencari freezer dan mesin uli tepung terpakai

Sahabat saya ingin mengembangkan perniagaannya. Dia sedang mencari “freezer frozen food” dan mesin uli tepung terpakai sekitar Seremban/Senawang. Sesiapa ada maklumat boleh hubungi saya 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

20081019

Jamuan Raya , Ceramah Dato Ismail Kamus 26 Okt Seremban

Assalamualaikum wrt wbt ,

Jemputan Ceramah dan Jamuan Perdana Aidil Fitri
Bersama : Yg Bhg Dato Ismail Kamus
Pada hari Ahad 26 Oktober 2008
Masa : 7 malam
Tempat : Masjid Jamek Ampangan , Jln Jelebu, Seremban

Semua Dijemput Hadir. Tolong Sebarkan

Kenapa Tak Tubuh Tabung Tak Nak Judi ?




Ahad 19 Oktober 2008 jam 6:45 pagi , ketika sedang menggosok baju sekolah anak saya menonton siaran Bicara Mufti di TV 1 yang disampaikan oleh Ustaz Kipli Hj Yassin , Ketua Penolong Mufti Sarawak. Topiknya ialah mengenai judi , berkisar mengenai kepentingan untuk membanteras judi di kalangan umat Islam.

Antara yang disentuh ialah kelemahan penguatkuasaan untuk mengawal kegiatan judi di kalangan umat Islam. Juga disentuh ialah kelemahan kempen menjauhi najis judi di kalangan umat Islam.

Lalu dibenak fikiran saya , sambil seterika berada di tangan ialah kenapa tidak diadakan perang habis-habisan kempen Tak Nak Judi di kalangan umat Islam , sepertimana diadakan Kempen Tak Nak Rokok ? Sedangkan yang judi itu untuk umat Islam adalah dosa yang amat besar , sama seperti meminum arak , menyembah berhala dan bertenung nasib.

Yang paling penting umat Islam harus menjauhi judi kerana ALLAH yang suruh. Kemudian barulah diterangkan akan keburukan judi ini. Antaranya tidak pernah kita dengar umat Islam dapat mendidikan anak-anak yang berjaya hingga ke menara gading hasil mereka menang judi. Tapi yang selalu kita dengar ialah suami-suami umat Islam yang suka berjudi hingga terabai tanggungjawab mereka sebagai suami dan bapa.

Macamana boleh tak mana-mana pihak yang ingin membela Islam menubuhkan Tabung Tak Nak Judi ?

Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel seorang pakcik Cina tua di pekan Senawang yang tidak suka main judi , tapi berjaya membesarkan anak-anaknya dengan tulang empat kerat di sini http://waghih.blogspot.com/2006/01/yang-berjudi-orang-melayu-bukan-orang.html

Sementara itu PAS Kawasan Rembau pun pernah menghantar surat kepada Pihak Berkuasa Tempatan mendesak agar mereka mempastikan undang-undang sivil sedia ada dikuatkuasakan sepenuhnya untuk Pengawalan Rumah Judi dan Penjualan Minuman Keras di sini http://pasns.blogspot.com/2007/05/pengawalan-rumah-judi-dan-penjualan.html

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak pernah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan mengurangkan hari jualan loteri dibuka – dari tiga hari sekarang kepada dua hari saja dan dalam tempoh jangka panjang, hanya beroperasi sehari sahaja dalam seminggu. Langkah MTUC Sarawak itu sebagai menyokong gesaan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan yang turut meminta supaya kekerapan cabutan loteri dikurangkan kerana ia menjejaskan masyarakat dan golongan berpendapatan rendah. ( Rujukan http://www.malaysiakini.com/letters/38057 )

Saya juga berasa hairan kenapa tidak pernah atau jarang sekali kita dengar ada orang Islam di Negeri Sembilan ini yang ditangkap dan dihadapkan di mahmakah kerana berada di kedai judi tambahan secara terbuka pula.

Sedangkan mengikut Seksyen 79 (A), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (pindaan 2003) BERJUDI ATAU BERADA DI PREMIS JUDI Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Adakah tiada langsung penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Agama Islam di Negeri Sembilan atau mereka kekurangan tenaga penguatkuasa ? Perkara ini pernah dilaporkan dalam artikel “ Ke mana perginya Jabatan Agama N Sembilan?” (Rujukan : http://www.malaysiakini.com/letters/33931 )

Lagi keluhan pembaca Utusan Malaysia mengenai kedai judi di pekan Rembau yang dikunjungi majoriti orang Islam yang tiada pengawalan langsung oleh Pejabat Agama walaupun ianya terletak berhampiran dengan balai polis dan pejabat agama ( Rujukan http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/polis-dan-pejabat-agama-rembau-perlu.html )

Dalam situasi yang kita hadapi sekarang ini , dengan kemelut ekonomi dan politik pada ketika ini banyak Tabung yang perlu ditubuhkan. Antara yang perlu diberi perhatian serius oleh semua umat Islam ialah Tabung Tak Nak Judi , untuk menggiatkan lagi kempen tak nak judi di kalangan umat Islam serta memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa mereka boleh bersuara untuk membantah dan melaporkan kejadian judi di kalangan umat Islam di kawasan mereka.

20081016

Dato’ Shaziman , turunlah Negeri Sembilan dgn KJ

Bila YB Dato’ Shaziman , Menteri di Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Tampin , Negeri Sembilan nak turun Senawang ? Bukan apa , saya dah tak dapat menenangkan hati penduduk di Paroi dalam Parlimen Rembau berpunca dari projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi ( Rujukan http://www.ktak.gov.my )

Projeknya ialah Projek Rangkaian Paip Pembentungan Kuala Sawah , Seremban di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) , Kementerian Air , Tenaga dan Komunikasi berharga RM 98.88 juta yang bermula pada 8 Mei 2006 dan sepatutnya dijadualkan siap pada 7 November 2008 ( Rujukan : http://www.satriadesa.com/proj_current/ongoing_list.html )

Seorang penduduk di Senawang menghubungi saya , marah-marah mengatakan air najis kumbahan masuk ke dalam rumahnya akibat limpahan dari lubang kumbahan pada jalanraya ketika hujan lebat pada petang 15 Oktober 2008.

Apalah sangat yang boleh saya buat , saya pun utarakan masalah tersebut kepada Pengurus IWK dan Pengurus kontraktor yang dilantik mengendalikan projek tersebut , juga saya utarakan ke wakil rakyat ADUN Paroi ( Rujukan : http://mohdtaufek.blogspot.com ) , nak saya ajukan masalah pada Ahli Parlimen Rembau , dia tak kenal saya ( Rujukan : http://www.rembau.net.my ) , lagi pun saya tak nak ganggu dia yang sedang menumpukan masa untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Nak saya adukan pada Pusat Khidmat Parlimen Rembau , jauh sangat kat pekan Rembau ( Rujukan : http://parrembau.blogspot.com )

Jadi harap sangatlah YB Dato’ Shaziman turun padang , terangkan sendiri perkembangan projek ini kepada penduduk di Parlimen Rembau ini , mungkin boleh bawa bersama saudara YB , yang juga Ahli Parlimen Rembau tu.

Yang penduduk pun saya kesian tengok , rumah masuk air najis kumbahan , yang kontraktor pun saya kesian tengok , kontraktor Melayu , pekerjanya ramai orang Melayu. Jadi eloklah kita bincang sama mana masalahnya , apa yang pihak kementerian boleh bantu penduduk , apa yang pihak kementerian boleh bantu kontraktor. Terangkan juga bila projek ini akan siap , adakah mengikut jadual. Saya pun tak pasti samada Ahli Parlimen Rembau ada mengutarakan masalah ini dalam sidang parlimen.

Sebelum ni pun banyak rungutan penduduk setempat mengenai projek ini yang mengganggu kehidupan harian mereka di Harian Metro http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20070110101230/Article/indexm_html dan Blog http://waghih.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html

25 tahun Migraine , pulih minum Mas Cotek

Saya telah mula minum air Mas Cotek pada 12 Oktober 2008. Beli sepeket daun kering 10 gram dari sepupu saya di Rembau yang mengusahakannya.

Alhamdulillah setelah hampir seminggu mencuba , ringan rasa sendi , sakit pinggang pun banyak kurangnya. Satu lagi yang saya perasan ialah tiada rasa mengantuk semasa waktu kerja , terutama menjelang dan selepas makan tengahari, juga malam pun lepas Isya kurang rasa mengantuk dan letih. Ini semua dengan izin Allah, kita hanya mencuba. Mas cotek pun dicipta Allah.

Jadi pada sahabat yang ada masalah kesihatan atau saja ingin menjadikan air Mas Cotek minuman harian eloklah mencuba. Sebaiknya beli yang daun kering, lebih asli dan “pure” , juga murah , tak sampai RM 10 tahan seminggu minum hari-hari. Rasa pun tak pahit , rasa macam teh herba yang biasa.

InsyaAllah , mungkin ada yang serasi , mungkin ada yang tak serasi.

Dekat pasar tani , pasar malam , kedai runcit ada jual dengan pelbagai jenama.

Kalau nak ambil dari saya pun boleh pek 10 gm RM 6 , atau pek uncang RM 12 tel 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com

Berikut artikel menarik testimoni pengusaha Mas Cotek di Melaka :

MELAKA, 17 Julai 2006 (Bernama) -- Setelah 25 tahun menderita diserang penyakit migrane, akhirnya Haidir Yusoff, 35, menemui penawarnya iaitu "Emas Cotek" sejenis tumbuhan herba yang nama sainstifiknya "Ficus Deltoidea".

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=208491&vo=97

Research that is carried out by Universiti Malaya (UM) and Malaysian Agriculture Research and Developement Institute (Mardi),this plant contains 4 active ingredients that are needed by our body:

Flavonoid - Stong anti-oxidant which helps in maintaining healthy blood circulation, anti-viral, protects liver and estrogen.

Tannins - Tightening loose tissues, drying excess water during diarrhoea and protects damaged tissue due to eczema or burns.

Triterpenoids - removes phlegm and assist absorption of nutrients.

Phenols - remove swellings and antiseptic.

Sumber : http://www.bio-asli.com/Herba/e_Herba/e_mascotek.asp

20081015

Setiap Bulan Peniaga Bazaar MAINS Gulung Tikar






Foto di atas menceritakan segala-galanya


Berikut beberapa maklumbalas yang diterima dari peniaga di Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) , Seremban. Mungkin ada pihak yang boleh mengesahkannya , terutamanya pihak pengurusan Bazaar MAINS. ( Untuk makluman saya bukan peniaga di Bazaar MAINS , atau mempunyai anak-beranak , adik-beradik atau kroni yang berniaga di Bazaar MAINS , cumanya sebagai seorang Islam mereka peniaga Bazaar MAINS adalah saudara saya dalam Islam dan satu rumpun bangsa Melayu )

Peniaga Bazaar MAINS mendakwa :

1. Hampir setiap bulan, ada sahaja peniaga yang gulung tikar.

2. Pada bulan Syawal 1429 H yang belum pun melabuhkan tirainya terdapat seorang peniaga pakaian dan seorang peniaga barangan hiasan terpaksa menamatkan perniagaan kerana mengalami kerugian sejak mula beroperasi sehingga kini.

3. Tiada tindakan susulan, bantuan dan promosi dari pihak yang bertanggungjawab menguruskan bazaar ini secara bersungguh-sungguh.

4. Terdapat lebih 20 buah kedai tiada penyewa walaupun bazaar ini telah di buka lebih dari tiga tahun.

5. Hampir 90 peratus peniaga merungut kerana mengalami kerugian.

6. Pengunjung yang memasuki bazaar boleh dikira dengan jari.

7. Beberapa peniaga di bazaar ini mencari alternatif dengan berniaga di Bazaar Ramadan di tempat lain.

Jika benar dakwaan di atas haraplah mereka yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu antaranya apa yang telah saya cadangkan di http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html .

Beberapa teman saya dari pimpinan PAS Negeri Sembilan secara peribadi bersetuju untuk mengadakan EXPO Usahawan Islam anjuran Lajnah Ekonomi PAS Negeri Sembilan sekiranya diluluskan permohonan oleh pihak pengurusan bertujuan untuk mempromosi dan mempopularkan Bazaar MAINS , Seremban serta membantu peniaga di sana.

Laman web Majlis Agama perlu menarik , ceria

Internet mempunyai kebaikan dan kemudaratan. Terpulang kepada pengguna untuk mengendalikannya. Seperti pisau , boleh digunakan untuk kebaikan juga kejahatan. Pisau boleh digunakan untuk memotong sayur, pisau yang sama boleh digunakan untuk membunuh.

Begitu juga internet , boleh digunakan untuk menyeru manusia untuk melakukan kebaikan atau menggalakkan manusia melakukan kejahatan.

Oleh itu pihak yang ingin menyeru manusia melakukan kebaikan haruslah lebih kreatif dalam kaedah penyampaian mereka terutamanya di era siber ini. Mereka yang menyeru kepada kelalaian , fitnah , cerita sensasi begitu kreatif , tetapi mereka yang menyeru kepada kebaikan kurang kreatif , masih menggunakan kaedah lama.

Sebelum ini saya pernah menulis bagaimana JAKIM dan Jabatan Agama Negeri perlu ada kaunseling “online” di http://waghih.blogspot.com/2008/05/jakim-dan-jabatan-agama-negeri-perlu.html .

Tetapi bagaimana caranya menarik pelayar internet untuk melayari laman web JAKIM serta Majlis Agama Islam Negeri jika sekiranya ianya tidak sesuai dengan jiwa remaja , jiwa belia , jiwa anak muda , jiwa orang yang suka melepak , jiwa mereka yang suka bergossip ?

Jumlah pengunjung pada sesetengah blog ada kalanya jauh melebihi jumlah pengunjung ke laman web Majlis Agama atau Jabatan Agama. Walhal blog hanya dikendalikan oleh individu dengan mengeluarkan modal dan tenaga sendiri , sedangkan laman web yang dikendalikan oleh Majlis Agama dan Jabatan Agama sepatutnya mempunyai cukup kepakaran , tenaga dan kewangan seperti laman web JAKIM http://www.islam.gov.my
serta laman web Majlis Agama Islam Negeri Sembilan http://www.mains.gov.my sebagai contoh

Pujian harus diberikan kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan kerana mempunyai laman web yang agak kreatif , interaktif dan ceria di http://www.zakatns.com.my . Untuk menarik pelayar internet melayari laman web mereka , beberapa kuiz dan pertandingan diadakan. Ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha bijak untuk menarik pelayar internet melayari laman web , bukan menyiarkan cerita sensasi , gossip dan sebagainya.

Justeru itu kepada mereka yang ada sumber kewangan dan kepakaran , perlulah lebih kreatif untuk membimbing manusia ke arah kebaikan. Kami para blogger mempunyai kepakaran , masa , tenaga dan kewangan yang amat terhad , cuma daya pemikiran kami yang dipinjamkan oleh pencipta kita yang tidak terhad , insyaALLAH.

Pembantu Pemasaran IT diperlukan di Seremban

Ingin Membina Kerjaya Di Bidang ICT ?

KUNTUM TEKNOLOGI Seremban membuka peluang kerjaya dalam bidang ICT

Kekosongan : 10 orang
Jawatan : Pembantu pemasaran
Pendapatan : RM 1000 sebulan
Kelayakan : Minima SPM dengan pengetahuan asas ICT
Walk-In Interview : Khamis 16 & 23 Okt 2008 , 11 pg hingga 3 ptg
Latihan disediakan pada Isnin 20 & 27 Okt 2008 , 10 pg hingga 5 ptg

Hubungi : 06-7643626 / 013-6367565
E-mel : admin@kuntum2u.com

Kejohanan Futsal SPZB 16 Nov Seremban


KEJOHANAN FUTSAL MAJIKAN SPZB SWASTA 2008
16 November 2008 (Ahad )
Gelanggang Futsal Kompleks Belia dan Sukan Paroi , Seremban

Johan RM 900 dan trofi kejohanan
Naib Johan RM 650 dan hadiah iringan
Ketiga RM 350 dan hadiah iringan
Keempat RM 250 dan hadiah iringan

Yuran penyertaan RM 150 setiap pasukan - Penyertaan terhad

Syarat-Syarat Penyertaan Kejohanan Futsal Majikan SPZB 2008
1. Peserta adalah terdiri daripada wakil kumpulan dari majikan yang telah menyertai Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB).
2. Para pemain dimestikan terdiri daripada mereka yang telah menyertai SPZB atau yang baru mengisi borang potongan gaji zakat dan permohonan tersebut sedang atau telah diproses.
3. Setiap satu pasukan dikehendaki menghantar 10 orang pemain termasuk seorang Pengurus pasukan.
4. Kejohanan ini hanya terhad kepada 32 majikan terawal sahaja.
5. Semua pemain diwajibkan untuk memakai pakaian menutup aurat.
6. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan RM 150.00. Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh pertandingan.

Info lanjut mengenai maklumat pertandingan , format pertandingan , pemarkahan , syarat tambahan boleh didapati di laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan di http://www.zakatns.com.my/v2/futsal/borang.php

Sebarang kemusykilan, sila hubungi talian 06-765 1402, berurusan dengan En. Yusri Kamis atau Pn. Kasmani Hj. Ismail

20081013

Daif sungguh Sek Men Agama Sains K.Pilah ?

Ada juga hajat nak hantar anak ke Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah. Maklumlah anak sekolah rendah di sekolah agama swasta , tak layak masuk Sekolah Agama Sheikh Mohd Said Seremban (SHAMS) atau Sek Men Agama Pedas (SMAP Pedas) walaupun UPSR dapat 5 A , sekolah elitlah katakan, dah dasar Kementerian Pelajaran macam tu.

Nama memang sedap Sekolah Menengah Agama Sains , terletak di Selaru , pertengahan jalan antara Johol dan Kuala Pilah. Cubalah buat tinjauan , saja jalan balik Rembau ikut Inas. Sekolah ni memang tepi jalan utama. Tapi masalahnya tiada langsung kedai, kampung, klinik, balai polis, pekan berhampiran. Ianya dikelilingi hutan atau kebun.

Nampaknya tak jadilah hantar anak ke sana. Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan Jabatan Pelajaran perlu mengkaji semula bagaimana untuk meyakinkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sini.

Sebelum ini ada juga kedengaran kelemahan pentadbiran sekolah agama milik kerajaan negeri di N.Sembilan. Mungkin Blog PIBG Sek Men Agama Sains K.Pilah di http://pibgsmaskp.wordpress.com ada menceritakan masalah ini. Mungkin sekolah agama lain pun ada masalah serupa atau berlainan.

Harap semua pihak dapat bekerjasama meningkatkan mutu sekolah agama samada milik kerajaan atau swasta di Negeri Sembilan , dari Menteri Besar , Pengarah , Guru juga Ibu Bapa.

Harap juga duit Majlis Agama Islam , Kerajaan Negeri , Baitul Mal digunakan sebaiknya untuk meningkatkan mutu sekolah agama di negeri ini.

Laman web Sek Men Agama Sains K.Pilah di http://smaskp.net/index1.html

Sukarnya Cari Mee Melayu di Seremban



Biasanya kalau nak cari mee kuning yang diusahakan bumiputera memang begitu sukar di Seremban dan mungkin seluruh Negeri Sembilan. Kalau perlu saya akan ke Pasar Ampangan , ada satu gerai yang jual mee kuning yang dia buat sendiri. Kalau kena musim perayaan atau hujung minggu kena berbaris panjang untuk dapatkan mee Melayu Pasar Ampangan.

Mee Pasar Ampangan ni memang sedap, tak ada rasa bahan pengawet atau rasa berasid . Kadang-kadang anak saya makan mee tu mentah-mentah sebab sedap kata mereka.

Baru-baru ini jumpa kawan lama, bekas ahli PIBG SRIAS. Tanya dia , apa khabar seorang lagi bekas ahli PIBG SRIAS, Yusof namanya. Dulu sama kerja kilang dengan dia di Senawang. Katanya dia dah berhenti kerja dan berniaga sendiri , tapi tak tahu berniaga apa.

Kemudian saya telefon Yusof, dia kata sedang buat mee kuning. Rupanya dia memproses dan memasarkan mee kuning , baru 1-2 bulan. Sambutan katanya menggalakkan , dia hantar kedai runcit sekitar Senawang. Saya pun jumpalah dia di kedainya depan KFC Taman Tasik Jaya. Dia sedang memproses mee dengan dibantu isterinya sahaja.

Pada saya , apa yang dilakukan oleh Yusof dan isteri adalah merupakan ibadah pahala yang besar ertinya untuk umat Islam , kerana ramai umat Islam sekitar Seremban dan N.Sembilan begitu sukar untuk mendapatkan mee yang diusahakan oleh bumiputera.

Menariknya jenama mee kuning beliau ialah NISAA. Saya tanya Yusuf , apa yang saya boleh bantu. Katanya sekarang dia belum boleh nak meluaskan pasaran walaupun sambutan menggalakkan kerana kekurangan modal , jadi dia usahakanlah dulu dengan apa yang ada.

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini yang mengatakan kerajaan negeri ini mahu jawatan kontrak ditambah di semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bagi meringankan beban rakyat yang berhadapan krisis pekerjaan ( Utusan Malaysia 9 Okt 2008 Utusan )

Memang ini salah satu usaha untuk membantu mereka yang menganggur atau yang diberhentikan kerja.

Disamping itu usaha haruslah diperhebatkan untuk membantu mereka yang ingin berniaga, bertani, berternak, berladang dan sebagainya. Walaupun telah ada banyak agensi yang membantu seperti MARA, Majlis Agama, TEKUN dan sebagainya, tetapi usaha perlu diperhebatkan dengan turun ke padang mencari mereka yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan. Apabila perniagaan dapat dikembangkan , maka akan banyak lagi peluang pekerjaan akan wujud.

Saya juga tertarik dengan laporan berita Radio IKIM yang mengatakan Presiden Korea mengeluarkan kenyataan menggesa agar rakyatnya banyak berbelanja dalam negeri dan mengurangkan berbelanja di luar negara untuk menangani krisis ekonomi global yang semakin meruncing.

Kepada mereka sekitar Senawang atau Seremban yang ingin mencuba Mee Kuning NISAA pek 500 gm bolehlah mendapatkannya di :

Yusof Food Enterprise
19 , Jalan Bunga Raya 7
Taman Tasik Jaya
Senawang
Tel : 012-2050792

20081012

Emas Cotek Ori N.Sembilan





Dapatkan herba tradisional Emas Cotek Ori Negeri Sembilan
Tanpa bahan kimia dan pengawet
Baik sebagai minuman kesihatan harian untuk lelaki dan wanita

Satu pek 10 gram cuma RM 6 ( dalam bentuk daun kering)
Satu pek 10 uncang hanya RM 12
Kami juga menjual benih Emas Cotek

Hubungi :
Azrim Enterprise , Kg Gadong , 71350 Kota , N.Sembilan . Tel 013-9441710
Zairi 012-6246167 (Rembau)
Rozmal 012-2267406 (Seremban)

Berkhasiat dan membantu merawat pelbagai penyakit antaranya :
- Mengurangkan kolesterol dan lemak
- Mengeluarkan toksin dalam badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengurangkan keletihan
- Merawat sakit urat saraf
- Memulih tenaga batin
- Sakit kepala (migrain)
- Paru-paru berair
- Kencing manis
- Sakit pinggang
- Darah tinggi
- Sakit puan
- Senggugut
- Buasir
- Gout


Cara Penyediaan :
- Direbus 1 pek (10 gm) bersama 1-2 liter air sehingga mendidih
- Minum ketika suam
- Boleh diulang rebus sehingga 3 kali
- Diminum sebagai amalan minuman harian

20081009

Kalau Beli Roti Pastikan Telur Ayam Dibasuh



Ramai orang suka makan roti canai, roti telur, roti sardin dan sewaktu dengannya. Tapi adakah kita pastikan ianya suci dan bersih. Terutama sekali adakah kita pastikan telur ayam dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak , kita akan makan roti telur yang bercampur najis.

Carilah gerai roti canai yang bersih dan suci.

Kawan saya berhenti kerja kilang di Senawang sebelum Ramadhan hari tu. Sekarang buka gerai roti canai, roti telur, murtabak di depan kedai Taman Alamanda. Dia mengamalkan penyediaan makanan yang halal, bersih dan suci. Semua telur ayamnya dibasuh terlebih dahulu samada untuk buat roti telur atau murtabak. Harga pun kira OK . Nama dia Nazri Esa.

Bolehlah cuba murtabak Johor special beliau. Untuk tempahan boleh hubungi beliau 012-6775537

Sekolah tahfiz didik anak yatim

Sinar Harian 9 Oktober 2008
TAMAN SELASIH, PORT DICKSON - Pusat Pendidikan al-Quran Tohiriah menempatkan hampir 30 pelajar tahfiz yang rata-ratanya diambil daripada golongan anak yatim dan keluarga yang berpendapatan rendah.

Menurut Pengasas dan Mudir Pusat Pendidikan al-Quran Tohiriah, Hassan Alias, anak tahfiz ini diajar dengan pendidikan agama Islam dan lebih menjurus kepada ilmu menghafaz al-Quran dan selebihnya mata pelajaran asas sekolah biasa.

Katanya, subjek pengajian mengikut mata pelajaran kolej Islam yang diiktiraf.

Oleh sebab itu, tidak timbul isu pelajar ini diabaikan daripada segi keperluan ilmu lain selain ajaran agama.

Difahamkan, pusat pengajian Islam itu memberi pendidikan secara percuma kepada anak yatim dan anak orang miskin, dan pada masa sama ia juga terbuka kepada anak-anak yang ingin mendalami ilmu agama.

“Terdapat juga ibu bapa sendiri yang menghantar anak mereka untuk belajar di sini. Ada di antara mereka tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah biasa dan menghantar anak mereka ke sini, jadi kami hanya meminta bayaran sekadar yang mampu sahaja.

“Tetapi bagi yang berkemampuan lebih kami akan kenakan bayaran RM230 sebulan dan bayaran itu merangkumi yuran untuk asrama, makan, minum dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, sekolah tahfiz tersebut mengalu-alukan pelajar lain datang belajar di sini, terutama bagi golongan miskin kerana ilmu seumpama ini tidak dapat dicari di sekolah awam.

“Masih banyak alternatif lain untuk belajar bagi golongan kurang berkemampuan. Namun kami hanya menerima pelajar lelaki yang berumur 15 tahun. Setakat ini, kami ingin mencari ramai pelajar yang kurang berkemampuan untuk diberi didikan agama yang secukupnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Pendidikan Al Quran Tohiriah juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tenaga pengajar yang bertauliah, pembantu tadbir dan juga pekerja sokongan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2034620.asp

Nota : Ustaz Hassan Alias boleh dihubungi di talian 016-6166266 , 019-3597540

20081007

Keluhan Peniaga Melayu Bandar Seremban



Kompleks Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman. Kompleks Bazaar MAINS ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah.

Waktu perniagaan kompleks ini ialah 7 hari seminggu , bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kebanyakan peniaga di sini ialah peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan barang perhiasan , perkahwinan , kecantikan, kesihatan , pakaian dan sebagainya.

Beberapa peniaga di sini mengeluh akan sambutan pengunjung ke Bazaar MAINS ini. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti menyebabkan kekurangan pengunjung ke kompleks ini ialah kurangnya promosi serta usaha bersepadu dari semua pihak untuk menggalakkan pengunjung terutama orang Melayu untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di kompleks ini.

Walaupun Bazaar MAINS ini terletak di pusat bandar Seremban , namun ianya boleh dikatakan tidak strategik untuk peniaga Melayu atas beberapa faktor antaranya ialah ianya berada di kawasan kepadatan penduduk bukan Melayu , di kelilingi premis perniagaan bukan Melayu , tidak berhampiran dengan stesen bas , tempat letak kereta yang amat terhad terutamanya pada hari bekerja.

Justeru itu antara cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bazaar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan kerajaan negeri untuk merancakkan Kompleks Kompleks Bazaar MAINS ini ialah:

1. Mewujudkan laman web khusus untuk Kompleks Bazaar MAINS. Laman web ini haruslah mempunyai maklumat seperti ; Direktori para peniaga dan jenis perniagaan yang ada di sini ; Bilangan premis yang masih kosong serta kadar sewanya ; Nama, e-mel dan nombor untuk dihubungi untuk disewa.
2. Hubungkan laman web ini dengan laman web kerajaan negeri, agensi kerajaan , Jabatan Agama , Majlis Agama , Dewan Perniagaan Melayu , Majlis Perbandaran Seremban dan sebagainya.
3. Mencetak direktori peniaga di Kompleks Bazaar MAINS dan edarkan di taman-taman perumahan , masjid-masjid , surau-surau , pejabat kerajaan , balairaya dan sebagainya.
4. Mengadakan lebih banyak pejabat urusan kepentingan orang ramai terutama di tingkat 1 , seperti permohonan bantuan Baitul Mal , khidmat kaunseling , bantuan pinjaman perniagaan MAINS dan sebagainya.
5. Mengadakan kursus, bengkel, seminar anjuran Jabatan Agama, Majlis Agama di Bazaar MAINS
6. Menggalakkan peniaga mengadakan promosi atau Majlis Agama mengadakan hari bersama pelanggan pada hari Sabtu dan Ahad kerana lebih mudah untuk mendapat tempat letak kereta pada hujung minggu di bandar Seremban.

Kalau bukan kita yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan Majlis Agama yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan kerajaan negeri yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan Dewan Perniagaan Melayu yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan media cetak Bahasa Melayu yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ?

Banyak pihak yang ingin menjadi jagoan membela nasib orang Melayu , tetapi mereka tidak sedar Melayu di keliling mereka memerlukan bantuan.

Kesesakan jalanraya jejas imej Kuala Terengganu


Bandaraya Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai tarikan tradisi dan moden. Dari Pasar Payang , Pantai Batu Burok , Batik , Keropok Lekor hinggalah ke Masjid Kristal dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun. Walaupun infrastruktur jalanraya di bandar ini agak memuaskan namun setiap hujung minggu , lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan dan musim perayaan , Kuala Terengganu akan menghadapi kesesakan jalanraya yang luar biasa.

Yang menjadi mangsa bukan sahaja pengguna yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya , malah anggota polis trafik sendiri yang begitu ramai ditempatkan di beberapa persimpangan jalan , bulatan dan lampu isyarat bukan sahaja di tengah bandar malah beberapa kilometer di pinggir bandar hingga ke jalan menuju lapangan terbang. Anggota polis trafik yang sepatutnya berehat bersama keluarga atau berhari raya , terpaksa menunaikan tanggungjawab mengawal lalulintas di bawah terik mentari hingga ke lewat senja.

Kesesakan yang luar biasa ini adalah merupakan pembaziran masa yang merugikan semua pihak , pengurangan produktiviti , peningkatan pencemaran udara dan tekanan (stress) kepada pengguna jalanraya.

Mengggunakan perkhidmatan polis trafik untuk mengawal kesesakan jalanraya hanyalah merupakan penyelesaian jangka pendek. Pembinaan jalan-jalan baru atau menaiktaraf jalanraya adalah merupakan penyelesaian jangka panjang.

Beberapa pendekatan lain haruskan difikirkan untuk mengelakkan kesesakan luar biasa di Kuala Terengganu agar ianya tidak menjejaskan imejnya sebagai sebuah bandaraya.

Pelbagai pendekatan boleh dikemukakan bergantung kepada sumber kewangan serta sumber manusia untuk melaksanakannya.

Antaranya ialah :

1. Menggunakan CCTV , dimana CCTV diletakkan dibeberapa lokasi strategik. Pusat kawalan lalulintas akan mengawal lalulintas secara kawalan jauh (remote control) atau memberi arahan kepada polis trafik yang ditempatkan di lokasi tersebut.

2. Menggunakan sistem kawalan logik lampu isyarat sepenuhnya yang mengawal masa lampu isyarat mengikut kadar kenderaan yang melalui lampu isyarat.

3. Menggunakan helikopter atau pesawat kecil untuk memantau kesesakan lalulintas dan memberi maklumat ke pusat kawalan. Pusat kawalan lalulintas akan mengawal lalulintas secara kawalan jauh (remote control) atau memberi arahan kepada polis trafik yang ditempatkan di lokasi tersebut.

4. Untuk menjimatkan kos , pengawasan udara boleh dilakukan menggunakan pesawat tanpa juruterbang atau UAV (Unmanned Aerial Vehicle atau Drone ) serta helikopter kawal jauh dan juga belon udara.

5. Menggunakan satelit untuk memantau dan mengawal kesesakan lalulintas.

6. Memperbaiki mutu perkhidmatan awam di Kuala Terengganu terutamanya bas dengan menambah laluan dan kekerapan.

7. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan air dengan menambah dan menaik taraf jeti-jeti di sepanjang sungai , disamping menambah dan menaik taraf bilangan bot penambang.

8. Menambah serta menaikkan bayaran tempat letak kereta disamping menambah tempat letak motosikal percuma untuk menggalakkan penggunaan motosikal.

Sumber :
Polis Trafik http://waghih.blogspot.com/2008/01/kesian-tengok-polis-trafik-di-malaysia.html
Penggunaan Kawalan Jauh http://www.intelligentsignals.com/Products.htm#rctl
Penggunaan CCTV http://www.100share.com/TRAFFIC-CONTROL.htm
Penggunaan UAV http://www.enquirer.com/editions/2003/05/26/loc_roaddrones26.html
Penggunaan Belon Udara http://blog.modernmechanix.com/2007/05/04/balloon-cops-may-clear-traffic-jams/

20081006

Pakcik tua ini cuma minta tukar atap rumah dia


Pada Ramadhan1429 Hijrah , di Kota dalam daerah Rembau , Negeri Sembilan , ada seorang pakcik tua tinggal daif, dalam rumah pusaka yang kotor, berlubang, usang dan teruk sekali. Pakcik ini merayu untuk dibantu tukarkan atap zink rumahnya. Cerita beliau jika hari hujan air masuk , dia hanya mampu duduk di sudut rumah yang tak bocor sehingga hujan berhenti.

Mereka yang bersimpati dan ingin membantu , ikuti kisah lanjut pakcik tua ini di SINI

Kem Motivasi Al Mulk 16-20 Nov Gemencheh

Kem Motivasi Al Mulk
16-20 November 2008 (Ahad-Khamis)
Di Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan , Gemencheh

Yuran penyertaan RM 200 untuk 5 hari , 6 kali makan sehari , kertas kerja , fail , sijil dan cenderamata

Prasarana yang lengkap : Asrama , Surau , Kantin , Dewan Theatrette , Padang

Program bercirikan : Halaqah Al Quran , Motivasi Anak Soleh , Permainan , Smart Solat

Terbuka untuk pelajar Tahun 6 , Tingkatan 1 hingga 3 sahaja

Fasilitator terlatih dari kalangan Al Hafiz dan moderator program berpengalaman

Hubungi : Ust Mad Hajat Din 013-2363820 , Ust Imran 013-4666961 , Pejabat ITQAN 06-4319598

Tarikh tutup penyertaan 20 Oktober 2008 (Pendahuluan RM 50)

Anjuran : Kelab Guru , Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan ITQAN

Borang penyertaan di PUSPA

20081003

Takbir Raya, Perang Ahzab, Masjid Batu 6



Sebentar tadi solat Jumaat di Masjid Pekan Batu Enam , Kuala Terengganu. Masjid yang terkenal dengan serangan bom asap pemedih mata FRU sedikit masa dulu. Khatib begitu bersemangat menyampaikan khutbah Jumaat mengenai penghayatan sebenar Takbir Hari Raya yang kita semua umat Islam di Malaysia ini sering bertakbir mendayu-dayu tetapi terlupa makna takbir antara lainnya dengan jelas menghayati semangat perang Ahzab iaitu petikan Takbir Raya “Wahazamal Ahzabawahdah”.

Media , televisyen , radio pun kurang memainkan peranan untuk mengingati dan menghayati semangat perang Ahzab , semangat yang ada dalam takbir raya. Media , televisyen , radio , akhbar lebih menyiarkan hiburan , cerita drama , filem , kuih muih pesta makanan raya dan sebagainya.

Lepas sembahyang satu kaunter dibuka untuk derma Infaq Bangunan Markaz Tarbiyah Kawasan Kuala Nerus , infaq tak mahal RM 10 sahaja.

Diluar masjid diletak kain rentang untuk ditandatangani oleh orang ramai untuk Kempen Tandatangan Membantah Draf Pembangunan Khas Pekan Batu Enam.

Mungkin negara umat Islam yang dalam konflik peperangan lebih mengerti maksud takbir raya seperti di Palestin , Iraq , Afghanistan , Chechnya , Selatan Thailand dan Mindanao , Filipina.

20081001

Orang N.Sembilan pinggirkan ulama silam

Percaya atau tidak N.Sembilan telah melahirkan banyak ulama agung. Tetapi ramai orang Islam di Negeri Sembilan tidak mengenali mereka. Malah ramai tokoh gerakan Islam dan pengasas gerakan Islam di Malaysia ini belajar dari ulama Negeri Sembilan. Ikuti keluhan sasterawan negara Pak Dharma atau Dharmala NS , fenomena yang melanda umat Islam di Negeri Sembilan , seolah-olah meminggirkan ulama mereka sendiri

….Tuan Tulis atau nama sebenarnya Tuan Guru Ismail Hussein dianggap penduduk tempatan sebagai mempunyai keajaiban luar biasa sahaja, sebaliknya tak pernah dibuat kajian ilmiah mengenai sumbangan sebagai ilmuan agama tersohor. Tak hairanlah apabila almarhum datuk saya Tuan Guru Haji Sheikh Ahmad bin Sheikh Sutan Muda Haji Salim juga dipinggirkan, sekalipun pernah mengasaskan pusat pengajian pondok di Kampung Seperi, Jelebu.

…….Terpulang kepada masyarakat Islam di negeri Sembilan sendiri sama ada mahu menghargai sumbangan ulama-ulama berkenaan atau sebaliknya. Alahai!

Coretan lanjut Pak Dharma di http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/09/jejak-pulang-sasterawan-memoir_30.html atau http://abdulmulukdaud.blogspot.com

Ayat Al Quran isu roket dan angkasa lepas

Berikut ialah ayat Al Quran yang menceritakan mengenai keupayaan manusia untuk ke angkasa lepas hanya boleh dilakukan dengan kekuatan roket. Dipetik dari rancangan rencana di televisyen “The Science in Quran”

“ Hai jama’ah jin dan manusia , jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi , lintaslah , kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan”

Surah Ar Rahman , Ayat 33 ( 55:33)

Buat Surau guna duit sendiri , jangan harap sangat derma


Ini ialah gambar sebuah surau yang dalam pembinaan di sebuah kampung di Kuala Terengganu. Surau ini di bina oleh ahli keluarga dan sumbangan sesama ahli keluarga. Ianya dibina kerana tiada surau dibina dalam kawasan taman perumahan tersebut. Surau lain banyak berhampiran. Tetapi lebih selesa untuk membina surau yang berhampiran setiap taman. Surau ini dibina tanpa mengharapkan derma atau sumbangan kerajaan. Duit dikumpul di kalangan ahli keluarga , dan dibina sendiri. Orang Terengganu , boleh dikatakan setiap keluarga pandai buat rumah , jadi tak perlu upah orang buat rumah atau surau. Tak macam di Negeri Sembilan , susah untuk melahirkan tukang buat rumah atau kontraktor untuk setiap keluarga.

Berlainan dengan suasana di Negeri Sembilan , taman perumahan yang baru banyak , rumah canggih-canggih dan cantik , tetapi surau tak ada. Sedangkan surau amat penting untuk mendirikan solat jemaah setiap waktu. Bila taman-taman perumahan dan kampung-kampung didirikan solat jemaah akan turunlah banyak rahmat ALLAH di kawasan tersebut dan keberkatan.

Oleh itu mana-mana taman , kampung dan lain-lain tempat yang belum ada surau itu , menjadi tanggungjawab penduduk di taman dan kampung berkenaan untuk berkorban wang ringgit dan tenaga untuk mendirikan surau dengan tidak mengharapkan sumbangan dari jutawan , korporat dan kerajaan. Bagaimanapun sebarang sumbangan adalah dialu-alukan dari mereka semua. Tapi tak perlulah tunggu tabung pembinaan surau hingga ratusan ribu baru nak dirikan surau.

Kalau sebelum ini kerajaan menggalakkan setiap rumah melahirkan seorang professional , peguam , hafiz dan sebagainya. Kenapa tidak kerajaan Negeri Sembilan menggalakkan setiap rumah melahirkan seorang kontraktor atau tukang buat rumah. Dengan ini kita tidak perlu bergantung kepada pekerja asing serta akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping menjimatkan kos.

Seperkara lagi di Terengganu ni , susah nak tengok orang hidup merempat , atau menyewa rumah orang, ini adalah kerana ibu bapa yang ada tanah akan membahagikan tanah mereka kepada semua anak-anak mereka untuk satu tapak rumah , dan mereka membina sendiri rumah , walaupun bukan rumah canggih , tetapi mereka tidak hidup merempat. Berbeza dengan kita di Negeri Sembilan , banyak tanah adat , tetapi tidak boleh dibahagi-bahagikan dikalangan adik beradik , akhirnya hidup merempat , menyewa rumah orang atau berebut-rebut mendapat rumah mesra rakyat atau dulu dipanggil rumah murah.

Sambutan Aidil Fitri 1429 Hijrah di Kg Banggol Air Lilih





Suasana sambutan Aidil Fitri 1429 Hijrah di Kg Banggol Air Lilih, Kuala Terengganu. Pukul 4:00 pagi sudah kedengaran masjid-masjid dan surau-surau sekeliling rumah telah bertakbir raya hinggalah ke solat subuh dan disambung semula lepas solat subuh hingga sebelum solat sunat Idil Fitri.

Saya sekeluarga solat sunat Idil Fitri di Masjid Kg Pengkalan Arang. Sebelum solat sunat Idil Fitri , pengerusi masjid membaca perutusan khas wakil Sultan Terengganu dengan penuh semangat. Lepas solat , ziarah kubur almarhum pak mertua , Raja Ali.

Kemudian ziarah raya ke rumah abang-abang ipar salah seoarang daripadanya Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kg Pengkalan Arang.

Suasana raya di Terengganu cukup mudah dan ringkas , penuh kesederhanaan , ala kadar tetapi dengan penuh semangat membesarkan Ilahi dan perpaduan. Bunyi mercun dan bunga api tetap ada hingga ke tengah malam. Tetapi bukan berhampiran surau atau masjid.