KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100121

Lihatlah kedaifan Surau di N.Sembilan, jom bantu


Maahad Ahmadi adalah satu–satunya sekolah di N.Sembilan yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Surau di Maahad Ahmadi ini telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Sedih sungguh tengok keadaan surau macam ni di N.Sembilan, tambahan pula diguna oleh para pelajar agama.

Jomlah kita bantu. Janganlah harap kerajaan tanggung semua, tambahan pula tahun 2010 ini banyak peruntukan kerajaan yang dipotong. Dulu diarahkan budak yang tinggal asrama balik setiap minggu kerana tak cukup bajet untuk makan di asrama pada hujung minggu. Inikan pula nak membina surau baru.

Kalau setiap kita sumbang RM 10 seorang, kemudian kita sasarkan 50,000 orang menyumbang, boleh dapat RM 500,000.00

Ya , RM 500,000.00. Siapa nak sumbang lebih lagi bagus.

RM 10 atau RM 100 atau RM 1000 yang kita sumbangkan ini ialah untuk diri kita juga. Saham kita di akhirat insyaAllah. Jom umat Islam di N.Sembilan, para ustaz, staf Jabatan Agama dan Majlis Agama, bekas pelajar dan sesiapa jua yang prihatin RM 500,000 sasaran kita. Ya RM 500,000.00

Kalau semua umat Islam di Negeri Sembilan ini menyumbang RM 10 saya rasa sasaran RM 500,000.00 boleh tercapai, kalau lebih lagi bagus.

Sumbangan boleh disalurkan ke :
Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419

Cerita dan gambar surau usang dari kayu di http://maahad-ahmadi.blogspot.com/2010/01/rayuan-derma-surau-maahad-ahmadi.html

********************

Rayuan Derma Surau Maahad Ahmadi

DIMAKLUMKAN bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jamaah yang semakin ramai.

Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.

1. Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akedamik.

2. Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian agama dan bahasa arab.

3. Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan pendidikan negara dan tuntutan Islam.

4. Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.

Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akedamik sebagai tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf.. hanya nak bertanya jee..
baru baru ni pihak kerajaan Malaysia telah mengeluarkan RM500,000 untuk membina semula gereja yang rosak. kenapa tak bertanya peruntukan untuk buat surau,.. takkan kerajaan xde peruntukkan untuk itu kut..

Tanpa Nama berkata...

Abang senawi...
Buata apa kita bertanya kepada apa yang hendak kerajaan sumbangkan buat gereja atau sebangainya. tanya diri kita dulu apa yang patut kita sumbangkan. Usah menunding ibu jari kepada orang lain tetapi empat jari lagi menunding kepada kita...

azmuddin Ibnu razali berkata...

hm,bkn mslh nk menuding jari atau x,dh itu memang dh tanggungjawab mereka yang kene mereka tunaikn,kalau kite x tegur kerajaan,bile lagi...x di akui kite sme ad tanggungjaab utk bgnkn surau ni,tp x kn nk biar kerajaan duk lenggang kaki cmtu je...

Tanpa Nama berkata...

kenapalah kita tak nak rebut buat pahala ni. RM10 tu tak banyak mana pun tapi jika tak terhingga pulangannya di akhirat tu. Tengok rakyat Islam di Singapura. Tak ada peruntukan pun tapi mampu mendirikan masjid masjid. Sanggup mengenepikan sedikit gaji bulanan setiap bulan untuk pembinaan masjid ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Isu pasal students asrama kne balik setiap minggu sb tak mampu nak tanggung duit makan tu, agak mengelirukan. Sebab saya ni bekas pelajar mans, spm batch 2003. Setiap bulan kne byr yuran kat arwah ustazah khairiyah. Takkan sekarang tak ade bayaran?