KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140602

Dato Lembaga Adat perlu lebih tinggi taraf dari ADUN


Adat Perpatih bukan sekadar untuk dipertontonkan. Ianya adalah struktur pemerintahan kerajaan sebelum datangnya demokrasi menghancurkan sistem pemerintahan Adat Perpatih ini. Di Rembau ada 12 suku, setiap suku menjaga kebajikan, permasalahan anak buahnya.

Sekiranya setiap suku menjaga ahli sesama suku mereka maka tidak akan kedengaran sepatutnya orang susah di Rembau ini.

Kita di Rembau ada 12 suku iaitu Biduanda (1), Paya Kumbuh (2), Mungkal (3), Tiga Nenek (4), Tanah Datar (5), Sri Melenggang (6), Sri Lemak (7), Batu Hampar (8), Batu Belang (9), Anak Melaka (10), Anak Acheh (11) dan Tiga Batu (12).

Jika setiap suku ini ada Tabung Yayasan mereka sendiri sudah pasti setiap anak Rembau akan terbela kebajikan, kesihatan dan pelajaran mereka. Ini adalah kerana saya yakin ramai golongan professional, hartawan, cendekiawan, pakar ekonomi dari setiap suku tersebut.

Oleh itu ketua setiap suku atau Dato Lembaga Adat perlu memainkan peranan lebih daripada ADUN. Dato Lembaga Adat perlu diberi lebih kuasa, lebih elaun daripada ADUN agar mereka dapat menggerakkan anak-anak buah mereka untuk saling bantu membantu.

Terpulang orang Melayu Rembau, Johol, Jelebu, Sg Ujong samada hendak menjadikan Adat Perpatih ini sekadar tontonan National Geographic atau Discovery Channel, atau untuk menjadikan Adat Perpatih ini untuk menjaga kebajikan, kesihatan, kemasyarakatan, pelajaran sesama kita.

Tiada ulasan: