Salam, pesanan ini adalah untuk
teman-teman dan jiran-jiran saya di Taman Alamanda, Senawang. Mungkin
ada yang tak perasaan ada jiran kita yang memerlukan bantuan pada
ketika ini. Untuk makluman Encik Saffian bin Mat Jani, 48 tahun di No
77, Jalan Alamanda 5 telah menjalani pembedahan membuang tiga jari
kakinya, kulit dikedua-dua belah kakinya telah dibuang akibat
beberapa komplikasi sejak tahun lepas lagi.
Beliau bekerja sendiri sebelum ini,
kini tidak mampu bekerja, kerana tidak mampu untuk bangun dan
bergerak seperti biasa serta memerlukan perbelanjaan yang banyak
untuk perubatan.
Walaupun telah mendapat bantuan Baitul
Mal namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan. Ianya dibantu
dengan bantuan dari jiran, saudara mara dan kenalan.
Permohonan JKM telah dibuat, namun
belum ada jawapan positif.
Justeru itu saya menyarankan warga
Alamanda yang ingin membantu bolehlah melawat beliau sekeluarga di
alamat tersebut.
Anak beliau yang masih bersekolah
bekerja pada sebelah malam di warung burger Zairol di Jalan Alamanda
1, kawasan perumahan kos rendah.
Untuk sahabat-sahabat di taman lain pun
saya percaya ramai jiran setaman tuan-tuan yang memerlukan bantuan
seperti Encik Saffian ini. Carilah mereka, bantulah mereka, semoga
ALLAH mencurahkan rahmah, kasih sayang kepada kita semua.
Selamat Berbuka Puasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan