KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140616

Kok kenduri kahwin, masak kampung gak yang sodap eh




Pak sedara saya kata, paling sedap makan kenduri kahwin ialah MAKAN PANGKA. Anak muda kalau tak tahu apa makna MAKAN PANGKA ni, kenalah balik kampung selalu, rasakan keenakan yang tidak terhingga, kalah restoran hotel 5 Bintang atau 10 bintang.

Kalau adalah yang jemput kenduri kahwin di kampung di Rembau, nasi paling sedap ialah nasi putih dengan daging kerbau masak lemak cili api. Tak payah lauk lain lagi.

Kenduri kahwin di Rembau ini sepatutnya merupakan salah satu dari 9 KEAJAIBAN di N.Sembilan sempena tahun Melawat Malaysia.

Kalau sahabat-sahabat semua tak percaya, jika ada kenduri kahwin di Rembau ke, di Pilah ke yang bukan masak cara katering, masak cara kampung, cubalah. Tak caya tanya Chef  Ismail orang Chengkau Hulu tu.

Siapa yang dah kena sekali, mesti akan terkenang sampai bila-bila.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perghhhh dapek pulak kitab gulai lomak ngan robong baru!! Ngamm howw.. Satu laie sup gear box, sum-sum eh sodot ngan straw mak aiiii ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥