KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140616

Kenapa saya tak sempat tengok Piala Dunia, kenapa ALLAH jadikan ada anak yang kurang pandai?


Bukan tak minat Piala Dunia 2014, tapi masa “timing” tak sesuai. Pagi ni rasanya ada siaran langsung, tapi mata terpaku tengok Kuliah Ustaz Dato Hasan Din Al Hafiz di TV. Ustaz ceritakan Allah Maha Adil. Kenapa Allah jadikan anak-anak kita ada yang pandai, ada yang kurang pandai, tak berjaya dalam pelajaran dan sebagainya.

Ustaz menceritakan kisah benar yang banyak berlaku sekarang ini. Ada satu keluarga 3 anaknya pandai-pandai belaka, kerja professional, bila berkahwin tinggal di ibu kota.

Anak yang ke 4, tidak berjaya dalam pelajaran. Yang ke 4 ini hanya kerja kampung. Apabila kedua ibu bapanya tua, anak yang ke 4 inilah yang menjaga orang tua keluarga ini, menghantar ke hospital dan sebagainya.

Adil tak Allah?

Oleh itu apabila ada anak kita yang kurang cemerlang, jangan diperlekehkan. Yang penting pastikan anak kita semua menjadi anak yang soleh, solat tidak culas. 9 A SPM, 5A UPSR itu perkara ke 2. Utamakan Islam dulu.

Saya sendiri telah banyak perhatikan perkara yang sama. Yang terkini kisah keluarga di Kg Tanjung Sena Hulu, Rembau yang keluar beritanya dalam Sinar Harian. 3 tahun anak yang boleh dikatakan kurang berpelajaran inilah yang menjaga ibunya yang terlantar di atas katil, membasuh beraknya dan sebagainya. Seminggu selepas saya menziarahi keluarga ini, ibu keluarga ini telah menemui Pencipta NYA.

ALLAH MAHA ADIL.

Utamakan ALLAH, Rasul, Ibu Bapa, Piala Dunia yang ke 4 , atau ke 5, atau mungkin ke 100.

Tiada ulasan: