KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140617

Panduan Kilatkan Lampu Kereta Yang Pudar



Lampu kereta sekarang ini jenis plastik. Tak sampai 3-4 tahun dah pudar. Bila pudar, waktu malam lampu akan kurang terang. Lampu yang berkilat akan menjadikan ianya lebih terang dan lebih cantik.

Cara mudah untuk mengembalikan kekilatan pada lampu ialah gosok menggunakan pengilat logam seperti Autosol atau jenama lain. Bersih dan keringkan lampu. Gunakan kain kering, sapukan sedikit autosol dan gosok rata pada permukaan lampu dengan sedikit tekanan semasa menggosok. Biarkan kering 1-2 minit. Gosok dengan kain bersih dan kering sehingga kesan Autosol hilang dan lampu kembali berkilat.

Gambar lampu kereta berusia 9 tahun selepas digosok dengan Autosol.

Tiada ulasan: