KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140602

Susulan ziarah warga emas di Rembau


Alhamdulillah, saya telah menyampaikan sumbangan daripada seorang individu untuk keluarga ini di Kg Tanjung Sena Hulu. Puas juga mencari rumahnya. Keluarga ini masih menunggu katil beroda yang diharapkan. Menurut mereka permohonan kepada Baitul Mal telah dibuat. Semakan saya di laman web Baitul Mal bantuan perubatan telah diluluskan pada 5 Mei 2014, tetapi tidak pasti adakah ianya bantuan katil beroda tersebut.

Hanya bergantung pada susu khas
24 Mei 2014

REMBAU - “Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih." Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu.

"Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam.

Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya.

Tiada ulasan: