KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100630

Hebat, Guru Besar boleh tidur di sekolah


Sedih pun ada, terharu pun ada, gembira pun ada, apabila membaca cerita ada seorang Guru Besar di Negeri Sembilan tidur di sekolah. Sedih sebab jarang kita dengar seorang guru apatah lagi seorang guru besar yang begitu komited hinggakan sanggup menjadikan sebuah setor di sekolahnya seluas 12 kaki kali 12 kali sebagai bilik tidurnya.

Cikgu Liu Shuang Zhen dari SRJK (C) Kampung Baru Tanah Merah, Port Dickson tinggal di Bahau , 105 km dari sekolah. Jadi beliau lebih rela tidur di sekolah tiga hari seminggu. Bukan dia tidak mampu untuk menyewa rumah atau menyewa bilik, tetapi Cikgu Liu suka dengan keadaan demikian, di mana beliau boleh memberi tumpuan yang lebih di sekolah dan ibu bapa lebih mudah untuk berjumpa beliau di luar waktu sekolah.

Sedihkan, tak ramai orang yang sanggup berkorban macam Cikgu Liu ini. Berkorban dengan rela hati, tanpa rasa hendak menyalahkan sesiapa, tetapi suka akan apa yang dilakukannya, demi kejayaan anak bangsa.

Semoga ramai daripada kita, bukan sahaja dari kalangan guru bahkan dari kalangan menteri, wakil rakyat, pegawai daerah, doktor, askar, polis, pekerja kilang dan lain-lain dapat mencontohi sikap Cikgu Liu ini.

Laporan penuh dan gambar tempat tidur Cikgu Liu di laman web akhbar Sin Chew di
http://www.mysinchew.com/node/40722

Budak Melayu Rank No 1 Dunia Tinju


Malaysia boleh menang Bola Piala Dunia. Pokoknya , hendak atau tak hendak, itu saja. Dulu Jepun, Korea Selatan, Ghana tu setaraf atau bawah ranking dari Malaysia masa zaman Super Mokh dan Ghani Minhat. Rupanya Dato Ghani Minhat ini orang Kg Solok, Rantau. N.Sembilan tapi tak pernah bermain untuk N.Sembilan.

Malaysia boleh menang apa-apa acara dunia, hendak atau tak hendak, dengan komitmen bukan sahaja pemain, tetapi jurulatih, pengurus dan pegawai. Kalau nak berjaya semua pengurus, pegawai, jurulatih dan pemain makan menu yang sama, bilik taraf yang sama, kenderaan yang sama. Kalau pergi pertandingan atau latihan luar negara tu jangan bawa anak bini, semua dari pemain hingga pegawai.

Baru-baru ni saya ke Shah Alam atas urusan peribadi. Jumpalah seorang brader ni, yang tak pernah saya jumpa sebelum ni, tapi sebab ada urusan terjumpalah dia. Dia pun ceritalah sikit karier beliau. Beliau terlibat dalam sukan Muay Thai atau Tomoi atau Kickboxing.

Sebut Tomoi ni selalunya yang kita ingat hanya orang Thai atau Jean Claude Van Damme. Rupanya ada budak Melayu yang sekarang ini ranking No 1 Dunia kategori Feather Weight.

Brader yang saya jumpa ni kata , Melayu yang terlibat dalam seni bela diri ini ada segelintir kecil yang tunjuk terror sesama sendiri sahaja. Tapi tak ke mana.

Muay Thai katanya perlu disiplin yang tinggi. Ada budak kita yang tak tahan.

Hairan ye, kenapa ahli sukan macam ni yang mendapat ranking No 1 dunia tidak mendapat liputan dan ganjaran yang sehebat sukan lain seperti Badminton dan Squasy dan lain-lain ?

http://www.worldmuaythai.org/fighter-ranking
Feather Weight
55.338 KG (122 Lbs) - 57.153 KG (126 Lbs)
1. Saiful Boxx Warrior - Malaysia
2. Ochir Odbayar - Spain

Light Weight
58.967 KG (130 Lbs) - 61.235 KG (135 Lbs)
1. Jerson Estoro - Philiphine
2. Rivero Alexander - Spain
3. Uiziibat Turbayr - Mongolia
4. Wayi Boxx Warriors - Malaysia

http://boxxtomoi.blogspot.com/
http://muaythaimalaysia.blogspot.com/
http://muaythaitigers.blogspot.com/

Al Fatihah untuk sahabat kita di Seremban


Mungkin ada yang mengenali dan terlepas pandang :

Diucapkan takziah kepada murid Sekolah Rendah Islam AsSaidiyyah , Seremban dari darjah 2.

Nur Athirah telah kematian bapanya (Muhammad Abu Bakar 33 tahun) disebabkan kemalangan motosikal.

Maklumat lanjut dan keratan akhbar kemalangan pada pautan berikut : http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/06/murid-srias-kematian-bapa.html

Kuliah Us Dato Arshad 2 Jul 2010 Alamanda

KULIAH HADITH 40
Oleh Ustaz Dato Arshad Abd Samad, Mantan Ketua Hakim Syariah N.Sembilan
Jumaat 2 Julai 2010
Selepas solat Maghrib
Di Surau Taman Alamanda, Senawang

Kursus Penyembelihan 17 Jul 2010 N.Sembilan

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG
Tarikh : 17 Julai 2010 / Sabtu
Jam : 8 pagi ke 12 tgh
Tempat : Masjid Qariah Lukut , Port Dickson

Maklumat lanjut di http://masjidqariahlukut.blogspot.com/2010/06/kursus-penyembelihan-binatang.html

20100628

Personaliti TV Gemparkan Masjid Senawang


Pada 27 Jun 2010 telah diadakan Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang. Pelbagai acara telah diadakan dari pertandingan melukis dan sukaneka. Jarang kita tengok umat Islam ke masjid bersama keluarga membawa anak-anak dan isteri. Tapi penganut agama Kristian akan ke gereja setiap pagi Ahad bersama keluarga, penganut agama Hindu akan ke kuil setiap minggu pada malam tertentu bersama keluarga.

Hari Mesra Masjid yang diadakan mendatangkan rasa muhibbah bukan sahaja para jemaah masjid , malahan dari kalangan ahli keluarga sendiri. Masjid dan surau perlu pelbagaikan aktiviti dan perbanyakkan aktiviti sebegini selain mengekalkan aktiviti solat jemaah dan qiamullail.

Masyarakat kita khususnya umat Islam di Malaysia ini sedang sakit. Hari Jumaat tidak dapat dimanafaatkan bersama keluarga di masjid sepertimana orang Kristian memanafaatkan hari Ahad bersama keluarga di gereja.

Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang telah digemparkan dengan kehadiran personaliti TV , saya tak kenal, tapi anak-anak yang seronok. Bukan main lagi anak-anak saya berposing dengan personaliti TV tersebut. Untuk menggalakkan masyarakat datang ke masjid elok juga personaliti TV dan artis ini datang ke masjid untuk menunjukkan contoh yang baik kepada peminat.

Lagi gambar-gambar sekitar Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/06/sekitar-hari-mesra-masjid-pada-27-jun.html

Semua umat Islam perlu memainkan peranan memakmurkan masjid untuk mengatasi gejala di bawah ini :
*******************************
PENYAKIT PSIKOLOGI KANAK-KANAK MENINGKAT

BENTONG 26 Jun – Kementerian Kesihatan bimbang dengan trend peningkatan mendadak penyakit berkaitan psikologi terutama di kalangan kanak-kanak berumur antara lima hingga 15 tahun di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian menunjukkan penyakit tidak berjangkit itu meningkat sebanyak 13 peratus kepada 20.3 peratus dalam tempoh 1996 hingga 2006.

Beliau berkata, gaya hidup masyarakat pada hari ini dalam mengharungi era dunia globalisasi dipercayai menyumbang kepada peningkatan penyakit itu.

“Dahulu persaingan sengit berlaku antara sebuah negara dengan negara lain namun hari ini senario berubah apabila berlaku persaingan antara manusia.

“Ini menyebabkan seorang individu itu menjadi tertekan untuk berdepan dengan cabaran hidup yang dihadapinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Fiesta Jom Sihat - Hidup Sungguh Bermakna di sini hari ini.

Fiesta itu anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan (SMVTAA) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kementerian dan Prostar Malaysia.

Ditanya punca tekanan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak di negara ini, Tiong Lai tidak menolak kemungkinan faktor sistem berorientasikan peperiksaan menyumbang kepada masalah yang sama.

Justeru, beliau berharap nilai-nilai kekeluargaan yang positif dapat diamalkan di kalangan ibu bapa dengan menyemai kasih-sayang dan keharmonian.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya memandang serius jumlah kematian demam denggi yang semakin meningkat di negara ini walaupun kes berkurangan.

Sehingga hari ini, sebanyak 75 kematian dicatatkan berbanding 62 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagi mencegah wabak ini secara agresif, kementerian menggalakkan jawatankuasa kawasan perumahan menubuhkan lebih banyak skuad program Combi (Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku) di kawasan mereka,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

**************************
PATAH KAKI TERJUN SEKOLAH

Harian Metro 26 Jun 2010 PORT DICKSON: Suasana di sebuah sekolah menengah di bandar ini gempar seketika apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun tiba-tiba terjun dari tingkat dua di blok makmal sekolah berkenaan, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, situasi kembali reda berikutan pelajar tingkatan tiga itu didapati tidak cedera serius dan hanya patah kaki kanan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, siasatan awal mendapati pelajar itu mengambil kerusi di kelasnya di tingkat bawah selepas selesai perhimpunan.

Pelajar itu kemudian naik ke tingkat dua iaitu blok makmal dengan membawa kerusi sebelum terjun.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahkakiterjunsekolah/Article

20100625

Undang Rembau digeruni pihak Inggeris



Ayah dan beberapa ayah saudara dan datuk saudara saya menceritakan kepada saya bawah keturunan mereka Undang Rembau ke 18 iaitu Dato Abdullah bin Dahan adalah merupakan seorang pemimpin Melayu yang amat pintar dan digeruni pihak Inggeris. Undang Dato Abdullah menurut ceritanya amat mengambil berat dan sentiasa membela nasib orang Melayu.

Walaupun dia membela orang Melayu, dia berlaku adil kepada bangsa lain. Pada 13 November 1933 En Lee Chin Hua mewakili masyarakat Cina Rembau mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dato Undang dan menyatakan bahawa Dato Undang adalah pemimpin yang paling berkelayakan dan paling pintar dan amat prihatin akan kebajikan orang Cina di Rembau.

Dato Undang juga adalah pengasas Rejimen Askar Melayu Diraja. Ayah saya kata, hanya 2 orang keturunan Dato Abdullah yang menyertai askar Melayu, iaitu dia sendiri dan ayah saudaranya dia pangggil Pakcik Shaharom.

Penyakit misteri yang membawa kepada kematian Undang Rembau masih menjadi tanda tanya , ada yang mendakwa beliau telah diracun dan sebagainya.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia adalah datang dari cetusan idea Dato Undang.

Menurut ayah saya, Dato Undang bukanlah datang dari keluarga yang kaya sepertimana dikisahkan dalam sebuah buku. Ayah saya kata Haji Dahan ayah kepada Dato Undang ini dulu hanya kerja kampung , jual pisang goreng , bawa beruk keliling kampung untuk panjat kelapa dan bertukang.

Entah kenapa kisah sejarah Dato Undang ke 18 ini begitu sukar diperolehi. Mungkin banyak tersimpan di England ? Apakah rahsia-rahsia pemikiran beliau ? Apakah punca kematian beliau ?

Masih adakah lagi orang Rembau yang berani dan tegas macam beliau yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya kepentingan keluarga , perut dan bawah perut ?

Kisah beliau di http://waghih.blogspot.com/2007/09/undang-rembau-ke-18-pejuang-agama-dan.html

Keratan-keratan akhbar kisah kebijaksanaan dan ketegasan Undang Rembau mempertahankan hak orang Melayu pada pautan berikut :

The Straits Times, 28 July 1931, Page 10
A MALAY MONOPOLY ?
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19310728.2.33&sessionid=ea39ab4a4dbe4633890206caba1de6a7&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 28 March 1933, Page 10
FEDERAL AFFAIRS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19330328.2.40&sessionid=d8dd2d4519cb4c80b53bf83f05599898&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 3 June 1933, Page 10
THE HONOURS LIST.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19330603.2.40&sessionid=d8dd2d4519cb4c80b53bf83f05599898&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 10 November 1933, Page 12
GUN-FIRE ECHOES OVER PADI FIELDS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19331110.2.68&sessionid=2ba70e8ac109405d85f460b264045410&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 14 November 1933, Page 13
UNDANG OF REMBAU.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19331114.2.92.aspx

The Straits Times, 14 November 1933, Page 20
Untitled
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19331114.2.129.aspx

The Straits Times, 21 February 1936, Page 13
HIGHER POSITIONS FOR MALAYS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19360221.2.78&sessionid=2ba70e8ac109405d85f460b264045410&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 22 November 1936, Page 5
ARSON SUSPECTED IN REMBAU FIRE DISTRICT OFFICE IN FLAMES
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19361122.2.47&sessionid=8da2b7462a2a471caa721beede13b663&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 9 October 1930, Page 16
REPLIES TO QUESTIONS.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19301009.2.120&sessionid=57659d910c8f49d48b538aef6df5f94e&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 11 May 1937, Page 12
UNDANG OF REMBAU VERY ILL.
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19370511.2.52&sessionid=00cceef702e54fa98aa634518736f23e&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

The Straits Times, 6 October 1939, Page 11
NEGRI SEMBILAN CHIEF DIES
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19391006.2.82.aspx

Wanita Rembau Sombong ?


Itulah tajuk akhbar The Straits Times bertarikh 28 Februari 1951 iatu Rembau To Curb Arrogant Women (Rembau akan mengekang wanita-wanita yang sombong). Keratan akhbar tersebut pada pautan berikut http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?articleid=straitstimes19510228.2.115&sessionid=9c2cb8a9d32e4387a4f642b6bb89c418&keyword=UNDANG+OF+REMBAU

Pada tahun 1951, berlaku krisis adat dimana Biro Hal Ehwal Ugama UMNO Rembau telah menentang peraturan adat tentang tanah pesaka yang dianggap bertentangan dengan hukum Islam. Mereka yang menyokong peraturan berkenaan dianggap sebagai melakukan dosa dan akan bertanggungjawab kepada Allah pada hari kiamat nanti.

Kisah selanjutnya pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2010/02/umno-rembau-menentang-peraturan-tanah.html

FIFA 2010 ialah Fight Israel Free Al Aqsa




Tak tahu siapa punya idea buat poster dan t-shirt yang bertulis Fight Israel Free Al-Aqsa FIFA 2010. Ada sesiapa tahu mana boleh beli poster dan t-shirt ini. Boleh kita gunakan masa Perhimpunan Gerakan Mansuh Judi pada 3 Julai 2010 nanti di Kuala Lumpur. Ini yang dinamakan Killing Two Birds With One Stone.

Contoh versi poster di http://badarsdar.wordpress.com/2010/06/24/fight-israel-free-al-aqsa-fifa-2010/

Contoh versi t-shirt di http://www.xabcx.co.cc/2010/06/fight-israel-free-al-aqsa-fifa.html

20100624

Konvensyen Falak N.Sembilan 2 ke 4 Jul 2010


KONVENSYEN FALAK NEGERI SEMBILAN 2010
Tema : Bersama Menerokai Kebesaran Ilahi
Tarikh : 2 ke 4 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 11 malam
Tempat : Sek Men Keb Agama Syeikh Haji Mohd Said, Seremban

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan http://www.muftins.com

AKTIVITI MENARIK :
Pertandingan Teknologi Roket Sasaran dan Payung Terjun
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Pemeriksaan Kesihatan
Pertandingan Pidato mengenai Astronomi
Kuiz Manhaj Fiqh al-Shafie
Pertandingan Bercerita
Pameran oleh Agensi Kerajaan
Pameran Teleskop
Pameran Model Jam Matahari
Pameran Model Sistem Solar
Pameran Model Tongkat Istiwa
Pameran Foto Panorama Fenomena Alam
Semakan Tarikh lahir Miladi kepada Hijriah

Sumber : http://krewpaginfm.blogspot.com/2010/06/hebahan-radio-malaysia-negerifm-acara.html


Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 3,
Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427

Bahagian Falak,Sumber Maklumat dan Rundingcara Aqidah Islamiyah
Ustaz Ahmad Zaki Haji Hamzah
Pegawai Hal Ehwal Islam
Emel : ustazaki@muftins.gov.my

YB Ir Nizar Jamaludin di Seremban 29 Jun 2010



CERAMAH MOBILISASI MEMBANTAH JUDI
Tarikh : 29 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Penceramah :
YB Ir Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Chegubard
Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat
Aiman Athirah Al Jundi , EXCO Muslimat PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Solat Gerhana Bulan 26 Jun 2010 Padang MPS Seremban


Sabtu 26 Jun 2010 akan berlaku gerhana bulan antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam. Pada waktu yang sama akan diadakan Perhimpunan Besar Guru seluruh N.Sembilan di padang MPS, Seremban. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri mengadakan Program Solat Gerhana Bulan di Padang MPS atau Masjid Negeri. Jabatan Mufti Negeri Sembilan boleh mengambil inisiatif memasang teropong untuk orang ramai menyaksikan gerhana bulan dengan lebih dekat di padang MPS.

Menurut Hadith perkara yang sepatutnya dilakukan apabila melihat gerhana bulan ialah berdoa, bertakbir, solat dan sedekah.

Elok juga dilancarkan Tabung Kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza pada malam tersebut.

Parti-parti politik (UMNO, PAS, PKR) yang majoriti ahlinya umat Islam, NGO-NGO, masjid dan surau pun eloklah menyeru semua ahli dan jemaah mereka mengadakan solat sunat gerhana bulan.

****************************
Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508053

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Sumber : http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

20100623

Restoran mesti dilawati di Batu Kikir



Kebiasaannya apabila kami sekeluarga kembali dari percutian di Teregganu pulang ke Negeri Sembilan kami akan berhenti rehat di Kuantan atau Bandar Muadzam. Tak terfikir pula nak berhenti rehat di Batu Kikir , Jempol , N.Sembilan mungkin dah nak sampai Seremban agaknya.

Percutian yang baru lalu kami ubah selera, cuba cari tempat lain. Lalu kami berhenti di bangunan baru dua tingkat iaitu Arked MARA pekan Batu Kikir. Ada satu kedai coner lot tingkat bawah yang menjual kek, bakeri, laksa, rojak, roti bakar, ABC dan macam-macam lagi.

Lupa dah nama kedainya. Kedai kecil sahaja, kerusi pun tak sampai 20, tetapi bersih, dan terpampang di dinding kedai tersebut mendapat anugerah penyewa terbaik MARA seluruh N.Sembilan pada tahun 2008.

Suasana santai, ada gerai goreng pisang di hadapan kedai, ada gerai penjaja di seberang jalan. Arked MARA ni kalau dari Seremban sebelah kanan jalan sebelum Balai Polis, kalau dari Kuantan sebelah kiri jalan. Banyak juga kedai-kedai menarik di pekan Batu Kikir ni.

Kami semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan terutama laksa dan rojak, selera kampung.

Lepas makan, singgah solat Asar tidak jauh dari Arked MARA, tak sampai 100 meter rasanya, masjid baru di Taman Anggerik. Masjid juga selesa, banyak tempat parking, anak-anak sempat main bola dan badminton lagi hilang tension jalan jauh.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia ini. Kitalah kena hargai tempat kita sendiri. Media pun kenalah main peranan promosi tempat sendiri. Pemimpin pun kenalah menikmati keindahan tempat sendiri, ianya jauh lebih baik di negara luar.

Kalau kita tak hargai tempat kita sendiri yang dikurniakan Allah, siapa lagi ?

BATU KIKIR , JAMBATAN BOSI

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan


Akhir-akhir ini beberapa buaya kelihatan di pantai Melaka dan Negeri Sembilan. Adakah habitat mereka di Sungai Linggi diceroboh atas nama pembangunan, kerja penambakan atau perlombongan pasir ? Tidak mustahil buaya-buaya di Sungai Linggi ini akan mengganas dan menyerang manusia. Satu kajian harus dilakukan di sepanjang Sungai Linggi dan beberapa sungai lain di Melaka dan Negeri Sembilan untuk menilai kemusnahan dan pencerobohan habitat buaya.

Kisah kemunculan buaya-buaya di pantai Melaka dan Negeri Sembilan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

************************

Buaya Serang Manusia Kerana Kehabisan Makanan

KOTA KINABALU, 23 Jun 2010 (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pembangunan yang tidak mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar menyebabkan berlakunya kejadian buaya menyerang manusia.

Beliau berkata walaupun jumlah buaya meningkat, terutama di Sabah, sumber makanan mereka telah habis, menyebabkan berlaku serangan terhadap manusia.

"Habitat mereka telah diganggu. Sungai telah dimusnah. Apabila haiwan yang menjadi makanan buaya tiada lagi di kawasan mereka mencari makan, buaya akan menyerang apa sahaja yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Antarabangsa Konflik Manusia-Buaya di sini pada Rabu.

Masidi berkata pemaju mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan perlu mengambil kira kesan projek mereka terhadap hidupan liar.

Sementara itu, Pengaran Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Sabah Dr Laurentius Nayan Ambu berkata terdapat antara 12,000 hingga 15,000 buaya di Sabah, semuanya spesis buaya tembaga.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508070

Pustaka Iman Online Bookstore


Pustaka Iman adalah sebuah 'online bookstore' yang menjual pelbagai jenis buku bercorak Islami, merangkumi buku-buku dakwah & harakah, fiqh, novel Islami, novel sejarah Islam, rumahtangga, kekeluargaan, motivasi dan pelbagai lagi.

Pustaka Iman menjual buku-buku terbitan PTS, Pustaka Fajar, Pustaka Salam, pelbagai penerbit di Indonesia dan banyak lagi.

Pustaka Iman menawarkan khidmat penghantaran PERCUMA untuk pembeli-pembeli di sekitar Seremban. Kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan juga akan dipertimbangkan.

Layari http://pustakaiman.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut dan senarai buku-buku yang dijual.

Untuk pertanyaan atau penempahan buku, sila hubungi: pustakaiman@gmail.com

20100622

Dari Seremban ke Gaza 10 Julai 2010

CERAMAH SAMBUTAN ISRA MIRAJ
Tajuk : Dari Seremban ke Gaza
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 mlm (Selepas Maghrib)
Penceramah : Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang , N.Sembilan

MAKLUMAT AQSA SYARIF
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/



Aqsa Syarif ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.

Pelajar SRIAS Seremban cemerlang UPKK Kebangsaan


Antara calon yang mendapat anugerah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) peringkat kebangsaan 2009 ialah pelajar Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS http://srias-saidiyyah.blogspot.com/ ), Seremban iaitu adik Farzana binti Omar.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato Seri Najib pada 15 Jun 2010.

Sumber : http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/06/anugerah-pelajar-cemerlang-upkk.html

20100621

Wakil rakyat kita tahu kerja ke tidak ?


Adakah wakil rakyat kita samada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri tahu apa tugas dan tanggungjawab mereka ?

Adakah rakyat pula faham apa tugas dan tanggungjawab wakil rakyat ?

Kekecohan politik di Malaysia terutama orang Melayu ialah akibat dari tiada panduan khusus apa bidang tugas seorang wakil rakyat.

Yang rakyat tahu , kalau ada masalah jumpa wakil rakyat. Walhal kadang-kadang sesuatu masalah itu lebih cepat diselesaikan kalau rakyat berhubung terus dengan agensi kerajaan.

Nak derma jumpa wakil rakyat, nak minta duit jumpa wakil rakyat, nak buat program jumpa wakil rakyat.

Apa elaun wakil rakyat ni RM 100,000.00 ke sebulan ? Guru besar lagi tinggi gaji dari wakil rakyat, pegawai bank lagi tinggi gaji dari wakil rakyat, jurutera kilang lagi tinggi gaji dari wakil rakyat.

Kerajaan , parlimen , dewan undangan negeri , televisyen , radio dan akhbar harus memberi penerangan kepada rakyat , apa sebenarnya bidang tugas seorang wakil rakyat , berapa gaji wakil rakyat dan sebagainya.

Tapi sebelum beri pemahaman kepada rakyat, wakil rakyat kita tahu ke apa kerja mereka ?

Di bawah ini adalah pandangan peribadi saya bidang tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat :

1. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan , sekiranya kerajaan negeri memberi peruntukan untuk menyediakan pusat khidmat masyarakat. Jika tiada peruntukan bolehlah jadikan mana-mana tempat awam, masjid atau surau sebagai tempat bertemu dengan masyarakat dan mendengar masalah mereka.

2. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

3. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

4. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

5. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

6. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

7. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

8.Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

************************
Role of Canadian Members of Parliament

Representing Constituents in Parliament
Members of parliament represent the regional and local concerns of the constituents in their ridings (also called electoral districts) in the House of Commons. Members of parliament solve problems for constituents on a wide variety of federal government matters - from checking on individual problems with federal government departments to providing information on federal government programs and policies. Members of parliament also maintain a high profile in their ridings and take part in local events and official functions there.

Making Laws
While it is public servants and cabinet ministers who have direct responsibility for drafting new legislation, members of parliament can influence legislation through debates in the House of Commons and during all-party committee meetings to examine legislation. Even though members of parliament are expected to "toe the party line," both substantive and fine-tuning amendments to legislation are often made at committee stage. Votes on legislation in the House of Commons are usually a formality following party lines, but can be of significant strategic importance during a minority government. Members of parliament can also introduce legislation of their own, called "private members bills," however it is rare that a private members bill passes.

Watchdogs on Government
Canadian members of parliament can influence federal government policy by participating in House of Commons committees which review federal government department activities and spending, as well as legislation. Government members of parliament also raise policy issues in caucus meetings of members of parliament of their own party and can lobby cabinet ministers. Members of parliament in opposition parties use the daily Question Period in the House of Commons to raise issues of concern and bring them to the attention of the public.


Party Supporters
A member of parliament usually supports a political party and plays a role in the operation of the party. A few members of parliament may sit as independents and do not have party responsibilities.

Offices
Members of parliament maintain two offices with corresponding staff - one on Parliament Hill in Ottawa and one in the constituency. Cabinet ministers also maintain an office and staff in the departments for which they are responsible.

http://canadaonline.about.com/cs/parliament/a/rolemps.htm

Peguam pun bunuh diri di Malaysia ?


Peguam bukannya orang miskin atau merempat. Tapi ada juga peguam yang bunuh diri. Kenapa ye ? Makin teruk dan kritikal masalah bunuh diri di Malaysia, ianya adalah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung. Kenapa tiada usaha yang bersungguh-sungguh dari kerajaan, parti politik, pendakwah dan orang ramai untuk membendung gejala bunuh diri di Malaysia ?

Tahu atau tidak 10% rakyat Malaysia menghadapi masalah mental iaitu setiap 10 orang ada seorang yang ada masalah mental.

Lagi ramai yang mati disebabkan oleh bunuh diri daripada disebabkan oleh Denggi dan H1N1, tetapi kenapa tiada kempen mencegah bunuh diri ?

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Sumber http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Khutbah Jumaat harus mengulas isu ini sebaik mungkin !

***************************
Terjun selepas makan bersama isteri

Harian Metro 21 Jun 2010

GEORGETOWN: “Dia mungkin tertekan dengan kerjayanya hingga sanggup berbuat demikian,” kata seorang kenalan rapat seorang peguam, ******, 66, yang ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Larut, kelmarin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai masalah peribadi mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, mayat pemilik firma guaman ****** itu ditemui tertiarap di lorong belakang hotel itu dengan lengkap berpakaian pejabat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang menikmati hidangan makan tengah hari bersama isteri yang dikahwini dua tahun lalu di hotel berkenaan.

Beliau berkata, mangsa kemudian memaklumkan kepada isterinya mahu ke tandas dan selepas itu tidak muncul menyebabkan isterinya curiga lalu ke tandas hotel itu dan mendapati suaminya tertiarap dalam keadaan berlumuran darah di bawah hotel.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan siasatan awal polis mendapati tidak wujud unsur jenayah serta kematian mangsa disifatkan sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peguamterjunselepasmakanbersamaisteri/Article

Skim pelaburan, nak kaya sampai tertipu

Kenapa nak sangat cepat kaya ? Kenapa mudah untuk melabur dalam skim pelaburan yang pelik-pelik sampai ada yang sanggup buat pinjaman ? Kenapa susah hendak melabur dalam skim pelaburan akhirat seperti pembinaan masjid, surau, rumah anak yatim, rumah perlindungan saudara baru, mereka yang kesusahan , Gaza , Palestin dan sebagainya ?

Usaha promosi untuk skim pelaburan akhirat perlu diperhebatkan oleh semua pihak. Hadith-hadith Nabi SAW pun banyak menyebut mengenai pahala dan dosa, syurga dan neraka, perkara ghaib. Tapi sayang , semua orang sekarang sibuk nak berniaga dalam segala hal , berapa upah , berapa komisyen , royalti dan sebagainya.

Kalau nak bayar royalti, orang yang sepatutnya paling kaya di dunia ini mendapat royalti ialah Nabi SAW , kerana begitu banyak ayat Al Quran yang diturunkan kepada Baginda SAW, juga hadith-hadith Baginda SAW serta . Baginda SAW tidak meminta royalti, Baginda menyeru umatnya untuk mengamalkannya.

Kalau usaha promosi untuk pelaburan akhirat tidak diperhebatkan , maka pelaburan dunia , pelaburan skim cepat kaya yang akan berleluasa.

**************************
Sindiket pelaburan kebas duit

Sinar Harian 21 Jun 2001

SEREMBAN – Dengan bertopengkan skim pelaburan berasaskan projek ternakan lintah, seorang lelaki dan anaknya berjaya memperdayakan kira-kira 3,000 mangsa di seluruh negara serta membawa lari wang tunai dianggarkan RM40 juta.

Lelaki terbabit, 50an, dan anaknya berumur sekitar 20an dipercayai mengaburi mata mangsa dengan menjanjikan pulangan berlipat ganda nilai pelaburan dalam tempoh enam bulan.

Skim pelaburan putar alam itu dikendalikan menerusi sebuah syarikat beroperasi awal 2008 hingga tahun lalu dan mempunyai ibu pejabat di bandar ini, selain beberapa cawangan di negeri lain.

Akibat kegiatan penipuan itu, mangsa melibatkan masyarakat pelbagai kaum termasuk orang kenamaan mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM1.5 juta.

Seorang mangsa, Mohamad Halim Husnan, 40, dari Seremban, berkata, ramai yang terpedaya kerana publisiti meluas skim itu di sebuah akhbar pada awal 2008.

“Syarikat terbabit menjanjikan pulangan kira-kira RM12,500 bagi setiap RM5,000 dilaburkan selepas enam bulan bagi projek menternak lintah. Lebih banyak jumlah dilaburkan, lebih tinggi nilai pulangan.

“Pada dua bulan pertama, memang ada pelabur yang mendapat sedikit pulangan. Namun, bagi bulan-bulan berikutnya, kami tidak menerima walau satu sen pun,” katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan kira-kira 150 mangsa penipuan skim berkenaan di Rasah dekat sini, semalam.

Dia yang mempengerusikan majlis perjumpaan itu berkata, pelabur mengesyaki ditipu cuba meminta wang dikembalikan, tetapi gagal kerana syarikat didapati tidak beroperasi dan pejabatnya disita.

Kata Mohamad Halim, dua lelaki terbabit dan semua ahli keluarga mereka tidak dapat dikesan serta terdapat kemungkinan mereka melarikan diri ke luar negara.

Beliau mendakwa, kegiatan penipuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi sehingga kini, semua mangsa tidak pasti tentang tindakan susulan diambil.

“Pada perjumpaan hari ini (semalam), kami sepakat untuk mengemukakan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Parlimen, 30 Jun ini.

“Selain itu, kami akan melantik peguam supaya tindakan undang-undang diambil terhadap semua pemilik syarikat berkenaan,” katanya.

Mohamad Halim yang kerugian RM20,000 berkata, dipercayai masih ramai mangsa penipuan skim pelaburan ternakan lintah itu belum tampil membuat laporan dan meminta mereka menghubunginya di talian 012-3848840.

Sementara itu, mangsa, S Magindran, 45, dari Rawang, Selangor, berkata, dia dan dua rakannya menyertai skim terbabit untuk menambah pendapatan.

Bagaimanapun, kata Magindran, hasrat itu tidak kesampaian malah menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10,000.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7849082.asp

Guru tiada masa untuk keluarga


Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Jangan lupa 26 Jun 2010 ini , 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan akan diraikan pada hari SABTU JAM 8 MALAM. Kisahnya di SINI

*************************
Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.’

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan



Dari Blog Mohd Sayuti Omar http://msomelayu.blogspot.com/2010/06/ilham-ahad.html

SEMUA rakyat yang sayangkan negara mengalu-alukan langkah kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ekonomi meleset manakala pemimpin pula terkial-kial mencari idea macam mana untuk menambah pendapatan, apa juga ikhtiar oleh kerajaan perlu disokong oleh rakyat. Kerjasama dan sokongan rakyat sangat penting. Kalau tanpa sokongan rakyat usaha yang baik kerajaan tidak akan berhasil dan tanpa sokongan rakyat ia tidak membawa berkat.

Bagaimana pun dalam hal ini kerajaan hendaklah memahami masalah rakyat. Janganlah semata-mata kerana kerana hendak tambah wang perbendahraan negara maka rakyat jadi mangsa. Dikikis wang dari saku rakyat. Memang pun rakyat perlu dimangsakan, tetapi jangan melampau sehingga menyusahkan.

Ada beberapa tindakan kerajaan menunjukkan kerajaan begitu terdesak kerana ketiadaan wang dan rakyat dimangsakan sesuka hatinya.

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbahari cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.

Pelik, sebelum ini kenderaan yang disaman ekor tidak disenaraihitamkan. Tetapi mulai April lalu ianya telah disenarai hitamkan. Saman yang tertunggal beberapa tahun sebelum yang diberikan pengecualian tiba-tiba dikenakan tindakan tegas. Sikap tiba-tiba menjadi iseng oleh JPJ dan polis ini menunjukkan keterdesakan kerajaan dalam mencari wang!

Tindakan itu bertentangan dengan slogan Najib Razak Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan. Memahami dari seruan Najib itu, PM itu mahu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat disamping para pegawai kerajaan dan agensinya pula berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan mutu kerja. Apakah bagi polis dengan menguatkuasakan tindakan itu sebahagian kerja baik mereka?

Kalau polis atau JPJ menyahut seruan Najib ini sudah pasti tindakan menguatkuasakan tindakan menyenarai hitam kenderaan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ataupun kalau hendak dikuatkuasakan haruslah dinotiskan dulu dan tidak melaksanakan undang-undang ikut suka hati dan nafsu saja.

Mungkin kalangan rakyat yang terlibat dengan masalah ini dapat merasakan bagaimana kerajaan khasnya pihak polis dan JPJ menganiaya mereka. Bayangkan berapa seseorang kena bayar kalau mereka ada dua atau tiga saman? Bukankah separuh gaji mereka harus diberikan kepada Polis hanya untuk mendapat cukai jalan baru. Ini tidak adil kerana kesalahan yang ditunding kepada mereka belum pasti lagi betul atau tidak.

Saya baru mendapat tahu hal ini dari beberapa orang rakan yang menghadapi kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rata-rata mereka mengeluh dan menyatakan kerajaan tidak adil, menyusahkan dan menganiayakan.

Sebelum ini kenderaan yang disaman ekor (saman poerangkap laju) tidak dikenakan tindakan kenderaan disenarai hitamkan. Tuan punya masih boleh memperbaharui kenderaan masing-masing. Hanya saman di sekatan jalan yang ditanda tangani langsung oleh pemandu saja yang dikuatkuasakan. Mana-mana saman demikian kalau tidak dilunasi pihak JPJ tidak akan memperaharui cukai jalan melainkan selepas menjelaskan kepada pihak polis.

Rasanya kelonggaran ini ada baiknya dan masih dirasakan tidak begitu menganiayakan rakyat. Manakala saman yang ditandan tangani patutlah kuatkuasakan. Ada alasannya kerana saman yang ditanda tangani itu jelas kenderaan itu melakukan kesalahan. Polis dan pemandu kenderaan itu sendiri dapat mengetahui akan kesalahan mereka.

Berlainan dengan saman ekor, (perangkap laju) di mana polis bersembunyi di dalam semak atau di balik tembok. Di mana tuan punya kenderaan tidak mengetahui apakah dan dimana kesalahan mereka. Selalu terjadi bila mana kenderaan mereka dibawa oleh orang lain. Walaupun pihak polis ada mengeluarkan surat minta penjelasan siapa yang memandu kenderaan tempoh hari, tetapi surat penjelasan itu tidak pratikal.

Adakalanya surat tidak sampai kerana pertukaran alamat. Kalau mengikut prosuder biasa mana-mana saman yang tidak diserahkan sendiri kepada si pesalah ianya tidak boleh dibawa ke mahkamah?

Peraturan atau sistem saman sebegini tidak praktikal sebenarnya. Ia juga lebih kepada menganiaya rakyat. Rata-rata kalau saman ekor ini di bawa ke mahkamah saya rasa mahkamah akan menolaknya. Ada pendapat mengatakan saman ekor ini tidak valid untuk dibicarakan kerana ia tidak menurut peraturan-peratusan mengenai perundangan. Tetapi kerana sikap rakyat kita malas berurusan dengan mahkamah dan ingin mengelekkan berlaku 'kelecean' ke mahkamah menyebabkan mereka terus sahaja membayarnya.

Mungkin baik juga kalau ada sesiapa yang menghadapi kenderaan mereka disenaraihitamkan ekoran tidak melunas saman ini membawanya ke mahkamah. Biar ianya menjadi precedent apakah saman itu valid atau sebaliknya. Persatuan-persatuan penggunan mungkin boleh menguruskan hal ini. Banyak perkara yang berlaku dalam negara ini di mana rakyat diminta bayaran sedangkan ianya tidak sepatutnya.

Berbalik kepada tindakan iseng Polis menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman ekor kerana tidak melunasi kompoun itu perlulah dikaji balik. Musim ini musim 'kaat' - musim rakyat sesak janganlah menyusahkan lagi rakyat dengan kesusahan-kesusahan baru. Harapnya Perdana Menteri peka dan prihatin mengenai hal ini ada kemungkinan juga tindakan iseng Polis ini sebahagian dari ciri-ciri mensebotajkan dan menterbalikan seruan Najib itu, rakyat hendaklah disusahkan!

20100620

Khatib menangis sebak baca khutbah Jumaat


Pada Jumaat 18 Jun 2010 saya bersolat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. Tajuk khutbah Jumaat pada hari tersebut ialah berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa. Khatib baca khutbah dengan penuh semangat dan amat menghayatinya. Khatib didapati sering tersedu apabila membaca khutbah yang menyentuh kasih ibu. aka nada ketika kedengaran khatib menangis sebak dan terhenti sebentar membaca khutbah.

Yang khatib amat teresak menangis apabila membacakan dibawah ini :

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Inilah kali pertama saya dengar teks khutbah yang begitu menyentuh perasaan hinggakan semua jemaah tergamam mendengarkannya.

Dan inilah yang sepatutnya JAKIM buat setiap minggu, menyediakan teks khutbah yang praktikal yang menyentuh isu semasa, isu gejala sosial yang semakin parah, isu bunuh diri, isu buang bayi, isu buang ibu bapa dan sebagainya.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar khutbah tersebut, mungkin sebab uzur, atau dari golongan wanita atau mungkin terlelap tetapi bukan tidur, di bawah ialah tek khutbah yang paling bagus untuk kita semua.

Sebelum ini saya ada menulis artikel Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING di http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

Nampaknya teks khubtah JAKIM kali ini tidak membosankan dan tidak boring, terutama yang menyentuh bab mengadakan kenduri tahlil untuk ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

*****************
Dari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”
(18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.

Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?.Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :

Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”
Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.


Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.

Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.

Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Bersempena dengan kedatangan bulan Rejab yang diketahui mempunyai banyak kelebihan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk melipatgandakan ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya berpuasa sunat sekurang-kurangnya satu hari dari bulan Rejab, bersedekah dan menziarahi ibu bapa.

Perlu diinsafi, ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT, sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.

Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka.

Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.
Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting berikut:

Pertama : Kepentingan menjaga ibu lebih utama daripada perang di jalan Allah.

Kedua : Berbuat baik kepada ibu- bapa mestilah menjadi keutamaan yang paling atas selepas kewajipan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketiga : Redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibu-bapa dan kemurkaan Allah terletak pada murka kedua ibu bapa.

Keempat : Roh ibu-bapa akan sakit dan terseksa jika anak-anak yang masih hidup melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebagai renungan hayatilah firman Allah SWT dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Sural al-Israa’:24)

Sumber : http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/Pengukuran%20Kasih%20Sayang%20Ibu%20Bapa%20Terhadap%20Anak-anak%20(rumi).doc

Ibu mengandung tengoklah lagi cerita hantu


Eloklah, banyakkanlah cerita hantu tahyul di tv, pawagam dan majalah. Tidak hairanlah sekarang ini semakin banyak gangguan jin dan syaitan. Keluarga berkecamuk, anak-anak sering menangis, remaja tak tenang duduk rumah, kes perceraian rumah tangga semakin meningkat. Orang di India pula yang jumpa kajian bahawa wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis.

Padahal ulama dan para ustaz kita dah kata lama dah.

*****************************************
Tonton siri seram lahir anak kuat menangis

Utusan Malaysia 20 Jun 2010. CHENNA 19 Jun - Wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.

Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti Chitty lebih kerap menangis.

"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal.

"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr. S. Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.

Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.

Ibu-ibu tersebut dipantau semasa mereka sedang mengandung manakala bayi mereka turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.

Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton televisyen lebih nyenyak tidur. — BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

PLKN, Menteri cubalah turun padang tengok keluarga susah


PLKN tak jadi masalah kalau wajib untuk semua lepasan SPM. Masalahnya ada yang terpaksa ada yang terlepas. Ada sesetengah pelatih ini dari keluarga yang daif dan miskin, mereka amat memerlukan kewangan untuk kerja sementara sebagai sedikit bekalan apabila melanjutkan pelajaran ke IPT. Sepatutnya criteria pelatih PLKN ini didahulukan mereka dari golongan jutawan, kemudian kaya raya, kemudian kaya, kemudian mewah, akhir sekali barulah keluarga miskin.

Wahai Pak Menteri cubalah turun padang rakyat makin susah sangat. Saya bukan suruh mansuhkan PLKN, tapi berilah pertimbangan kepada mereka yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan.

Kalau saya jadi majikan pun , saya mungkin tak akan lepaskan pekerja saya selama 3 bulan. Setiap hari ialah untung rugi kepada syarikat.

Kalau tidak buat semua pemilihan PLKN ini secara sukarela macam Askar Wataniah. Promosikan betul-betul biar remaja bersemangat untuk hadir program PLKN.

Laporan The Star pada 20 Jun 2010 pula menyatakan salah satu masalah besar program PLKN ialah perkelahian dan pergaduhan di kalangan para pelatih yang bersifat kenegerian , terutamanya mereka dari Kelantan dan Kedah sukar menyesuaikan diri apabila berada di Sarawak.

********************************

Majikan perlu benar pekerja sertai PLKN

Berita Harian 20 Jun 2010

PUTRAJAYA: Majikan diingatkan jangan cuba menghalang atau menggagalkan kehadiran pekerja mereka yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sebaliknya harus berterima kasih kerana program itu memantapkan prestasi pekerja masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, menegaskan tidak ada kelonggaran dalam Akta Latihan Khidmat Negara yang membolehkan seseorang mengelak menyertai PLKN atas alasan sedang bekerja.

“JLKN boleh membuat laporan polis terhadap majikan yang menghalang atau menggagalkan kehadiran sesiapa yang dipanggil menyertai PLKN. Jadi, saya minta kerjasama majikan dalam perkara ini. “Sebenarnya, majikan mendapat faedah kerana PLKN mengembalikan kepada mereka pekerja yang lebih komited, rajin dan jujur selepas tiga bulan menerusi program dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

“Penangguhan atau pengecualian dalam kes tertentu bagi menyertai PLKN hanya diberi atas tiga sebab iaitu kerana masih belajar, mengikuti peperiksaan diluluskan kerajaan atau mengalami kesusahan luar biasa,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam selepas majlis perasmian pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 siri 7/2010, di sini semalam.

Mengikut Seksyen 24 Akta Latihan Khidmat Negara 2003, majikan wajib memberi kebenaran kepada pekerja yang mengikuti PLKN cuti selama tiga bulan dan membayar gaji selama 30 hari.

Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, PLKN lazimnya tidak menghadapi masalah kerana pelatih tidak hadir, sebaliknya kekurangan tempat kerana tahun ini saja menerima 2,000 permohonan untuk menyertai program itu secara sukarela tetapi hanya mampu menempatkan 400 pelatih.

Dari segi persepsi majikan pula, beliau menjelaskan, kini semakin ramai majikan menyedari kebaikan PLKN dan tidak menjadi masalah bagi mereka melepaskan pekerja masing-masing selama tiga bulan.

PLKN siri ketujuh merangkumi 120,000 pelatih dan pergerakan kumpulan ketiga membabitkan 40,584 pelatih yang lahir pada 1992 itu dilakukan selama tiga hari bermula semalam dengan menggunakan 1,016 bas, 19 kapal terbang dan lapan feri ke kem latihan di seluruh negara.

Selain itu, pada 26 Jun ini, 12,944 pelatih yang diberi penangguhan pada 2004, 2005 dan 2006 dipanggil semula untuk ikuti PLKN kali ini serta diminta datang sendiri melaporkan diri di kem yang ditetapkan di negeri masing-masing bagi memudahkan perjalanan.

Abdul Hadi berkata, pelatih yang perlukan penangguhan boleh memohon menggunakan borang sedia ada dengan memberi sebab kenapa mahukan penangguhan dan terpulang kepada JLKN sama ada boleh diluluskan atau tidak.

Akta memperuntukkan pelatih PLKN perlu selesaikan latihan sebelum berumur 35 tahun dan penangguhan tidak boleh melampaui usia itu. Abdul Hadi mengesahkan peserta paling tua menyertai PLKN tahun ini berusia 24 tahun.

Beliau berkata, JLKN menyusun semula program latihan bagi sesi ini dengan modul fizikal diawalkan manakala modul pelajaran dan pengajian dalam kelas dikemudiankan kerana hampir tiga minggu tempoh latihan akan berada dalam bulan Ramadan.

"Ini bukan perkara baru kerana tahun lalu pun berlaku keadaan sama dan kita tidak hadapi masalah, bahkan memberi peluang kepada rakan pelatih bukan Islam mempelajari dan memahami apa itu puasa. Malah, ada sebahagian daripada mereka cuba berpuasa. Ini asimilasi baik bagi pelatih memahami dan menghormati budaya serta agama masyarakat lain," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajikanperlubenarpekerjasertaiPLKN/Article


********************

The Star 20 Jun 2010

Conflicts in NS camps a result of trainees' cultural differences


KUCHING: Cultural differences among National Service (NS) trainees often lead to misunderstandings and fights at the various camps nationwide, said council chairman Datuk Dr Tiki Lafe.

"We've carried studies concerning these and discovered that most of the problems arise due to trainees' background.

"We had trainees from states like Kelantan and Kedah who never mixed with other races, so when they were posted to states like Sarawak, where there are many ethnic groups, misunderstandings occurred because of cultural differences," he told reporters here after seeing off about 250 trainees for the three-month stint at Serian, Bau and Sematan camps Saturday.

Dr Tiki said there were also some "naughty" trainees who liked to disturb others and stole others' personal items like mobile phones.

"I've reminded every camp commander to better their monitoring of trainees, so that there will be few cases of misunderstandings, fights and thefts at NS camps," he said.

Dr Tiki said the council would revise the NS programme and content to ensure these would be relevant to trainees, amid changes taking place in the country's social and political scenes.

"Redundant programmes will be taken off, such as indoor activities for board games, which will be replaced with outdoor games for everyone's participation," he said.

He added that it was important for trainees to be able to play and work as a team because NS was to promote unity among races and build up discipline and leadership.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F6%2F19%2Fnation%2F20100619124546

20100619

Pertandingan Azan Hafazan 26 Jun 2010 Senawang


PERTANDINGAN AZAN DAN HAFAZAN
Tarikh : 26 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 pg – 1.00 tgh
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Anjuran : Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang

KATEGORI :
Pertandingan Hafazan Sekolah Kebangsaan Lelaki
Pertandingan Hafazan Sekolah Kebangsaan Perempuan
Pertandingan Hafazan Sekolah Menengah Lelaki
Pertandingan Hafazan Sekolah Menengah Lelaki

Pertandingan Azan Sekolah Kebangsaan Lelaki
Pertandingan Azan Sekolah Menengah Lelaki

Terbuka kepada taman-taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang
Setiap taman dibenarkan hantar wakil maksima 3 orang untuk setiap kategori
Tarikh tutup penyertaan 22 Jun 2010

Hubungi Tn Hj Hosnan 012-9170816 Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang

Taman Perumahan Kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah :
Taman Anggerik, Taman Widuri , Taman Senawang Indah, Taman Jasmin, Taman Kobena, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Desa Melor, Taman Satria, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Bandar Senawang, Taman Matahari Indah, Kuartes Balai Polis Bandar Baru Senawang

Adakah majikan anda mencarum KWSP anda ?


Majikan yang tidak mencarum KWSP anda setiap bulan boleh didenda sehingga RM 10,000.00 untuk setiap kesalahan untuk setiap pekerja. Hak anda sebagai pekerja untuk menyemak caruman KWSP anda yang mudah sekarang ini di kebanyakan bank atau di internet atau di pejabat KWSP.

Bantulah saudara mara , jiran tetangga juga kenalan anda yang kurang faham hak mereka sebagai pencarum KWSP.

*****************
Tarikh: 18 Jun 2010

Enam Juta Penyata Kira-Kira KWSP 2009 Selesai Diedarkan Kepada Ahli

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah selesai mengedarkan 6.33 juta penyata kira-kira ahli untuk tahun 2009 sebagai sebahagian daripada usaha untuk memaklumkan ahli status simpanan mereka di KWSP.

Selain daripada penyata kira-kira yang dihantar terus ke alamat kediaman, ahli juga boleh menyemak penyata mereka melalui Kios KWSP menggunakan MyKad dan imbasan cap ibu jari. Kios ini terdapat di cawangan-cawangan KWSP dan premis-premis tertentu seperti Institut Jantung Negara, Ibu Pejabat Permodalan Nasional Berhad, cawangan terpilih RHB Bank, RHB Islamic Bank, AmBank, CIMB Bank, Citibank, Public Bank dan HSBC Bank.

Sebagai alternatif, ahli boleh menyemak dan mencetak penyata kira-kira menerusi i-Akaun. Ahli juga boleh mendapatkan penyata di mana-mana cawangan KWSP dengan hanya mengemukakan MyKad mereka. Atas sebab keselamatan simpanan, ahli tidak dibenarkan untuk mendapatkan penyata kira-kira melalui telefon.

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3271

43(2) Mana-mana majikan yang gagal dalam tempoh 15 hari membayar kepada Lembaga KWSP caruman bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dalam mana-mana bulan. Penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2employers&pg=bm_p2employers_empguide&ac=432

Lelaki sakit jantung gantung diri


Semua pihak, semua parti politik, semua NGO, semua rakyat khususnya orang Islam , kembalilah kepada ajaran Islam sepenuhnya , bukan sekadar pada nama. Umat kita semakin parah, gejala bunuh diri lagi parah dari dadah, buang bayi, rasuah, judi ekor, judi berlesen, judi bola, arak. Maksiat lain mungkin boleh bertaubat , itu pun kalau sempat, bunuh diri ?

Apa matlamat kehidupan kita ini sebenarnya yang hakiki ? Dapat SPM 20 A ? Dapat PhD ? Rumah Banglo ? Anak ramai ? Isteri cantik ? Jadi wakil rakyat atau ahli parlimen ? Atau hanya semata-mata beribadah kepada Allah ?

****************************
Lelaki sakit jantung gantung diri
Harian Metro 18 Jun 2010

KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan akibat menghidapi penyakit jantung mengambil keputusan singkat menamatkan kehidupannya dengan menggantung dirinya di Kampung Kemunting, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamarulzaman Jaafar, berkata mayat mangsa ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok oleh dua anggota polis peronda kira-kira jam 4 pagi.

“Ketika meronda, anggota polis terbabit ternampak sebuah kereta Perodua Kancil tersadai tanpa pemandu di bawah pokok di kampung berkenaan.

“Curiga dengan keadaan itu, anggota terbabit menghampiri kereta berkenaan dan membuat pemeriksaan lanjut sebelum menemui mayat mangsa tergantung pada dahan pokok berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakisakitjantunggantungdiri/Article

20100617

Syeikh Nuruddin alBanjari Jelajah N.Sembilan Jun 2010


JADUAL PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN
BERSAMA
SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

Tarikh : 21 Jun 2010 (Isnin)
Masa : Kuliah Shubuh
Lokasi: Surau Gedung Lalang 50, Ampangan, Seremban

Tarikh : 21 Jun 2010 (Isnin)
Masa : Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau Garden Homes, Seremban 2, Seremban

Tarikh : 22 Jun 2010 (Selasa)
Masa : Kuliah Maghrib
Lokasi : Surau Surau al-Amin , Taman Cempaka 2, Senawang

Ceramah Sambutan Isra Mi'raj Bersama Shohibus Samahah Mufti Negeri Sembilan
Tarikh : 22Jun 2010 (Selasa)
Masa : Maghrib
Lokasi : Kuala Pilah

Tarikh : 20 Jun 2010 (Ahad)
Masa : Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau al-Anshar, Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Tarikh : 23Jun 2010 (Rabu)
Masa : Kuliah Maghrib
Lokasi : Pondok Baitul Qura' , Sg. Udang, Melaka

Sumber : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/06/17/jadual-program-tafaqquh-fiddin-bersama-syeikh-muhammad-nuruddin-marbu-al-banjari-al-makki-jun-2010mrajab-1431h/

BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI.

Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib Berasal Dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau Dilahirkan Di Sebuah Desa Bernama Harus, Amuntai, Pada hari Sabtu, Tanggal 1 September 1960 M. Beliau Anak Yang Ketiga Dari Tujuh Bersaudara, Dari Sebuah Keluarga Yang Taat Beragama. Bunda Beliau Bernama Hajjah Rahmah Binti Haji Muhammad Shabri, Adalah Puteri Dari Seorang Tokoh Ulama Besar Di Kalimantan Selatan.

Sumber : http://dayahdarulkhairat.wordpress.com/2009/12/23/biografi-syeikh-nuruddin-al-marbu-al-banjari-al-makki/