KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100615

Bunuh diri dengan keretapi ?



Adakah ini satu lagi kes bunuh diri ? Marilah kita bersama meningkatkan amal ibadah kita, menjaga diri dan keluarga kita. Prihatin dan ambil berat akan jiran tetangga dan sanak saudara. Semua pihak tolonglah ambil berat perkara ini, banyakkanlah usaha dakwah, nasihat menasihati, kurangkan perkara yang melalaikan.

Bunuh diri adalah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung, faktanya di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Kita semua adalah bersaudara, dari bapa yang sama iaitu Nabi Adam as.

**************************

Nota dalam tangan mayat kena gilis

Harian Metro 15 Jun 2010

BUKIT MERTAJAM: “Sha...012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati...,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.

Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.

Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.

Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.

Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.

“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.

“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, xxxxxx, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

“Wanita itu mengakui dia memutuskan hubungan mereka tetapi lelaki itu tidak bersetuju, malah minggu lalu, dia (si mati) sanggup mengelar badan di depan wanita berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Notadalamtanganmayatkenagilis/Article

Program Remaja dan Sejarah 18 Jun Senawang

Nama Program : INI SEJARAH KITA (ISK)
Tempat : Pejabat JIM N.Sembilan , Dataran Senawang
Tarikh : 18 Jun 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang
Yuran : RM 10.00 sahaja

Anjuran : Kelab Remaja JIM N.Sembilan
Penyertaan dibuka kepada semua anak remaja.
Hubungi 017-7713171Muhannad bin Jamil
http://muhannadjamil.blogspot.com

20100614

Kem Tunas Surau 18 ke 19 Jun Ulu Bendul

KEM TUNAS SURAU
Tarikh : 18-19 Jun 2010 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah.
Jumlah Penyertaan : 40 orang sahaja ( anak-anak lelaki berusia 8-12 tahun)
Bayaran : RM30

Anjuran : Biro Dakwah dan Pendidikan, Surau Al-Hidayah, Bandar Warisan Puteri, Seremban

Maklumat lanjut di http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2010/06/kem-tunas-surau-siri-2.html

20100612

Perbanyakkah soal jawab agama di radio


Setiap kali saya dalam perjalanan ke Terengganu , pada jam 6 petang sambil memandu saya akan mendengar siaran Radio Malaysia Terengganu (RMT) atau Terengganu FM. Setiap hari jam 6 petang ke 7 petang akan disiarkan ruangan soal jawab agama yang mendapat sambutan hangat para pendengar.

Untuk setengah jam pertama ustaz yang ke udara akan membicarakan sesuatu topik seperti bab perdukunan, solat dan sebagainya dalam loghat Terengganu bersama deejay. Setengah jam yang kedua ialah ruangan soal jawab agama bersama pendengar secara langsung.

Pada pandangan saya siaran radio seluruh Malaysia terutamanya Radio Malaysia Negeri Sembilan harus mencontohi Radio Malaysia Terengganu ini. Disamping dapat melonjakkan rating stesen radio ianya akan memberi manafaat kepada para pendengar setempat yang lebih selesa berbicara dalam bahasa masing-masing.

Dato Rais Yatim, tunggu apa lagi. Arahkanlah Radio Malaysia Negeri Sembilan buat siaran sebegini setiap hari. Ambillah ustaz-ustaz yang fasih berbicara dalam loghat Negeri Sembilan. Saya pasti makcik-makcik dari Felda Palong, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau yang paling ramai akan telefon.

Pasti ruangan soal jawab agama sebegini akan menjadi hit stesen-stesen radio tempatan.

Laman web RMT di http://tfm.gov.my/portal/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

HARAMKAN Saman Ekor PDRM


Saya teramat bersetuju dengan artikel Utusan Malaysia 12 Jun 2010 yang meminta SAMAN EKOR PDRM DIHARAMKAN. Apa pandangan JAKIM ? Saya sendiri beberapa kali menerima saman ekor kerana kenderaan yang saya jual belum dipindah milik. Dan saya yakin ramai rakyat 1Malaysia diluar sana menjadi mangsa saman ekor.

Ramai yang menjadi mangsa saman ekor kerana :
1. Kenderaan yang dijual belum ditukar milik
2. Kenderaan dipinjam oleh sahabat handai dan saudara mara
3. Kereta syarikat yang dipandu oleh pekerja syarikat yang tidak bertanggungjawab
4. Plet kenderaan palsu, kerana plet kenderaan di Malaysia adalah paling mudah ditiru di dunia ini, hanya dengan modal RM 10.

Bukan setakat SAMAN EKOR DIHARAMKAN , saman letak kereta tanpa pemandu juga harus DIHARAMKAN.

Oleh itu disarankan kepada PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan agar mengenakan tindakan saman berikut :

1. Saman pemandu pada masa kejadian, terus saman pemandu yang memandu kenderaan tersebut.

2. Untuk saman tempat letak kereta, PBT terus Kunci atau Clamp kenderaan tersebut, supaya yang menandu kereta tersebut sendiri yang membayar saman atau pun terus tunda kenderaan tersebut sepertimana yang banyak dilakukan di negara barat.

Ayuh bangkit semua rakyat Malaysia, nyatakan bantahan anda terhadap saman ekor dan saman letak kereta yang semakin menindas rakyat.

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA , YANG MISKIN PAPA KEDANA
YANG PENJENAYAH BERTAMBAH JAHAT , YANG RAKYAT BERTAMBAH DERITA.

AHLI PARLIMEN KITA BAIK YANG BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT TAK MAHU BANGKITKAN KE MASALAH RAKYAT DI DI DEWAN RAKYAT ?

Atau orang Politik dan anak beranak mereka kebal saman, sebab itu mereka tak kisah nasib rakyat macam kita yang kena saman ekor ?

****************************
HARAMKAN SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 12 Jun 2010

SAYA ingin melahirkan pandangan berhubung saman ekor yang dikeluarkan oleh polis trafik. Sepatutnya sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan ketelusan, perbuatan saman ekor boleh dijalankan.

Saman ekor boleh dibuat dengan syarat anggota polis yang bertugas perlu menahan kenderaan terbabit di hadapan pada jarak 1 atau 2 kilometer dari tempat kenderaan tersebut ditembak dengan alat mengesan kelajuan (pada arifnya disebut saman ekor). Dari situ, pemandu yang melakukan kesalahan trafik dapat diambil butiran peribadinya. Jadi, tidak perlu pihak polis trafik bersusah payah mengesan pemandu kenderaan dengan menghubungi JPJ.

Kesan dari saman ekor ini menyusahkan rakyat terutama pemilik kenderaan.

Lebih malang lagi kesalahan-kesalahan ini dihubungkait oleh pihak polis trafik dengan JPJ negeri atau daerah. Sistem yang diwujudkan sejak April 2010 ini membolehkan JPJ menyenarai hitamkan mana-mana kenderaan lain yang didaftar atas nama yang sama untuk membayar cukai jalan. Di mana letak keadilan untuk rakyat.

TEROPONG RUSIA
Perlis
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

******************************
BERNAMA Sabtu Jun 12, 2010
Pesalah Trafik Tetap Disenaraihitamkan Walaupun Tidak Terima Notis Saman

KUALA LUMPUR: Pesalah trafik yang gagal membayar saman dalam tempoh dua bulan akan disenaraihitamkan walaupun mereka tidak menerima notis saman kerana telah bertukar alamat tempat tinggal.

Timbalan Ketua Trafik Persekutuan, ACP Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik kenderaan perlu mengemaskini alamat terakhir mereka dalam kad pengenalan dan lesen memandu bagi mengelak daripada tidak menerima notis saman.

Katanya, kegagalan mengemaskini alamat akan menyukarkan proses penghantaran surat atau notis saman yang telah dikeluarkan kepada pesalah trafik.

"Dari sudut perundangan, selepas kamera merakam gambar nombor pendaftaran kenderaan yang dikenalpasti melanggar had laju, misalnya, surat akan dihantar kepada pemilik kenderaan berdasarkan alamat terakhir mereka," katanya kepada Bernama di sini semalam.

"Sama ada pengguna terima atau tidak (notis saman), kita sudah menjalankan tugas dan dalam tempoh dua bulan, jika gagal memberikan respons, nama mereka akan disenaraihitam," katanya.

Beliau berkata, saman yang dikeluarkan itu atau 'saman ekor' perlu dijelaskansebelum dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan.

Bagi kesalahan pada beberapa tahun lepas, kompaun atau diskaun masih lagi dalam perbincangan bersama pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), katanya.

Mengenai cadangan JPJ untuk mengenakan kompaun minimum RM300 bagi semua pesalah trafik yang liat menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, beliau berkata itu bukan hukuman sebaliknya cara bagi menyedarkan masyarakat supaya menjelaskan saman.

Mohd Fuad berkata, ketika ini belum ada kesedaran atau peningkatan jumlah bayaran saman bagi kesalahan trafik walaupun cadangan yang dikemukakan JPJ itu telah bermula bulan lepas.

"Saman dikeluarkan apabila mereka telah melanggar undang-undang..samada dapat diskaun atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengguna jalan raya untukmembayar saman."

Pengguna jalan raya boleh memeriksa sama ada mereka mempunyai saman trafik atau disenaraihitamkan dengan melayari laman web http://www.rilek.com.my/ , http://www.myeg.com.my/ atau http://www.eservices.com.my/ - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/12/mstar_berita/20100611193707&sec=mstar_berita

20100611

Isi Rumah mewah punca Negara MUFLIS


Bajet 2010 mengurangkan perbelanjaan awam sejumlah RM24 bilion. Sifat hedonisme (berbelanja mengikut nafsu) jika menjadi panduan hidup, individu terbabit akan terjerumus kepada beban hutang yang besar, bahkan boleh membawa kepada muflis. Pusat kemajuan ekonomi dunia akan berpindah kepada negara kuasa baru dunia seperti China, India, Brazil dan Russia dalam beberapa dekad lagi.

************************************
Amalan hedonisme membawa muflis

Berita Harian 11 Jun 2010

Oleh Datuk Nik Mustapha ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Keadaan ekonomi semasa hendaklah disahut isi rumah dengan berbelanja secara berhemat

Dalam hadis Nabi SAW, Baginda mengingatkan masyarakat Islam dengan sabda Baginda berikut: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya” (Hadis riwayat Al-Bahaiqi).

Aspek kedua yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah dalam mendepani ekonomi negara semasa sudah pasti membabitkan aspek perbelanjaan awam. Sebagai salah satu usaha mengurangkan defisit perbelanjaan awam, Bajet 2010 mengurangkan perbelanjaan awam sejumlah RM24 bilion.

Sifat hedonisme (berbelanja mengikut nafsu) jika menjadi panduan hidup, individu terbabit akan terjerumus kepada beban hutang yang besar, bahkan boleh membawa kepada muflis.

Di barat, kehidupan isi rumah yang mewah, dipengaruhi falsafah hedonisme menyebabkan banyak mereka terpaksa menanggung beban hutang besar. Negara mereka turut dibebani jumlah hutang besar untuk merangsang ekonomi semoga pulih.

Namun, keadaan ekonomi hanya bertahan pada jarak pendek dan beban hutang terus membesar sehingga ada beberapa negara muflis di Eropah.

Namun, dunia memperlihatkan bahawa pusat kemajuan ekonomi dunia akan berpindah kepada negara kuasa baru dunia seperti China, India, Brazil dan Russia dalam beberapa dekad lagi.

Masyarakat Islam mesti menjadi pemain berkesan dalam suasana itu.

Artikel penuh di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amalanhedonismemembawamuflis/Article

Muzium Negeri di Seremban tiada sambutan


Berita Harian 11 Jun 2010

Promosi punca bangunan bersejarah kurang pengunjung

SEREMBAN: Muzium Negeri Sembilan tidak begitu mendapat sambutan sepanjang minggu pertama cuti persekolahan selama dua minggu ini walaupun terletak di lokasi strategik di Jalan Sungai Ujong, iaitu di pintu masuk bandar ini. Kebanyakan pengunjung yang ditemui di muzium itu mendakwa keadaan itu berpunca daripada kegagalan pihak muzium mengadakan aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah itu. Penuntut, Nor Ain Muhammad, 20, berkata dia datang melawat muzium itu kerana tertarik dengan keunikan reka bentuk bangunan muzium.

Bagaimanapun, dia hairan kerana tidak ramai pengunjung datang dan tidak ada kakitangan yang memberi penerangan kepada pengunjung.

“Saya hanya berpandukan papan maklumat yang disediakan di setiap kawasan pameran. Adalah lebih baik jika ada kakitangan di kawasan pameran untuk membantu pengunjung yang mahu mendapatkan maklumat lebih mendalam,” katanya.

Beliau mencadangkan muzium mengadakan pelbagai program ketika cuti persekolahan untuk menarik lebih pengunjung datang, terutama pelajar.
Muzium Negeri Sembilan ditubuhkan pada 1953 apabila Istana Ampang Tinggi, Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, di sini untuk dijadikan muzium dan kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang pada 1984.

Seorang lagi pengunjung, K Mano, 53, mahu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mengadakan lebih banyak program untuk menarik minat pengunjung.

“Saya datang untuk memenuhi permintaan anak. Saya percaya muzium ini akan lebih meriah jika ada program seperti pameran yang sepatutnya diadakan pada waktu sesuai seperti cuti persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, mengakui ketiadaan program atau promosi pelancongan pada musim tertentu seperti cuti persekolahan menyebabkan tidak ramai pengunjung datang ke muzium.

Katanya, pelbagai program perlu diadakan bagi menarik kehadiran pelancong dan tidak hanya bergantung kepada agensi promosi pelancongan untuk menjalankan tugas itu.

“Cuti persekolahan adalah waktu terbaik untuk menarik pengunjung. Bukan saja cuti persekolahan di negara ini, malah, musim cuti di negara jiran juga perlu diambil kesempatan untuk menarik pelancong dari negara berkenaan.

“Banyak aktiviti boleh dianjurkan seperti pameran atau pertandingan membabitkan pelajar sekolah. Saya akan meneliti perkara ini dan melakukan sesuatu untuk mengubah kalendar pelancongan negeri ini. Namun, setiap agensi kerajaan terbabit perlu berusaha menjayakan program yang dirancang,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Muziumtiadasambutan/Article

20100610

Smart Solat 16 Jun 2010 Senawang

KEM SMART SOLAT
Tarikh : 16 Jun 2010 / Rabu
Masa : 8 pg – 6 ptg
Tempat : Surau Taman Kobena , Senawang
Peserta : Terbuka kepada anak-anak umur 3 tahun ke 15 tahun
Yuran : Cuma RM 10 (makan tengahari, minum pagi & petang disediakan)
Tempat terhad

Maklumat lanjut hubungi Tuan Haji Baharin Mohd Yusof 013-3420248 Pengerusi Surau Taman Kobena

Ceramah Bantah Rejim Israel 12 Jun Seremban

CERAMAH SOLIDARITI GAZA
Tarikh : Sabtu 12 Jun 2010
Masa : 9.15 Malam
Tempat : Surau Al-Mustafa (Surau Hitam) , Ampangan , Seremban

Penceramah :
- Ust Hasanuddin Muhammad Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif, Sukarelawan Gaza, Bekas Tahanan Rejim Israel)
- Tn. Hj. Shahool Hameed (Fellow PACE, Pakar Sejarah Yahudi)

Kutipan Derma, Pameran Dan Jualan Amal Juga Akan Diadakan

************************************

CERAMAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN
Tarikh : 12 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan

Penceramah : Ust Hasanuddin Mohd Yunus , Pengerusi Aqsa Syarif http://aqsasyarif.com ( sukarelawan ke Gaza , bekas tahanan rejim Israel )

Semua dijemput hadir tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan fahaman politik

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di

Sila sebarkan maklumat ini http://masjidsenawang.blogspot.com

Hari Mesra Masjid Senawang tunda 27 Jun 2010

(Program ini yang dijadualkan pada 20 Jun telah ditunda ke 27 Jun 2010)
MAJLIS HARI MESRA MASJID
Tarikh : 27 Jun 2010
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi – 2 ptg
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Makan tengahari disediakan sebelum Zuhur
Penyampaian hadiah sukaneka dan pelajar cemerlang selepas Zuhur

Semua ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir
(Tapak gerai di tempat letak kereta disediakan dengan kadar berpatutan, khemah tidak disediakan)

Anjuran : Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang

Acara Menarik (Penyertaan Percuma , Hadiah tempat 1 – 3 ) :
- Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah dan Menengah (pada 26 Jun 2010 wakil 1 orang setiap taman)
- Pertandingan Azan Sekolah Rendah dan Menengah (pada 26 Jun 2010 wakil 1 orang setiap taman)
- Kuiz Agama Terbuka ( setiap taman 1 kumpulan 10 orang )
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak lelaki perempuan 4-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun. Peserta dikehendakki membawa pensil warna dan lapik sendiri
- Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR/SPM/STPM 2008 dan 2009
- Sukaneka
* Susun huruf sekolah rendah (setiap taman 1 kumpulan 5 orang)
* Bowling dewasa lelaki dan perempuan (setiap taman 1 kumpulan 5 orang)
* Gubahan songket dewasa wanita ( setiap taman 1 orang peserta , bawa peralatan sendiri)
* Kupas kelapa pasangan suami isteri ( setiap taman 1 pasangan , bawa parang sendiri)
* Baling straw sekolah menengah lelaki perempuan ( setiap taman 1 kumpulan 5 orang)
* Timbang sepaktakraw (setiap taman 1 kumpulan 5 orang)
* Daya ingatan sekolah menengah (setiap taman 1 kumpulan 5 orang)
* Rebut gula-gula kanak-kanak lelaki perempuan 4-6 tahun

Untuk anugerah pelajar cemerlang mereka yang mengambil UPSR/PMR/SPM/STPM pada tahun 2008 atau 2009 yang mendapat keputusan minima berikut dan hanya mereka yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang :
- UPSR 5A
- PMR 8A
- SPM 8A
- STPM 4A

Sila hantar salinan keputusan peperiksaan dan tuliskan nama penuh penjaga , alamat dan no tel. Dan serahkan kepada Tuan Hj Hosnan sebelum atau pada 20 Jun 2010.

Maklumat lanjut hubungi Tuan Hj Hosnan bin Selamat , Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang , tel 06-6787103 , 012-9170816

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com


Taman Perumahan dan Surau dalam Kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah :

Taman Anggerik, Taman Widuri , Taman Senawang Indah, Taman Jasmin, Taman Kobena, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Desa Melor, Taman Satria, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Bandar Senawang, Taman Matahari Indah, Kuartes Balai Polis Bandar Baru Senawang

Orang Melayu yang bakar masjid di Malaysia


Yang merosakkan Islam ialah orang Islam sendiri. Yang bakar masjid di Malaysia ini bukan orang Kristian, bukan orang Yahudi, bukan orang Buddha, bukan orang Hindu tapi orang Islam sendiri, orang Melayu. Perhatian kepada JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri, teks Khutbah Jumaat semakin membosankan seperti apa yang saya tulis sebelum pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

*******************************
Bakar masjid marah bekas isteri kahwin
Berita Harian 10 Jun 2010


SAMSUDIN menunjukkan ruang sembahyang utama masjid yang dibakar di Sepang, semalam.

SEPANG: Seorang lelaki dipercayai mabuk kerana kecewa bekas isterinya akan berkahwin lain bertindak melepaskan perasaan dengan membakar Masjid Jamiurrahmah di Kampung Limau Manis dekat sini, kelmarin.

Kejadian itu disedari imam masjid, Samsudin Mat Daud, 51, yang tinggal bersebelahan masjid itu kira-kira jam 11.30 malam selepas terhidu asap dan melihat api sudah marak. Samsudin berkata, beliau cuba memasuki masjid itu tetapi mendapati pintu dikunci dari dalam. “Saya kemudian cuba memasuki dari pintu bersebelahan dan mendapati keseluruhan ruang sembahyang sudah hangus terbakar dan ada seorang lelaki tidur berhampiran pintu yang berkunci.

"Saya kenal lelaki itu tetapi tidak berani menegur kerana khuatir dia bersenjata atau cuba menyerang, sebaliknya saya meminta bantuan penduduk kampung yang secara kebetulan berada di kedai makan berhampiran sebelum menghubungi bomba dan pihak polis.

"Lelaki terbabit kemudian melarikan diri selepas disergah penduduk kampung yang cuba menangkapnya," katanya ketika membawa pemberita meninjau kerosakan di masjid terbabit, di sini, semalam.

Beliau menganggarkan masjid yang dibina sekitar tahun 70an itu mengalami kerugian sekitar RM300,000.

Samsudin berkata, bekas isteri lelaki terbabit adalah orang kampung itu dan mungkin dia tidak dapat menerima hakikat bercerai dengan isterinya selain disyaki mungkin menghadapi masalah mental.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang mencari lelaki terbabit yang disyaki masih berada di kawasan itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bakarmasjidmarahbekasisterikahwin/Article

20100609

Para Pembesar Melalaikan Solat



Pembesar Melalaikan Solat

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”

(Muslim)

Huraian:

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat.

Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T.

Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai.

Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya.

Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu. Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat.

Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat.

Sesungguhnya sembahyang lima waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja.

Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa.

Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan. Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1198

http://www.mstar.com.my/variasi/agama/cerita.asp?file=/2010/6/9/mstar_agama/20100609090814&sec=mstar_agama

Nak menangis dengar kisah PASTI ini

Nak menangis saya mendengar coretan seorang bapa dan PASTI pada pautan berikut http://whitewakgreen.blogspot.com/2010/06/meluntur-buluh-biar-dari-rebung.html

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pendidikan anak-anak peringkat rebung di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh Malaysia. Walaupun gajinya tak seberapa , tetapi nilainya teramat tinggi dalam Islam.

Teruskan perjuangan para penggerak dan guru PASTI juga kepada semua guru-guru agama dan pentadbir institusi pendidikan agama di Malaysia ini.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak mereka ke PASTI.

Hari Mesra Masjid Senawang 20 Jun 2010


MAJLIS HARI MESRA MASJID
Tarikh : 20 Jun 2010
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi – 1 tgh
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir

Anjuran : Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang

Acara Menarik :
- Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah dan Menengah
- Pertandingan Azan Sekolah Rendah dan Menengah
- Kuiz Agama Dewasa Lelaki dan Wanita
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR/SPM/STPM 2008 dan 2009
- Sukaneka
* Susun huruf sekolah rendah
* Bowling dewasa lelaki
* Gubahan songket dewasa wanita
* Kupas kelapa pasangan suami isteri
* Baling straw dewasa wanita
* Bola tampar lelaki remaja
* Daya ingatan sekolah rendah
* Rebut gula-gula kanak-kanak

Untuk anugerah pelajar cemerlang mereka yang mengambil UPSR/PMR/SPM/STPM pada tahun 2008 atau 2009 yang mendapat keputusan minima berikut dan hanya mereka yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang :
- UPSR 5A
- PMR 8A
- SPM 8A
- STPM 4A

Sila hantar salinan keputusan peperiksaan dan tuliskan nama penuh penjaga , alamat dan no tel.

Maklumat lanjut hubungi Tuan Hj Hosnan bin Selamat , Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang , tel 06-6787103 , 012-9170816

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/

Nursing Pit Stop's

Menyediakan perkhidmatan kaunseling penyusuan susu ibu (percuma) dan menjual barangan sokongan/keperluan penyusuan susu ibu.

Maklumat lanjut di http://nursingpitstop.wordpress.com

Nursing Pit Stop is a Lactation Support Centre based in Seremban.

Offers free one-to-one counseling and home/hospital visit for breastfeeding help by a Peer Counselor Program Administrator (PCPA). Also offer wide range of breastfeeding support products to help mothers enjoy your breastfeeding journey.

For any breastfeeding or purchase enquiries, please email at nursingpitstop@gmail.com or 019-2759117

FREE DELIVERY for any purchase made within Seremban. Other locations within Negeri Sembilan may be considered as well

Temui Wira GAZA 12 Jun di Senawang



CERAMAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN
Tarikh : 12 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Ust Hasanuddin Mohd Yunus , Pengerusi Aqsa Syarif http://aqsasyarif.com/ ( sukarelawan ke Gaza , bekas tahanan rejim Israel )

Semua dijemput hadir tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan fahaman politik

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di

Sila sebarkan maklumat ini http://masjidsenawang.blogspot.com/

20100608

Guna khemah atasi kesesakan sekolah di Malaysia



Sebelum ini saya ada menulis masalah sekolah-sekolah yang padat sampai 50 orang satu kelas di Malaysia hinggakan ada pelajar yang tidak boleh didaftar lagi dan tidak belajar berminggu-minggu kerana kelas dah overflow. Kisah tersebut pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/06/sekolah-malaysia-macam-ikan-sardin.html

Nampaknya sekolah di Melaka telah mengambil inisiatif yang amat baik bagi mengatasi kesesakan pelajar agar pelajar tidak keciciran dengan menyediahkan khemah sebagai kelas. Kisah khemah dijadikan kelas sekolah pada pautan berikut
http://angkasanuri.blogspot.com/2010/04/melaka-maju-2010-murid-terpaksa-belajar.html

Sebelum ini pun 418 pelajar sekolah di Negeri Sembilan juga belajar bawah khemah , ceritanya di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/murid-belajar-dalam-khemah-di-rantau-n9.html

Cuma diharapkan khemah-khemah ini dipasang alat pelindung petir yang mencukupi kerana Malaysia ialah salah sebuah negara yang tertinggi kadar panahan petir di dunia , kisahnya di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Konsert Al Aqsa 17 Julai 2010 N.Sembilan



KONSERT DEMI MU AL AQSA
Tarikh : 17 Julai 2010 / Sabtu
Tempat : Stadium Tertutup Nilai , Negeri Sembilan
Masa : 8 mlm – 11 mlm

Bersama :
- Shoutul Harokah dari Indonesia http://www.shoutulharokah.com/
- Kumpulan Mestica
- Kumpulan Daie
- Dr Lim Swee Tin
- Nisah Haron

Tiket-tiket (untuk Tabung Palestin)
- VIP RM 30
- Dewasa dan Pelajar IPT RM 10
- Pelajar Menengah RM 8
- Bawah 12 tahun Percuma

Gerai dan Pameran bermula jam 5.30 ptg

Maklumat lanjut di http://www.konsertalaqsa.wordpress.com/

Hubungi : Yaseer 013-3401951 , Raja Rina 013-2080043 , Salman 013-7217621 , Omar 019-3091820

Anjuran :
Ikatan Musliman Malaysia , Persatuan Belia Islam Nasional , Aman Palestin Bhd , Kelab Remaja ISMA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) Seremban
No 32A , Jalan Bunga Raya 9
Pusat Perniagaan Senawang, Taman Tasik Jaya
Seremban
Tel/Fax : 06-6785268
http://www.isman9.wordpress.com/
http://www.ismaweb.net/

Anggota tentera Malaysia mati tergantung



Seorang anggota tentera berusia 26 tahun dipercayai kecewa selepas bercerai dengan isterinya, ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di Kampung Pulau, Sungai Berembang, dekat sini, kelmarin. Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini.

3 juta daripada 26 juta penduduk di negara ini menghidap masalah gangguan mental. Purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

Ya ALLAH , Selamatkanlah rakyat Malaysia dari gejala bunuh diri.

Artikel Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut. http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**************************
Anggota tentera mati tergantung

Harian Metro 8 Jun 2010

KANGAR: Seorang anggota tentera berusia 26 tahun dipercayai kecewa selepas bercerai dengan isterinya, ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di ************, dekat sini, kelmarin.

**************, 26, dari sebuah kem tentera di ********, Kedah, ditemui tidak bernyawa oleh bapanya, **********, 56, kira-kira jam 1.50 tengah hari dengan tali nylon membelit lehernya.

Anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan baru berpisah dengan isterinya tiga bulan lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan mempunyai dua anak.

Allahyarham yang dalam proses untuk berhenti sebagai tentera dikatakan tertekan dan sangat merindui dua anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya di Perak.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, ketika kejadian, mangsa di rumah, manakala keluarganya menghadiri kenduri jiran bersebelahan.

“Nasrul yang baru pulang ke sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.

“Bapanya terkejut melihat ******* sudah tidak bernyawa tergantung di dalam rumah dengan tali nylon membelit leher ketika pulang membawa makanan untuk anaknya.

“***** yang baru pulang ke rumah di sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anggotatenteramatitergantung/Article

************************
Tikam diri akibat penyakit kronik

Harian Metro 8 Jun 2010

KUALA LUMPUR: Akibat tertekan pelbagai penyakit dialaminya, seorang lelaki berusia 69 tahun nekad mengakhiri penderitaannya bertindak luar kawalan dengan menikam dirinya dengan pisau, semalam.

Tindakan luar pertimbangannya itu mengundang padah apabila dia maut kira-kira jam 11.20 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, selepas hampir lima jam menerima rawatan.

Difahamkan, mangsa tertekan dengan penyakit terpaksa ditanggungnya iaitu Parkinson, darah tinggi, kencing manis dan rabun. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di Segambut di sini, semalam, lelaki terbabit yang mendiami bersama anak dan menantunya di flet berkenaan menikam tertusuk di perutnya.dirinya menggunakan pisau yang diambil daripada dapur rumah mereka.

Menurut sumber, mangsa bertindak demikian kerana tertekan dengan penyakit dialaminya dan bukan disebabkan masalah kewangan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, mangsa ditemui terbaring di kawasan kaki lima flet oleh saudaranya yang juga tinggal di kawasan sama dalam keadaan sebilah pisau “Saksi menghubungi ambulans sebelum memberitahu anak dan menantunya mengenai kejadian terbabit.

“Anak dan menantunya melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, ambulans tiba di tempat kejadian kurang 10 minit sebelum membawa mangsa ke HKL untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut Zakaria, mangsa bagaimanapun maut kira-kira jam 11.20 pagi, semalam selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tikamdiriakibatpenyakitkronik/Article

*******************************
Beberapa kes bunuh diri di Malaysia sebelum ini :

26 Mei 2010 - Gua Musang , Lelaki Kecewa Mati Tergantung
http://waghih.blogspot.com/2010/05/melayu-di-kelantan-pula-bunuh-diri.html

22 Mei 2010 - Kuala Terengganu , Gadis 17 Tahun Cuba Membunuh Diri
http://waghih.blogspot.com/2010/05/lagi-cubaan-bunuh-diri-di-terengganu.html

15 Mei 2010 - Kuala Terengganu , Seorang Lelaki Merempuh Cermin Tingkap Hospital Sebelum Terjun Dari Tingkat Tujuh
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rempuhkaca/Article

6 Mei 2010 - Kuala Terengganu , Lelaki Mati Tinggal Nota Untuk Isteri
http://waghih.blogspot.com/2010/05/melayu-bunuh-diri-di-terengganu-sebab.html

30 Apr 2010 - Kangar Bunuh Diri Malu Menganggur
http://waghih.blogspot.com/2010/04/bunuh-diri-malu-menganggur.html

26 April 2010 – Bachok , Lagi Murid Cuba Terjun Dari Bangunan Sekolah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/murid-11-tahun-cuba-bunuh-diri-di.html

23 Apr 2010 - Pontian , Shocked By Son’s Suicide Over Bike
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

23 Apr 2010 – Kangar , Pelajar Cuba Terjun Bangunan Sekolah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

6 Dis 2009 - Seremban , Polis Mati Tertembak Diri Sendiri
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

15 Dis 2004 - Seremban, The Officer In Charge Of The Paroi Police Station Was found dead with a gunshot wound in the chest in his office this morning.
http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-18248802_ITM

20100607

Mana POLIS, Mana JPJ di Senawang ?


MANA POLIS , MANA JPJ , MANA IBU BAPA ? Pemandangan pelajar sebuah sekolah di sini menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semakin berleluasa dan menjadi perkara biasa. Majoriti penduduk menyifatkan keadaan ini sebagai membahayakan pelajar dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa.

Artikel Pandu bawah umur, Melayu dah pekak, buta, bisu http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

*********************
TAK SAYANG NYAWA

IBU BAPA, SEKOLAH PERLU BENDUNG PELAJAR TAK PAKAI TOPI KELEDAR

Berita Harian 7 Jun 2010

SENAWANG: Pemandangan pelajar sebuah sekolah di sini menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semakin berleluasa dan menjadi perkara biasa walaupun mereka berisiko mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian kepala jika terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang di sini sepanjang minggu lalu mendapati kebanyakan pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

Sikap generasi muda ini juga mungkin hasil ‘didikan’ ibu bapa sendiri yang turut mengabaikan keselamatan apabila menghantar dan mengambil anak di sekolah dengan motosikal tanpa bertopi keledar.

Difahamkan antara punca keadaan ini berlaku adalah kerana mereka tinggal di kawasan perumahan berdekatan menyebabkan topi keledar dianggap sebagai menyusahkan sedangkan jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh. Ibu bapa juga tidak begitu mengambil berat terhadap pemakaian topi keledar, malah dianggap sebagai perkara kecil.

Bagaimanapun, majoriti penduduk menyifatkan keadaan ini sebagai membahayakan pelajar dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa.

Jamilah Osman, 55, berkata bilangan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah semakin ramai, tetapi kebanyakan mereka tidak mementingkan keselamatan diri.

Katanya, keadaan itu juga mungkin berlaku kerana faktor usia yang muda dan mungkin tidak mempunyai lesen memandu menyebabkan undang-undang jalan raya dipandang mudah.

“Saya juga menyalahkan sikap ambil mudah ibu bapa yang sepatutnya memastikan anak menggunakan topi keledar. Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana walaupun jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh,” katanya.

Beliau mencadangkan pihak sekolah mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak menggunakan topi keledar serta memastikan setiap pelajar terbabit mempunyai lesen memandu yang sah dan dilindungi insurans.

V Saravathi, 43, turut kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak menggunakan topi keledar kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada generasi muda, terutama anak mereka sendiri.

“Saya sering melihat ibu bapa membiarkan anak menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan mungkin juga tanpa lesen memandu.

“Malah, mereka sendiri tidak memakai topi keledar. Ini yang menyebabkan kebanyakan pelajar terbabit bersikap acuh tidak acuh untuk menggunakan topi keledar dan tidak peduli teguran pihak lain, termasuk guru kerana ibu bapa sendiri tidak marah atau menegur mereka,” katanya.

Katanya, ibu bapa terbabit tidak sepatutnya membiarkan perkara itu kerana pemakaian topi keledar bukan sekadar untuk mematuhi undang-undang tetapi menjaga keselamatan pengguna.

Pelajar, Nur Athirah Ibrahim, 16, berkata ramai rakannya menunggang motosikal ke sekolah tanpa memakai topi keledar kerana rumah berdekatan sekolah.

“Sekolah ini terletak di kawasan perumahan menyebabkan mereka malas memakai topi keledar. Saya tidak berani menegur kerana itu adalah hak masing-masing, tetapi ibu bapa dan sekolah perlu prihatin terhadap masalah ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dengan melakukan pemeriksaan mengejut serta menyaman pelajar terbabit serta mengadakan kempen penerangan di sekolah dari semasa ke semasa.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Taksayangnyawa/Article

Lagi keluhan rakyat kos lesen memandu


Kadar dikenakan bagi mendapatkan lesen memandu terlalu tinggi dan memberi kesan kepada penduduk khususnya berpendapatan rendah. Kesannya, ramai yang tidak berlesen akan menunggang motosikal dan memandu kereta.

Kisah sebelum ini Rakyat makin susah ambil lesen memandu di http://waghih.blogspot.com/2010/05/rakyat-makin-susah-ambil-lesen-memandu.html

**************************
KAJI KOS LESEN MEMANDU
Berita Harian 7 Jun 2010

SAYA mencadangkan supaya satu kajian menyeluruh dibuat mengenai kadar dikenakan bagi mendapatkan lesen memandu B2 dan D yang ketika ini terlalu tinggi dan memberi kesan kepada penduduk khususnya berpendapatan rendah.

Kesannya, ramai yang tidak berlesen akan menunggang motosikal dan memandu kereta. Kadar yang tinggi ini sebenarnya hanya menguntungkan pihak sekolah memandu saja.

Tingkatkan kualiti modul dan sukatan kurikulum sekolah memandu, nescaya yang lulus ialah pemilik lesen yang sememangnya layak dan bijak dalam selok belok pemanduan. Kesukaran mendapatkan lesen kerana kurikulum, tidak ada kaitan dengan kadar tinggi untuk lulus ujian.

Harap mendapat perhatian dalam permasalahan ini.

PAK SHEIKH,
Kulim, Kedah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajikoslesenmemandu/Article

Hutang Antara Punca Perceraian


Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian pada kalangan pasangan Islam. Masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

Analisis isu sebelum ini mengenai Krisis Buang Bayi dan Adat Perkahwinan Melayu di http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

**************************************
Hutang Antara Punca Perceraian

KANGAR, 7 Jun (Bernama) -- Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian pada kalangan pasangan Islam di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman berkata berasaskan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah kepada rumah tangga, katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini hari ini.

Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan tahun lepas.

Untuk tahun ini sehingga 15 Mei lepas, seramai 120 pasangan Islam telah bercerai di negeri ini, katanya.

"Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak-anak pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka yang telah berpisah," katanya.

Beliau berkata sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan bebas namun pada masa yang sama ikatan itu tidak harus dibubar dengan mudah.

Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 anak tidak sah taraf dilahirkan sepanjang tahun lepas.

Ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja kepada keluarga, tetapi masyarakat dan juga negara, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=503981

20100606

Seminar I Love U 15 Jun 2010


SEMINAR SUAMI ISTERI
Tajuk : I Love U

Tarikh : 15 Jun 2010 / Selasa
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah , Paroi , Seremban , N.Sembilan
Penceramah : Tuan Haji Hushim bin Salleh – Kaunselor dan Pakar Motivasi

Penyertaan adalah Percuma

Hubungi Cik Amiratun atau Puan Noraida
Tel : 06-7672451 , 06-7672452

Anjuran : JHEAINS dan Majlis Agama Islam N.Sembilan


BIODATA TUAN HAJI HUSHIM BIN HAJI SALLEH

Laman web http://hushimmotivational.blogspot.com/

Cr. Haji Hushim bin Haji Salleh
Kaunselor Berdaftar 00019
Perakuan Amalan 0007

Tarikh Lahir : 5 Ogos 1956
Tempat Lahir : Pasir Panjang, Kuala Terengganu
Kelulusan : Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UM
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM
Sijil Perguruan Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Pengalaman:
1978: Guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
1992: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Selangor
1997: Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pendidikan, UM
1999: Ketua Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, UM
2007: Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy

Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga dan perkahwinan serta bidang-bidang yang berkaitan dengan motivasi dan kaunseling.

Beliau aktif mengadakan program-program pembangunan insan dan juga ceramah-ceramah motivasi bagi sektor korporat, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta, peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), serta peringkat sekolah menengah dan rendah. Selain itu, beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah dalam program-program pendidikan keibubapaan dan juga program pasca perkahwinan.

Lagi keluhan rakyat kos tinggi ambil lesen kereta


HASRAT untuk menaikkan yuran memandu menjelang hujung tahun ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana, kita perlu melihat impak dan jangkaan pengguna sekiranya kadar itu dinaikkan. Pengguna akan rasa dibebani seterusnya akan menjadi penghalang kepada mereka daripada memiliki lesen memandu.

Kisah sebelum ini Rakyat Semakin Derita Kos Ambil Lesen Memandu Semakin Susah dan Mahal di http://waghih.blogspot.com/2010/05/rakyat-makin-susah-ambil-lesen-memandu.html

***********************
Kos tinggi belajar memandu halang hasrat miliki lesen

Berita Harian 5 Jun 2010

HASRAT untuk menaikkan yuran memandu menjelang hujung tahun ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana, kita perlu melihat impak dan jangkaan pengguna sekiranya kadar itu dinaikkan.

Pengguna akan rasa dibebani seterusnya akan menjadi penghalang kepada mereka daripada memiliki lesen memandu. Keadaan menjadi lebih buruk jika mereka mengambil keputusan memandu tanpa lesen sah. Hal ini hanya akan mengundang padah kepada mereka dan pemandu lain di jalan raya.

Langkah penggubalan semula kurikulum memandu yang tidak membabitkan kenaikan kos seperti sesi muhasabah diri dan penerapan pemanduan berhemah lebih efektif boleh difikirkan. Slot simulasi kemalangan seperti yang sudah dilaksanakan oleh beberapa negara mungkin mampu menimbulkan kesedaran kepada pemandu.

Kerajaan perlu menggalakkan pembuat kenderaan menukar sistem gear pemanduan manual kepada sistem gear automatik sepenuhnya.

Langkah mengubah sistem kenderaan ini ternyata lebih berkesan kerana selain mampu mengurangkan keletihan pemandu ketika memandu, ia juga mampu menghalang pemandu memandu dengan agresif di jalan raya.

Di negara maju, sistem pemanduan menggunakan gear manual tidak lagi relevan
kerana kebanyakan kenderaan menggunakan sistem gear automatik lebih mudah
dikendalikan dan selamat.

Saya menggesa agar perkara ini diberikan perhatian serius dan kajian mendalam seperti mendapatkan maklum balas pengguna boleh dilaksanakan terlebih dulu sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan.

ZULFAZLAN JUMRAH,
Bandar Tenggara, Johor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kostinggibelajarmemanduhalanghasratmilikilesen/Article

Motosikal terbakar ketika isi minyak


Pastikan enjin kereta dan motosikal dimatikan apabila mengisi minyak. Juga jangan guna telefon bimbit ketika mengisi minyak.

Artikel mengenai kes-kes kebakaran kereta dan panduan keselamatan pada pautan berikut : http://waghih.blogspot.com/2010/05/nak-tahu-punca-banyak-kereta-terbakar.html

********************
Nyaris maut motosikal terbakar

Harian Metro 5 Jun 2010

DUNGUN: Seorang remaja lelaki nyaris maut apabila motosikal jenis Yamaha RXZ miliknya hangus terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Paka, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa, Wan Hazwan Wan Fauzi, 18, hanya mengalami lecur di kaki selepas sempat melarikan diri daripada motosikalnya sebaik terlihat percikan api ketika mengisi petrol dalam keadaan enjin tidak dimatikan, kira-kira am 6 petang.

“Ketika pembantu pam mengisi minyak, tiba-tiba keluar percikan api. Saya terkejut lalu bingkas bangun dari tempat duduk motosikal dan lari menyelamatkan diri.

“Ketika itu api mula menyambar kaki seluar saya dan tidak lama kemudian motosikal itu hangus terbakar. Mujur saya dapat memadamkan seluar yang terbakar dan hanya melecur sedikit di kaki,” katanya ketika ditemui. Sementara itu, pembantu pam di stesen minyak berkenaan, Mohd Fauruz Zakaria, 19, berkata, api marak secara tiba-tiba dan dia segera menyelamatkan diri serta sempat menyelamatkan kereta seorang pelanggan yang turut mengisi minyak di pam bersebelahan.

“Saya sempat memadamkan api pada motosikal itu menggunakan alat pemadam api sebelum anggota bomba tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Pegawai Bomba Daerah, Zailani Hussin, berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan keselamatan ketika mengisi minyak dengan mematikan enjin bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautmotosikalterbakar/Article

20100605

Sekolah Malaysia macam ikan sardin


Tak tahulah politik di Malaysia ini. Kata semuanya perjuang nasib rakyat. Rakyat DiDahulukanlah , Pakatan Rakyatlah. Tapi jarang masalah sebenar rakyat di bincang di Dewan Rakyat. Sekarang ini masalah pelajar di kawasan bandar nak belajar , sekolah tak nak terima kerana kelas dah padat macam ikan sardin.

Dikhabarkan kepada saya ada sekolah di kawasan Seremban, Mantin dan Nilai tidak dapat menerima kemasukan pelajar kerana dah padat sekolah tersebut, sampai 50 orang satu kelas. Ada pelajar dah berminggu-minggu tak boleh daftar masuk sekolah kerana memang dah padat sangat kelas.

Apa ahli politik kerajaan dan pembangkang terlepas pandang ke isu ini ? Pelajar tersebut ialah rakyat kita, bukan rakyat asing. Pelajar tersebut ialah anak orang UMNO, anak orang PAS , anak orang PKR.

Takut sangat ke nak bincang isu macam ni dalam Dewan Rakyat atau DUN, atau sengaja tak nak ambil tahu ?

Sampai bila sekolah baru nak siap , sekolah yang sepatutnya dah lama siap, masih lagi menumpang di sekolah lain.

Tahun depan makin kritikal, akan berlaku banyak lagi limpahan pelajar.

Tak payahlah nak bincang isu Sekolah Berprestasi Tinggi ke , Sekolah Kluster ke , Sekolah Wawasan ke , Program Permata Pintar ke. Masalah kelas padat, sekolah tumpang, pelajar tak boleh daftar, pelajar dah sekolah menengah pun tak tahu menulis , membaca dan mengira , pelajar ponteng , pelajar sekolah rendah hisap rokok dan pelbagai lagi masalah lain. Selesaikanlah dulu masalah yang ini juga.

Berbalik kepada Sekolah Malaysia kelasnya dah jadi macam ikan sardin dalam tin.

Ambillah langkah segera , jangka pendek dan jangka panjang. Antaranya :

1. Pastikan pembinaan sekolah baru yang dirancang ikut jadual.
2. Tambah pembinaan sekolah baru
3. Galakkan ibu bapa tinggal di kawasan kampung, luar bandar, kawasan Felda di mana sekolah tidak padat.
4. Galakkan pelajar tinggal bersama datuk dan nenek di kampung dan luar bandar yang sekolahnya tidak padat, atau tinggal di asrama luar bandar
5. Sewa premis kedai untuk bangunan sementara sekolah, terutama premis kedai yang terbengkalai yang cukai pintu dah lama tak bayar.
6. Memberi subsidi, insentif dan sebagainya kepada sekolah swasta sedia ada dan sekolah swasta yang akan dibuka
7. Mengadakan pengajian on line kepada pelajar yang menunggu untuk ditempatkan ke mana-mana sekolah.

Kisah sebelum ini sekolah di Johor tak siap-siap sejak tahun 2004 di http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

Kisah sebelum ini Guru baiki kelas duit sendiri, kerajaan tak de duit di http://waghih.blogspot.com/2010/02/guru-baiki-kelas-duit-sendiri-kerajaan.html

Ceramah Palestin 5 Jun Senawang

Ceramah Isu Semasa di Palestin
Tarikh : 5 Jun 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height , Senawang
Penceramah : Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif NS

Semua dijemput hadir

Halal Mart di Tampin Negeri Sembilan


Halal Mart - FI Food Industries
Halal and Thoyyibah Shoppe
Fahmi Ibrahim Food Industries (MA 0144143-V)
A-14/1, Tingkat 1, Blok A, Pusat Perniagaan Tampin Square (berhadapan kedai D'Mara Tampin)
73000 Tampin, Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di http://tampin-halalmart.blogspot.com/

20100603

Nak lawan israel tapi kubur tak boleh jaga


Macam mana kita nak menyaingi pengganas zionis israel kalau orang kita sendiri usahkan nak jaga kedaulatan negara, nak jaga kubur pun tak terjaga. Kubur semak samun. Kalau kubur dalam hutan tu tak apalah. Ini kubur tepi jalan utama berhampiran bandar dan tempat pelancongan.

Tak percaya baca artikel berikut : Kubur pun orang Melayu tak boleh jaga
http://waghih.blogspot.com/2010/05/kubur-pun-orang-melayu-tak-boleh-jaga.html

Kalau kita hendak menyaingi zionis israel , kita perlukan rakyat yang tiada sifat wahan seperti berikut http://waghih.blogspot.com/2010/06/cara-mudah-untuk-tewaskan-zionis-israel.html

Kalau kita hendak menyaingi zionis israel , kita juga perlu mempunyai pemimpin yang mempunyai sifat berikut http://waghih.blogspot.com/2009/12/siapa-sultan-yang-miskin-dan-tak-bayar.html

Agaknya kalau orang kitalah yang mendiami Gaza dan Palestin dah lama dah Gaza dan Palestin itu sepenuhnya didiami oleh zionis israel.

Kita hanya sekadar Pungguk Merindukan Bulan kalau kita tidak berubah.

Berita Baik, Pusat Kaunseling Wanita Percuma


Pusat Khidmat Kaunseling Wanita (PELITA) DUN Paroi telah mula beroperasi

Mula operasi pada 29 Mei 2010
Dibuka setiap hari Sabtu dari jam 3 petang hingga jam 5 petang
Di atas Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya, Senawang

Perkhidmatan adalah Percuma

Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dapat dikongsi bersama bebanan masalah wanita yang ditanggung terutamanya dikalangan ibu tunggal , ibu tinggal , remaja perempuan , remaja terlanjur dan sebagainya.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2010/06/pusat-khidmat-kaunseling-wanita-mula.html

20100602

Cara mudah untuk tewaskan zionis israel


Rasulullah saw telah memberikan kepada kita satu formula yang amat mudah untuk menewaskan rejim pengganas zionis israel.

Formulanya ialah ZERO W1H1N. Iaitu jangan ada sifat wahan dalam diri kita.

Sikap yang perlu ada dalam diri kita untuk menewaskan zionis israel ialah : Cintakan Akhirat dan Rindukan Kematian.

Sabda Rasulullah s.a.w. “ Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Kisah sebelum ini umat Melayu dilanda virus W1H1N di http://waghih.blogspot.com/2010/01/melayu-dilanda-virus-w1h1n-lebih-bahaya.html

Perokok Malaysia lagi bijak dari jurutera kereta


Para jurutera kereta puas memerah otak mereka bagaimana untuk mencipta bekas habuk rokok dalam kereta. Tengoklah sendiri , semua kereta mesti ada bekas habuk rokok dalam kereta. Tapi ada segelintir perokok di Malaysia merasakan diri mereka lebih pandai daripada jurutera otomotif.

Perokok di Malaysia merasakan tempat habuk rokok adalah tidak sesuai diletak dalam kereta. Oleh itu mereka lebih gemar membuang puntung rokok ikut tingkap.

Rasanya elok kita cadangkan Proton dan Perodua untuk kereta pasaran di Malaysia tak perlu ada tempat habuk rokok. Kalau nak buat juga , mereka kena cipta bekas habuk rokok diluar tingkap.


Kesedaran sivik rakyat Malaysia adalah begitu rendah sekali. Tak payah cakaplah pasal Wawasan 2020 ke , Permata Pintar ke , PLKN ke , Melayu Glokal ke, Angkasawan ke, Sukhoi ke, Kapal Selam ke, sedangkan kita di kelilingi masyarakat yang pengotor yang semakin hilang semangat bergotong royong dan semangat kejiranan.

Bukan perokok sahaja bersikap demikian, kanak-kanak sekolah pun buang plastik makanan dari tingkap bas sekolah, wanita buang tisu dari tingkap kereta.

Tepi jalan adalah merupakan tapak pelupusan sampah kegemaran masyarakat kita.

Bukan pemilik kereta kancil yang tak ada kesedaran sivik, yang bawa Mercedes pun sama sikap mereka.

Kisah sebelum ini betapa tidak adanya kesedaran sivik masyarakat kita :

NAK TENGOK BETAPA PENGOTOR ORANG MALAYSIA ?
http://waghih.blogspot.com/2009/08/nak-tengok-betapa-pengotor-orang.html

KALAU CAMNI , MALU JADI RAKYAT MALAYSIA
http://waghih.blogspot.com/2008/12/kalau-camni-malu-jadi-rakyat-malaysia.html

MENTERI BESAR AKUI ORANG MALAYSIA PENGOTOR
http://waghih.blogspot.com/2008/09/menteri-besar-akui-orang-seremban.html

Askar Prebet pun derma RM 50


Di surau kami ada seorang askar , sudah berkeluarga, ada beberapa orang anak , isteri bekerja sebagai guru tadika. Dia ni berpangkat Prebet saja , rasanya dah naik pangkat Lans Koperal. Walaupun dah lama berkhidmat dia tak kisah kalau tak naik pangkat. Dia bersyukur dengan apa yang ada.

Apabila ada program di surau dia nilah yang mula-mula hulur sumbangan. Bukan seringgit dua, tapi RM 50. Terkedu-kedu saya terima sumbangan derma RM 50 dari seorang yang hanya berpangkat bawahan dalam tentera.

Bila surau kami buat solat hajat untuk keselamatan sukarelawan dan penduduk di Gaza, dia yang mula-mula sekali hulur sumbangan RM 50 untuk buat jamuan lepas solat hajat.

Walaupun dia hanya seorang prebet, jiwanya kaya. Apa yang membuat saya lagi terkedu ialah dia sanggup berjimat cermat untuk menghantar anaknya ke sekolah rendah agama swasta, kerana di Malaysia semua sekolah rendah agama ialah milik swasta.

Oleh itu janganlah kita memandang rendah, atau buat tak endah sahaja orang peringkat bawahan ini, mereka yang kerja kutip sampah, tukang kebun dan sebagainya.

Mereka ini lebih dekat kepada Allah apabila mereka adalah dikalangan orang yang bersyukur.

Mereka ini lebih mulia di sisi Allah daripada kita.

Marilah kita bersama mengubati penyakit wahan yang ada dalam diri kita.

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak kanak


Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak-kanak, Kata Pakar

MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) -- Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=502911

Solat Hajat Perdana GAZA 3 Jun Seremban

SOLAT HAJAT PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO dan Selamatkan GAZA
Tarikh : 3 Jun 2010 / Khamis
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban

Turutkan diadakan taklimat oleh wakil NGO Palestin

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran :
PAS Cawangan Taman Tasik Jaya dan Urusan Ulamak PAS Kawasan Rembau

20100601

Balai Polis berhantu di Malaysia


Buaya adalah makhluk Allah. Hantu juga adalah makhluk Allah. Sepatutnya manusia mesti teramat takut kepada pencipta buaya dan hantu iaitu Allah swt berbanding dengan buaya dan hantu. Cumanya takkan sengaja kita nak menempah kecelakaan dengan berenang di lubuk buaya atau tinggal di kediaman hantu. Mohonlah pertolongan Allah bila berhadapan dengan buaya dan hantu.

Pernah menjelang maghrib saya memandu kereta di Terengganu , terbang seekor ayam jantan melintas kereta. Berdentum kuat bunyi kereta, tengok ayam tadi terus terbang tak mati atau cedera. Depan kereta saya remuk , gril dan bonet besi kemek.

Juga pernah menjelang maghrib ketika memandu di Rembau , seekor anjing melintas jalan , berdentum kuat bawah kereta saya langgar. Anjing tu selamba sahaja berlari tanpa sebarang kecedaraan. Mujur tiada kerosakan pada bawah kereta.

Pernah suatu malam isteri saya mengadu kehilangan surat amat penting nak serah di pejabat keesokan hari, walhal sebelum ini memang ada atas meja, tiada sesiapa yang usik. Tanya semua anak , mereka semua tak tahu. Tak apalah , berdoa sahaja pada Allah. Keesokan pagi , surat yang hilang tadi puas cari satu rumah sampai dalam tong sampah, tengok dah ada elok atas meja. Tanya semua tak tahu macamana surat dah menjelma semula. Syaitan paling suka melaga-lagakan manusia, terutama pasangan suami isteri.

Dulu di rumah selalu dengar budak-budak main guli kat tingkat atas. Ingatkan anak jiran sebelah main. Jiran sebelah pula ingat anak kita yang main guli. Rupanya makhluk lain yang main guli. Sekarang dah tak ada dah.

Apa-apa pun mohonlah pertolongan Allah, kerana Allah yang mencipta semua makhluk di dunia ini. Yang penting sembahyang fardu mesti ditunaikan 5 waktu sehari semalam, yang lelaki sebaiknya berjemaah di masjid atau surau.

Ada satu perkara kita patut takut, iaitu takut mati, bekalan akhirat tak cukup. Setiap 20 minit malaikat maut akan ziarah setiap seorang daripada kita, tengok dah sampai masa atau belum nak cabut nyawa kita.

Kisah Lebuhraya Kajang Seremban ada Hantu ? di http://waghih.blogspot.com/2010/05/lebuhraya-kajang-seremban-ada-hantu.html

********************
KELIBAT BUDAK BERMAIN AIR

Harian Metro 1 Jun 2010

BETONG , Sarawak : Jelmaan lembaga berbaju putih dengan berambut panjang dipercayai pontianak bukan saja menganggu anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, malah tahanan lokap turut menerima nasib sama.

Lembaga berkenaan dikatakan ‘menjaga’ salah satu lokap berkenaan dan seringkali menjelma di setiap sudut menyebabkan tahanan tidak lena tidur.

Menurut sumber, seorang ustaz dipanggil untuk ‘merawat’ lokasi berkenaan kerana sering menerima gangguan daripada lembaga itu.

“Ustaz itu memberitahu, salah satu lokap memang tempat lembaga itu dibunuh. Sebab itulah, ‘dia’ sering mengganggu tahanan yang ditempatkan di situ,” katanya.


Tambah sumber itu lagi, beberapa anggota polis yang bertugas pada waktu malam turut melihat kelibat dua hingga tiga kanak-kanak berlari dalam bangunan itu.

“Pernah seorang anggota terserempak dengan dua kanak-kanak sedang berlari dan bermain air. Pada keesokan harinya dia mendapati kawasan berkenaan basah,” katanya.

Katanya, gangguan seumpama itu tidak asing bagi anggota dan pegawai IPD berkenaan, malah ketika berada di bangunan lama, mereka turut mengalaminya “Memang ada gangguan ketika IPD lama, tapi ia tidak sehebat di sini. Malah suatu ketika, macam-macam bunyi yang meremangkan bulu roma dapat dengar,” katanya.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga anggota dari IPD Betong hampir trauma selepas didakwa diganggu makhluk berbaju putih serta rambut panjang sejak sebulan lalu.

Peristiwa ini berlaku sehari selepas IPD berkenaan dipindahkan ke bangunan baru kira-kira dua kilometer dari bangunan lama.

Kejadian bersiri itu berlarutan dan kali terakhir Jumaat lalu memaksa seorang ustaz dipanggil untuk ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

Bacaan al-Quran tak henti BETONG: Sejak gangguan makhluk halus semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergema dengan bacaan ayat suci al-Quran setiap hari.

Bermula jam 7 malam hingga 7 pagi, bangunan IPD berkenaan tidak pernah henti walaupun seminit daripada bacaan ayat kitab suci itu menggunakan rakaman kaset bertujuan menjauhi gangguan berkenaan.

Seorang anggota yang pernah mengalami gangguan makhluk halus itu, berkata bangunan IPD berkenaan akan bergema dengan bacaan ayat al-Quran bagi menghilangkan ketakutan kepada anggota.

“Inilah ikhtiar yang kami lakukan sejak mengalami perkara itu. Malah, pegawai atasan turut mengadakan majlis tahlil pada setiap Jumaat dengan harapan dapat mengelakkan daripada diganggu.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada program seperti ini. Pihak kami berusaha untuk memastikan gangguan yang dialami sejak sebulan lalu, tidak berlaku lagi,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri akan mengambil wuduk jika bertugas waktu malam selain membaca yasin.

“Seorang ustaz pernah memberitahu bangunan itu sudah ‘dipagar’ tapi, masih mengalami gangguan ini.

“Ini kerana, kami dimaklumkan ustaz berkenaan, bangunan itu sudah menjadi ‘hak milik’ lembaga berkenaan sejak mula dibina,” katanya.

Katanya, tapak pembinaan bangunan berkenaan dibina di atas kawasan yang didiami makhluk halus sehingga menyebabkan ia marah dan mengganggu warga kerja IPD berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelibatbudakbermainair/Article

Kitab Adab Merokok ada 13 Rukun


Ada ke kitab adab merokok ? Entah

Orang kalau dah ketagih merokok memang susah nak berhenti. Mungkin elok dicadangkan JAKIM mengeluarkan Kitab Adab Merokok Menurut Islam.

Adakah Adab Merokok Menurut Islam seperti di bawah ?

1. Basuh kedua-dua belah tangan dan basuh mulut terlebih dahulu.
2. Ambil rokok dengan tangan kanan
3. Nyalakan api rokok dengan tangan kanan
4. Sebelum sedutan pertama bacalah Bismillah
5. Pastikan orang sekeliling kita adalah kaki rokok
6. Elakkan merokok berhampiran orang yang tidak merokok
7. Elakkan merokok di hadapan kanak-kanak , pelajar sekolah , wanita dan warga emas.
8. Merokoklah di tempat yang terbuka yang ada sistem pengudaraan yang cukup
9. Baca zikir, istighfar dan doa panjang umur sambil merokok secara lisan atau dalam hati
10. Selepas habis merokok ucapkanlah Alhamdulillah
11. Buang puntung rokok dalam bekas habuk rokok , kalau sedang memandu kereta buang dalam bekas habuk rokok yang ada di dalam kereta.
12. Digalakkan berkumur-kumur atau berus gigi selepas menghisap rokok
13. Digalakkan memakai wangi-wangian pada badan untuk mengelakkan bau kurang senang apabila berada berhampiran mereka yang tidak menghisap rokok

Ceramah Bebas Tawanan 4 Jun Senawang


CERAMAH PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO , Selamatkan GAZA
Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Penceramah :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Wakil-wakil NGO

Semua Dijemput Hadir

Salahudin Ayub di Seremban 8 Jun 2010

CERAMAH UMUM
Tarikh : 8 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan , Seremban (sebelah Sek Agama Rakyat)

Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Ahli Parlimen Kelantan
Zulkefly Mohd Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Loke , Ahli Parlimen Rasah

Semua dijemput hadir