KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121231

Mahalnya wang hantaran, sampai pinjam Along, akhirnya cerai berai


Sinar 31 Dis 2012 - RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata. Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan.

Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.

“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.
“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri beliau.

20121230

Bersama Aqsa Syarif di Rembau


Calon Wakil Rakyat N9 mesti mahir Adat Perpatih


Malam tadi saya berceramah bersama YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan) di Kg Baru Chengkau Ulu, Rembau. Pertama kali saya di atas pentas bersama Dato Kamarul.

Dalam ceramahnya Dato Kamarul begitu prihatin akan nasib dan hala tuju nasib orang Rembau khususnya kaum wanita serta masalah tanah adat yang terbiar. Formula menangani tanah terbiar ini menurut Dato Kamarul begitu mudah, jika sejak beratus-ratus tahun dari tahun awal tahun 1500an hingga 1957 Dato Undang, Dato Lembaga Adat, Buapa, Perut, Anak Buah menguruskan Rembau dan N.Sembilan ini tidak ada masalah tanah terbiar, kenapa selepas tahun 1957 apabila peranan dan kuasa Dato Undang hingga ke Anak Buah ini telah banyak berkurangan dan peranan Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, JKKK, Ketua Kamppung dan sebagainya tidak dapat menangani masalah tanah terbiar dan ianya semakin teruk saban tahun.

Dato Kamarul berkata puncanya menguruskan tanah adat ini tidak menguntungkan sesuatu pihak. Walhal pengurusan tanah adat ini adalah amat perlu untuk membela kaum wanita serta anak-anak buah yang lelaki.

Dato Kamarul berkata Pakatan Rakyat N.Sembilan begitu komited untuk mempastikan kuasa pentadbiran tanah adat ini diberi sepenuhnya kuasa kepada orang-orang adat, bukan orang politik.

Dalam sejarah tercatat bahawa Undang Rembau , Undang Dato Abdullah bin Hj Dahan telah mengamalkan sistem pengukuhan kuasa adat ini dengan mempastikan Residen British mahir selok belok adat perpatih, begitu juga dengan Pegawai Daerah hanya dilantik dari kalangan mereka yang mahir serta menghormati adat perpatih.

Apabila seorang pemimpin seperti Dato Kamarul menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pengukuhan adat perpatih untuk melindungi kaum wanita serta anak-anak buah lelaki, maka calon-calon wakil rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat di N.Sembilan juga perlu mahir dalam sistem adat ini termasuk dari DAP.

400 tahun dahulu kaum Cina amat menghormati adat perpatih, sehinggakan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, kaum Cina telah beralih arah dengan tidak lagi melakukan perniagaan di pelabuhan Melaka dengan membayar cukai kepada Portugis sebaliknya menubuhkan pusat perniaagaan di pelabuhan Rembau di Lubuk Cina yang ditadbir oleh anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zain al Abidin dengan gelaran Dato Lubok Cina.

Kepada bakal-bakal calon dari Pakatan Rakyat yang akan bertanding di peringkat DUN atau Parlimen, mahirkan diri dengan Adat Perpatih. Dan bersyukurlah banyak-banyak jika kalian tidak dilantik sebagai calon kerana jika menang ianya adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul yang perlu kita jawab di akhirat nanti.

Sebelum ceramah saya tunjukkan kepada Dato Kamarul carta asal usul suku-suku di Rembau. Saya tanya Dato termasuk dalam suku mana, Dato Kamarul tunjuk pada Suku Biduanda Lela Maharaja waris Gadong. Kiranya saya dengan Dato ni satu suku tapi lain waris, suku 50 % orang Jakun. Kalau Suku Biduanda Sedia Raja 25% orang Jakun.


Antara remaja Hindu dan remaja Melayu


Malam tadi selepas ceramah di Kg Baru Chengkau Ulu dalam perjalanan pulang ke Seremban bersama anak saya, kami lalu di sebuah Kuil Hindu yang terletak di tepi jalan Utama Rembau-Seremban berhampiran Wet World Pedas. Waktu pada itu ialah 12.40 pagi baru melepasi tengah malam minggu 30 Dis 2012. Dari jauh saya tengok suasana terang, kemudian apabila menghampiri beberapa anggota Rela sedang mengawal lalu lintas.

Saya tengok suasana kuil terang benderang, ramai penganut Hindu termasuk kanak-kanak, perempuan dan remaja sedang melakukan upacara keagamaan. Tak pernah lagi saya tengok suasana sebegini di masjid di Malaysia dengan kemudahan yang serba canggih, harga berpuluh juta, ada lampu chandeliar, ada penghawa dingin, ada projektor untuk dengar khutbah yang dibaca menggunakan teks yang sama seluruh Malaysia, tapi tidak dapat menarik umat Islam untuk berqiamullail terutama remaja Melayu.

Kemudian saya terus memandu, sesampainya di Sg Gadut, kami perhatikan remaja Melayu bermotosikal hampir 10 motosikal , melakukan aksi wheelie apabila memotong kenderaan Viva saya.

Kesian, sedih saya tengok, remaja Melayu yang ada Al Quran, ada Allah , ada Nabi Muhammad saw, ada masjid yang hebat-hebat bernilai berjuta-juta ringgit tidak dapat mengecapi keindahan iman dan Islam. Sebaliknya remaja Hindu yang tiada Al Quran, tiada Allah, tiada Nabi melakukan acara keagamaam di rumah ibadah mereka yang dibina ala kadar, tiada peruntukan berjuta-juta ringgit, tiada penghawa dingin tiada lampu chandeliar.

Di mana silapnya? Sebelum nak salah kan orang lain, tanya diri kita sendiri dulu, adakah kita mengajak anak bini kita ke masjid, mengimarahkan masjid?


Premis judi internet tidak dapat dibendung hanya dengan serbuan


Semalam apabila saya membeli beberapa keperluan untuk membuat tiang gol untuk kegunaan remaja setempat saya berborak seketika dengan seorang lelaki Melayu yang bertugas sebagai Tonto merangkap Pengawal Keselamatan yang sedang menjaga kedai judi internet di sebelah kedai berkenaan.

Saya tanya pada lelaki tadi, jaga kedai ni ke, dia macam keberatan nak jawab. Saya kata pada dia serbuan semata-mata tak akan dapat selesaikan masalah kedai judi internet yang tumbuh macam cendawan ini. Pokoknya ialah diri sendiri, buatlah beberapa banyak serbuan sekali pun, ianya akan tumbuh semula macam cendawan, kerana semua pihak terlibat dalam judi internet ini.

Lelaki tadi dalam keberatan bersetuju bahawa ianya berbalik kepada hati, kepada iman. Malangnya penguatkuasa kita, polis kita, orang Melayu kita jarang diterapkan dengan iman, sebelum mula kerja tidak ramai ketua jabatan mengingatkan anak buah supaya menjaga solat, tidak mengambil rasuah, tidak menyalah guna kuasa dan sebagainya.

Justeru itu dalam usaha untuk membanteras judi internet ini apa kata kita tambah pendekatan baru di samping serbuan. Apa kata dalam tempoh sebulan pihak polis, pihak penguatkuasa PBT, pihak Majlis Agama pergi ke pusat-pusat judi ini bawa risalah keburukan judi dan beri ceramah dan kaunseling kepada pengunjung kedai judi internet ini. Katakan kepada mereka, mereka tidak akan kaya dengan judi, tidak akan bawa ketenangan dengan judi. Baliklah rumah jaga anak bini, dah tua nanti siapa nak jaga? Pergilah masjid selalu, dalam kubur nanti siapa nak jaga?

Berilah kebebasan kepada khatib untuk menyediakan teks khutbah mereka sendiri, kerana hanya khatib setempat yang tahu apa masalah di sekeliling mereka. Masalah sekeliling mereka ialah ramai lelaki abai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bermain judi, tapi teks khutbah cerita pasal kebaikan mengurangkan gula dalam minuman.

20121228

Jasa ibu Datin Seri Rosmah Mansor


Sebelum keluar rumah nak pergi kerja, saya sempat berbual dengan ibu (mak) saya. Saya tanya mak masa dia sekolah di Kg Tanjung, Kota dalam daerah Rembau betul ke sekolah tu untuk perempuan saja. Emak saya kata ya.

Saya kata, sekolah Kg Tanjung ialah sekolah pertama khusus untuk perempuan Melayu yang dibina atas inisiatif Undang Rembau yang ke 18 iaitu Undang Dato Abdullah Hj Dahan pada tahun 1923.

Saya kata emak Rosmah (Datin Seri Rosmah) dulu cikgu mak ke? Mak saya kata, ya, emak Rosmah tu dia panggil Cikgu Fatimah, amat baik orangnya , lemah lembut. Cikgu Rosmah adalah Guru Besar Sekolah Tanjung masa tu tambah mak lagi.

Bapa Rosmah mak kenal ke? Mak saya kata bapa Rosmah, Cikgu Mansor tu orang Chengkau, segak dan bergaya orangnya.

Saya tanya lagi, emak kenal ke Rosmah. Emak saya kata Rosmah masa tu kecil lagi, masih belum bersekolah, tapi emak saya masih ingat paras rupa Rosmah pada ketika itu.

Rupa-rupanya almarhum Cikgu Fatimah pernah mengajar dan menjadi guru besar di sekolah pertama khusus untuk perempuan Melayu di Negeri Sembilan ini.

Rembau banyak menyimpan sejarah. Cuba-cubalah berborak dengan ibu bapa kita, jika mereka masih hidup lagi, banyak yang boleh dipelajari.

Kalau ibu bapa kita sudah tiada, jadilah kita anak yang soleh dan solehah, kerana hanya anak yang soleh dan solehah menjadi penerang cahaya untuk mereka di dalam kubur.

20121227

Sedih, ramai pemuda Melayu tak sayang bangsa sendiri


Tak kenal maka tak cinta, mudah saja. Tak kenal Islam, maka tak cinta Islam. Tak kenal Allah, maka tak cinta Allah. Tak kenal bangsa sendiri, kalau orang Melayu, tak cinta bangsa sendiri. Untuk orang Negeri Sembilan pula, khususnya orang Rembau, kalau tak kenal suku, maknanya tak cinta bangsa dan tanahair sendiri.

Lepas solat Maghrib sebentar tadi di Masjid Kg Bongek yang imamny anak almarhum Tuan Guru Hj Mohd Yatim (ulama terkenal di daerah Rembau), saya singgah di satu-satunya gerai burger di pekan Chengkau.

Peniaga burger tadi namanya gelarannya Aboi atau Botak, asal Mampong, kini menetap di RR Chengkau. Seorang pemuda yang sentiasa tersenyum kalau ditegur, burgernya pun sedap dengan harga yang telalu amat berpatutan. Kemudian ada pula seorang pemuda yang memakai t-shirt merah berlogokan Umno, Syafiq namanya dari Nerasau yang menemankan Aboi.

Sah dua-dua pemuda ini orang Rembau. Saya tanyalah kedua-dua pemuda tadi mereka dari suku mana. Mereka kata tak tahu, dan tak pernah ambil tahu.

Lalu saya ceritakanlah kepada mereka sejarah Rembau, Undang Rembau dan suku-suku di Rembau. Saya ceritakan kepada mereka tentera penjajah Portugis amat takut bertempur dengan tentera Rembau. Sultan Melaka yang terakhir juga mengambil perlindungan di Rembau selepas kejatuhan Melaka. Kemudian saya ceritakan pula antara Undang Rembau yang paling hebat ialah Undang Dato Abdullah, yang pemikiran Dato Abdullah ini masih tidak dapat ditandingi di era moden ini. Dato Abdullah telah mendirikan sekolah perempuan yang pertama di Kg Tanjung pada tahun 1928.

Undang Rembau jugalah dengan sahabat karibnya Sir Raja Chulan dengan Yamtuan dan Sultan Perak telah menubuhkan Askar Melayu.

Tercengang kedua-dua pemuda tadi yang tidak pernah didengarkan mengenai sejarah Rembau sebelum ini.

Lalu pemuda tadi kata, karang balik rumah nanti nak tanya emak dia , dia suku apa. Bangga sungguh mereka bahawa orang Rembau ini tidak kurang hebatnya di mata glokal.

Antara uniknya adat Rembau ini ialah ianya menghidupkan sunnah Nabi yang tidak terdapat pada bangsa lain, iaitu mengekalkan nasab ibu, sepertimana nasab cucu Nabi saw , Saidina Hasan dan Husin melalui ibunya Saidatina Fatimah ra.

Jangan malu mengaku orang Rembau dan jangan merendahkan bangsa lain.

20121226

Pejuang negara yang dilupakan oleh semua pihak



Saya merasa amat sedih, ramai antara kita orang Melayu tidak kenal siapa dia Dato Abdullah bin Hj Dahan yang merupakan tokoh bangsa yang begitu hebat sekali, di mana cadangan, idea, pandangan dan gerak kerja beliau masih belum dapat ditandingi oleh sesiapa pun hingga ke hari ini. Orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau , kalau hendak berjaya , perlu contohi Dato Abdullah bin Hj Dahan

Dato Abdullah bin Hj Dahan telah dilantik sebagai Undang Rembau dari 1922 hinga 1938. Beliau belajar di  Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia.

Dato Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.

Penulisan British ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai kesungguhan tinggi.

Perjuangan Dato Abdullah adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis persidangan.

Dato Abdullah adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional.

Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan dia banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu.

Dato Abdullah juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh setempat.

Dato Abdullah juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.

Dalam tahun 1933 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Almarhum Undang Rembau, Dato Abdullah bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu.

KEPERIBADIAN DAN JASA-JASA DATO ABDULLAH

Beliau adakalanya berjalan kaki ke balai Undang dari rumah beliau di Chembong sejauh 2 km, beliau sampai awal pagi ke pejabat sebelum pekerja lain sampai.

Beliau suka melihat susunan pejabat yang kemas, rapi dan teratur.

Beliau menyuarakan supaya Adat Perpatih dibukukan dan demi kepentingan rakyat Rembau pemilihan Dato Lembaga itu hendaklah dari kalangan yang terbaik, berilmu dan bertanggungjawab.

Beliau menyarankan agar kehadiran kanak-kanak perempuan ke sekolah diwajibkan, sebuah sekolah perempuan Melayu dibina di Kg Tanjung pada tahun 1923.

Kemudioan Sekolah Perempuan Kg Chembong ditubuhkan pada tahun 1933.

Sekolah pertukangan (trade school) didirikan berhampiran pekan Rembau pada tahun 1933 atas inisiatif beliau.

Pada tahun 1920 beliau menubuhkan tabung untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran untuk anak Rembau ke institut pengajian tinggi yang dikenalil sebagai Waris Fund.

Pada tahun 1932 beliau menulis panjang lebar mengenai Syarikat Kerjasama, Tujuan dan Kewajipan Syarikat, Cara Mentadbir dan membangunkannya serta Harta-harta Syarikat dan Hak-hak Ahli.

Beliau mencari peruntukan membina masjid Kg Chembong 1928

Beliau mendesak mutu pelajaran Inggeris di sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah King George V harus ditingkatkan

Beliau menyuarakan ketidakseimbangan antara bilangan anak-anak atau saudara mara pembesar, raja dan waris negeri yang diberi peluang belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar

Beliau mencadangkan agar seorang guru Melayu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar supaya murid-murid di Kolej itu dapat pengajaran bahasa Melayu yang bermutu tinggi.

Dato Abdullah mahukan agar murid-murid Melayu di Sekolah King George V Seremban diberi peluang memasuki kelas Junior Cambridge dan seterusnya mengambil peperiksaan Junior Cambridge.

Dato Abdullah menyarankan kerajaan perlu memberi bantuan dari segala segi kepada orang Melayu memandangkan kemunduran ekonomi pertanian orang-orang Melayu. Salah satu dari bantuan yang diberi harus berupa pembinaan taliair yang sesuai.

Syarikat kerjasama harus didirikan untuk menghindar kemasukan peminjam-peminjam wang yang dianggap membahayakan ekonomi orang-orang Melayu di kampung.

Mencadangkan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu untuk melindungi tanah orang Melayu yang telah banyak jatuh ke tangan bangsa asing.

Dalam tahun 1927, merayu agar kerajaan menambah jumlah Tanah Simpanan Melayu hingga boleh menguruskan perjalanan estes-estet yang lebih luas (konsep tanah rancangan FELDA).

Mendesak lebih ramai pegawai Melayu dimasukkan ke semua Jabatan Kerajaan seperti Perbendaharaan, Perdagangan, Kastam dan Jabatan Kehutanan.

Cuba merubah kedudukan Dato-Dato Lembaga dengan menjadikan mereka yang berpendidikan dan berperibadi tinggi , penghulu mukim.

Menasihat Dato-Dato Lembaga supaya merubah sikap mementingkan diri serta rasuah. Kalau tidak juga mahu berubah, beliau mencadangkan Dato-Dato Lembaga itu meletakkan jawatan sahaja.

Mendapat persetujuan Dato-Dato Lembaga agar harta carian dibahagi mengikut Islam.

Semasa menasihati Dato-Dato Lembaga, bercadang menghapuskan sistem suku di Rembau seandainya Dato-Dato yang korup itu tidak mahu mengubah pendirian.

Indahnya masjid tanpa politik sempit



Sempena cuti hari Krismas 25 Dis 2012, Masjid Jamek Tanah Datar, Chengkau yang terletak di tepi jalan utama Rembau-Tampin telah mengadakan program ceramah dan majlis tahlil perdana.

Kehadiran masyarakat setempat dan yang dari luar kariah adalah cukup luar biasa. Walaupun tiada bendera Umno, PAS, PKR serta BN digantung di sekitar pagar masjid, penduduk setempat datang membawa anak-anak, isteri, tok serta wan.

Antara yang hadir ialah Bekas wakil raykat Datuk Zaharudin Mohd Shariff yang menjadi ADUN Kota (Umno) dari tahun 1999-2004, Imam Masjid Gadong Cikgu Rahman, beberapa Dato Adat, Ustaz Muzni bin Borhan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Rembau, Sdr Nazree Yunus Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan, Sdr Izamri Pengarah AMAL N.Sembilan, saya selaku Yang Dipertua PAS Rembau dan juga wakil Aqsa Syarif N.Sembilan Sdr Hasri Wazir yang mengadakan pameran Palestin. Malahan sahabat lama saya semasa MISG US dulu pun ada, iaitu Sdr Husna Abd Shukor yang dah bertahun-tahun tak berjumpa.

Tiada sebarang ucapan dari pemimpin politik dari parti mana sekali pun dalam masjid tersebut sepanjang program. Pengerusi Majlis , Cikgu Taufek terus mempersilakan Ustaz Muzni untuk mengetuai majlis tahlil perdana, dan selepas itu terus dengan ceramah oleh penceramah terkenal Astro Oasis, Kapten (B) Dzulkarnain Hamzah.

Jemaah yang hadir terutama kaum wanita amat begitu tertarik dengan mesej yang disampaikan oleh penceramah yang berkisarkan kehidupan manusia dari alam roh hingga alam akhirat. Berulang-ulang kali Ustaz Kapten (B) Dzulkarnain Hamzah mengingatkan jemaah iaitu kita hidup di dunia ini mestilah sentiasa hidup mengikut syariat Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Tidak disentuh bab wasatiyyah, tidak disentuh bab hudud, tidak disentuh bab negara berkebajikan.

Ceramah diadakan waktu matahari tegak, iaitu jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Kebiasaannya waktu ini kalau hari Jumaat, ramai jemaah yang tidur, panas, berpeluh.

Tapi pada majlis tersebut walaupun Masjid Tanah Datar sempit, tiada penghawa dingin, suasana dalam masjid amat cukup selesa, tidak panas, tidak sejuk, tiada kanak-kanak buat bising di bahagian belakang seperti mana ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan mengikut teks.

Ustaz Kapten (B) Dzulkarnain Hamzah berceramah tidak mengikut teks, itu yang membuatkan jemaah terbeliak biji mata mendengar setiap satu yang diperkatakan walaupun duduk dalam masjid selama 2 jam waktu tengahari.

Antara yang amat menyentuh isi ceramah ialah penceramah mengingatkan sekarang ialah bulan Safar, pada 29 Safar lah kekasih kita Nabi Muhammad saw jatuh sakit sehinggalah kewafatan baginda dua minggu selepas itu.

Selepas ceramah, jemaah solat Zuhr, kemudian jemaah dihidangkan dengan masakan kampung secara santai yang begitu enak sekali. Saya ambil gulai lembu masak cili api dan kepala ikan tilapia. Anak saya ambil kari daging. Anak saya kata sedap betul karinya. Maaflah kalau terliur.

Sepanjang program beberapa jemaah tak henti-henti ambil gambar, terpesona dengan kehadiran yang cukup luar biasa agaknya.

Indahnya masjid tanpa politik kepartian yang sempit.

Perkhidmatan Membuat Perakaunan



Global Technocount Consulting berpusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan perkhidmatan membuat perakaunan bagi syarikat-syarikat berskala kecil yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.

Dengan akaun yang tersusun dan jelas aliran wang tunai serta aset membolehkan syarikat mendapat pinjaman mudah dengan pihak bank mahupun institusi seperti MARA, PUNB, TEKUN dan sebagainya.

Kami sudah membantu beratus-ratus syarikat kecil dan sederhana di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami terpanggil untuk membantu IKS di luar daerah Selangor dan Kuala Lumpur. Mereka juga berhak untuk memajukan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan mampu bersaing dengan produk-produk luar.

Kami mengenakan bayaran yang rendah oleh disebabkan kami membuat "community service" sebagai pelajar UKM.

Harga yang kami nyatakan bukan RM1000 yang sepatutnya dibiayai oleh syarikat untuk membuat perakaunan tapi dengan harga yuran bulanan RM200 sahaja, harga ini boleh dipertimbangkan lagi mengikut kapasiti atau saiz perniagaan tersebut, mungkin lagi rendah ataupun tinggi.

RM200 ini adalah harga purata kebiasaan  yang kami berikan. Harga ini murah berbanding dengan pihak lain yang menawarkan perkhidmatan seperti ini.

Kebiasaannya kami akan membuat seminar 1-2 jam untuk memberi penjelasan kepada pemilik syarikat betapa pentingnya perakaunan dalam sesebuah perniagaan.

Untuk apa-apa pertanyaan sila hubungi:

NAZRUL AZRIN RAZALI
GLOBAL TECHNOCOUNT CONSULTING
017-2729828

Tawaran melabur di KAFA Alamanda, pulangan berlipat kali ganda, insyaAllah


KAFA Taman Alamanda mula beroperasi sejak 2 Januari 2008 di Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan.

Setelah 5 tahun beroperasi kelas-kelas di KAFA Taman Alamanda ini perlu dicat semula dan memerlukan beberapa kerja pembaikan lain antaranya ialah paip air yang bocor yang mengakibat bil semasa pada bulan November 2012 berjumlah RM142.10

Kepada mereka yang ingin membantu atau melabur sila salurkan sumbangan ke akaun berikut ;

Nama Akaun : KAFA TAMAN ALAMANDA
Bank : Maybank (Cawangan Seremban)
No Akaun : 555126502286

atau hubungi Guru Besar KAFA Taman Alamanda, Ustazah Nawani 019-3465659

Kemuliaan hari Jumaat yang tidak mendapat tempat di sebuah negara Islam


Utusan Malaysia 25 Dis 2012

Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah SAW bersabda yang antara mafhumnya menyatakan bahawa, sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup pintu hatinya daripada menerima petunjuk.

Berdasarkan kepada nas-nas yang ada ini, maka pihak pemerintah memperuntukkan undang-undang bahawa lelaki yang telah baligh dan tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut tanpa sebarang keuzuran, adalah melakukan kesalahan. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan, ataupun menerima kedua-dua hukuman itu. Contohnya di Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559.

Walau bagaimanapun, dengan ruang dan kemudahan yang telah disediakan ini, pada waktu umat Islam mengerjakan solat Jumaat, malangnya masih ramai kaum lelaki (yang kita yakin bahawa mereka ini beragama Islam), tidak bersama-sama melaksanakan solat Jumaat, malah, bebas melakukan pelbagai aktiviti.
Sehubungan dengan perkara ini juga, ramai kalangan wanita pula yang mengambil peluang pada waktu rehat yang lebih panjang ini untuk keluar membeli-belah. Dalam hal ini, mereka perlu bersikap berhati-hati untuk melakukan urusan jual beli sekalipun secara umumnya, hukum untuk bermuamalat bagi kalangan wanita dalam waktu solat Jumaat adalah harus.

Walau bagaimanapun, berjual beli dengan lelaki yang berkewajipan untuk menunaikan solat Jumaat adalah disifatkan sebagai menyokong lelaki berkenaan untuk tidak melaksanakan kewajipan yang telah pun diperintahkan Allah SWT. Maka, hukumnya adalah berdosa kerana bersubahat dengan pelanggaran kewajipan berkenaan.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan
Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Melayu takkan berjaya kalau berfikiran subsidi, komisyen dan sewaktu dengannya


Saya amat bersetuju dengan artikel di bawah ini.

'Melolong' tanpa PIBG
25 Dis 2012 

"JANGAN lepaskan anak-anak ke sekolah untuk menjadi arkitek, doktor atau jurutera tanpa mahu melibatkan diri langsung dalam aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)."

Diluahkan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Sains Seremban yang turut mempengerusikan PIBG Sekolah Menengah Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim, beliau menarik perhatian saya mengenai dua kisah gelagat ibu bapa apabila tiba soal urusan membayar yuran PIBG setiap kali musim persekolahan bermula.

"Setiap sekolah ada dua tiga pemikiran berbeza dalam isu ini. Di Sekolah Menengah Sains Seremban, seorang nenek bayar RM200 untuk yuran PIBG...katanya kepada saya (Ruslee)...saya hutang tak apa, asalkan cucu boleh berjaya.

"Tetapi di beberapa sekolah kawasan luar bandar, kira-kira 30 hingga 40 peratus tidak membayar yuran yang hanya RM25. Sedangkan di rumah ada dua piring Astro, kereta dua buah, tak tahulah mentaliti apa.
Bila dekat raya sanggup tukar langsir baru tapi bila tiba bab pendidikan anak-anak, tak faham, semua nak free belaka," kata beliau baru-baru ini.


20121225

Ceramah Anak Rembau


CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Baru Chengkau Ulu, Kota, N.Sembilan
Semua penceramah terdiri dari anak tempatan DUN Kota :
- YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang, Pengerusi PKR N.Sembilan
- Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
- Puan Norwani, Ketua Muslimat PAS Rembau

Anjuran : Penyokong Pakatan Rakyat DUN Kota

Maklumat lanjut hubungi Hj Roni 012-2268230

Majlis Gotong Royong PASTI Rembau


MAJLIS GOTONG ROYONG
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : PASTI Al Ahmadi, No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau

Sebarang sumbangan untuk majlis gotong royong ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PASTI AHMADI REMBAU
No akaun : 05010004698208
Tel Sdr Muhammad 014-2268837 , 013-6889185


HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI AHMADI
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6889185 , 014-2268837

20121221

Kuliah Ustaz Ruslan 22 Dis 2012



KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 22 Dis 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Permohonan Atas Talian SMT dan KV 2013 untuk lepasan PMR 2012



Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

20121220

Temui Ustaz Dzulkarnain Hamzah di Rembau 25 Dis 2012



CERAMAH MOTIVASI DAN KUTIPAN TABUNG GAZA
Tarikh : 25 Dis 2012, Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Masjid Jamek Tanah Datar, Chengkau (tepi jalan utama Rembau-Tampin)
Penceramah : Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)

Turut diadakan pameran Palestin dan kutipan tabung misi kemanusiaan Gaza serta jualan amal oleh Aqsa Syarif.

Jamuan makan tengahari masakan kenduri kampung turut disediakan selepas solat Zuhr.

Semua dijemput hadir - Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Kasbi 019-2084969

Anjuran : Jawatankuasa Perkuburan Islam Kariah Tanah Datar.

MENYINGKAP SEJARAH SUKU TANAH DATAR DAN MASJID KG. TANAH DATAR, CHENGKAU

Tanah Datar adalah merupakan salah satu dari 12 suku yang datang dari Sumatera dan hidup bersama penduduk asal Rembau. Nama suku di Negeri Sembilan ini adalah berasal dari nama tempat di Sumatera. Suku Biduanda adalah pewaris asal Negeri Sembilan. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dato Lembaga Adat untuk Suku Tanah Datar diberi gelaran Dato’ Raja Senara.

Suku Tanah Datar telah melahirkan ramai tokoh ulama serta tokoh pejuang. Antaranya ialah Tok Guru Haji Muhamad Haji Daud yang dilahirkan dalam tahun 1887 di Kampung Tanah Datar, Rembau.

Dato' Shaziman Abu Mansor juga adalah dari Suku Tanah Datar.




SEJARAH MASJID JAMEK TANAH DATAR, CHENGKAU

Menurut pencerita, masjid ini telah dibina pada tahun 1900an. Usia masjid ini telah mencecah lebih 100 tahun. Pengasas bagi masjid ini ialah Tuan Haji Said, di mana beliau merupakan seorang hartawan di dalam daerah Rembau pada ketika itu.

BIOGRAFI TOK GURU HAJI MUHAMAD HAJI DAUD ( 1887 - 1969)

Haji Muhamad bin Haji Daud dilahirkan dalam tahun 1887 di Kampung Tanah Datar, Rembau. Waktu kelahirannya, Luak Rembau di bawah penguasaan Dato’ Undang Sedia Raja Serun bin Sidin ( 1883 - 1905). Di Rembau, orang-orang daerah ini lebih mengenali beliau dengan panggilan “Haji Kursasi”. Bapanya bernama Haji Daud dari suku Paya Kumbuh yang juga seorang ulama dalam masa hayatnya.

Allahyarham Haji Kursasi ini mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Chenung, Chengkau dalam Daerah Rembau. Kemudian beliau mengaji agama dari ayahnya. Sebagaimana anak-anak muda yang dahagakan ilmu agama waktu itu, beliau turut belayar ke Mekah Al Mukarramah untuk mengaji agama selama 13 tahun. Apabila usia menjangkau 34 tahun ( kira-kira tahun 1921) barulah Haji Kursasi ini balik ke Tanah Jawi. Oleh kerana cintanya beliau kepada ilmu agama maka berguru pula ia dengan Allahyarham Haji Mustaffa Linggi sehingga ulama itu meninggal dunia pada 1927.

Semasa hayatnya, Haji Kursasi pernah menjawat jawatan Penolong Nadzir Agama di Sekolah Melayu sebelum bersara dalam tahun 1952. Beliau pernah juga mengajar agama di masjid dan surau-surau dalam Daerah Rembau. Antara tahun 1947 hingga 1949, Allahyarham dilantik mewakili Rembau dalam Majlis Mesyuarat Agama Islam peringkat negeri.

Allahyarham Haji Kursasi meninggal dunia dalam tahun 1969 ketika berusia 81 tahun.

BIODATA USTAZ KAPTEN (B) HJ DZULKARNAIN HAMZAH

Anak murid kepada Mantan Masjid Imam Negara, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.
Anak kelahiran Kampung Jasin, Melaka. Dilantik seabagai imam muda Istana Negara, berkhidmat selama 13 tahun sebagai guru agama di Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan kini aktif sebagai pengacara, penceramah dan mengelola jemaah haji serta umrah.

Mendapat pendidikan di sekolah menengah aliran Inggeris

Pernah menjadi johan dalam Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Melaka.

Mewakili Melaka dalam Pertandingan Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1984 dan 1985.

Berhenti belajar di tingkatan empat dan memasuki sekolah pondok.

Menyambung pelajaran di Maahad Muhamadi, Kota Bharu dan kemudian mendalami ilmu al-Quran di Darul Quran, Masjid Negara sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Jamiah Islamiah Madinah.

Rujukan :

Jualan Amal Nasi Ayam untuk Rumah Anak Yatim



PMR, jangan sisihkan mereka yang kurang cemerlang.



Alhamdulillah keputusan PMR semalam. Alhamdulillah anak saya mendapat 4A, 2B dan 3C. Saya dan isteri berbincang dengan anak ke mana hala tuju selepas ini. Terlalu banyak pilihan sebenarnya mereka yang tidak memperolehi 9A, 8A, 7A atau yang tiada A langsung.

Malangnya media hanya menggembar gemburkan mereka yang cemerlang, seolah-olah mereka yang tiada A ni tiada harapan, sedangkan rezeki itu Allah yang beri.

Kolej Vokasional adalah pilihan yang terbaik golongan kurang mendapat A dalam PMR. Mereka ini perlu dibimbing oleh ibu bapa, guru serta guru kaunseling apa pilihan kursus yang terbaik.

Anak-anak ini tidak tahu apakah kursus yang relevan untuk mereka, kerana mereka kurang arif akan peluang kerjaya masa kini dan masa depan.

Tak silap saya tarikh tutup permohonan ke Kolej Vokasional serta Sekolah Teknik ialah pada 30 Disember 2012. Harapkan kepada pelajar lepasan PMR yang kurang cemerlang ini bincang dengan ibu bapa dan guru serta guru kaunseling untuk memilih hala tuju pelajaran selepas ini.

Pihak media, tolonglah, berilah semangat dan motivasi kepada pelajar yang kurang cemerlang ini. Jangan hanya tumpukan lensa pada mereka yang mendapat 9A dan 8A.

Terapkan keyakinan kepada anak-anak, semua rezeki itu datang dari Allah dengan syarat kita berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian bertawakal.

20121218

Jasa orang Asli tadbir N.Sembilan selama 482 tahun dilupakan



Kenapa kita orang N.Sembilan lupa jasa keturunan orang Asli yang telah meneroka dan mentadbir kerajaan Negeri Sembilan dalam suasana harmoni selama lebih 482 tahun iaitu dari tahun 1475 hingga tahun 1957?

Sebagai orang N.Sembilan yang beragama Islam kita sepatutnya banyak berterimakasih yang pertama kepada Allah, kemudian kepada Nabi kita, kemudian kepada kedua ibu bapa kita dan kemudian kepada pemerintah yang berjasa. Dan paling banyak berjasa di N.Sembilan, yang meneroka N.Sembilan yang memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud Shah , Sultan terakhir memerintah Melaka setelah dijajah Portugis ialah keturunan orang Asli dari Negeri Sembilan iaitu dari Rembau.

Negeri Sembilan hanya terbentuk secara rasmi pada tahun 1885.

Semasa zaman kesultanan Melaka yang ada ialah kerajaan Rembau, bukan kerajaan Negeri Sembilan.

Kalau hari-hari media meminta rakyat mengenang jasa kerajaan yang memerintah selama 55 tahun sejak tahun 1957, apa salahnya media meminta orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau mengenang jasa mereka yang jauh lebih lama memerintah jajahan Rembau dan Negeri Sembilan iaitu hampir 500 tahun, yang ramai keturunan mereka masih ada hingga ke hari ini.

Atau orang Negeri Sembilan sendiri, khususnya orang Rembau, tidak tahu sejarah Negeri Sembilan, tidak tahu sejarah Rembau, tidak sayangkan tempat kelahiran mereka sendiri?

482 tahun keturunan orang Asli ini mentadbir N.Sembilan tiada masalah tanah terbiar, rumah terbiar , rakyat semua ada tanah dan rumah sendiri , kenapa kini masalah tersebut semakin berleluasa?

TRADISI ADAT PERPATIH SEMAKIN TERPINGGIR

Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, zaman mutaakhir ini kita dapati ianya semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir di sekitar tahun 60-an ke atas.

Rata-rata anak watan Negeri Sembilan yang berumur 30 tahun ke bawah tidak memahami adat perpatih, mereka hanya tahu menyebut nama sahaja tetapi inti pati dan pengajarannya tidak diketahui secara mendalam.

Profesor Madya Norhalim Ibrahim membuat kesimpulan bahawa kaum perempuan Negeri Sembilan tidak lagi menjaga dan mengambil berat kepada rumah pusaka dan sawah padi yang menjadi tonggak kekuatan adat perpatih.

Di antara sebab-sebab musnahnya tulang belakang adat perpatih di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu amalan demokrasi moden dalam pemilihan pemimpin atau ketua dalam perundangan dan pentadbiran birokratik telah mencabar sistem politik tradisi Negeri Sembilan yang bersandar kepada “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.”

Peranan buapak dan datuk lembaga menjadi tidak penting dengan adanya ketua kampung, penghulu, pegawai daerah dan wakil rakyat.

Rujukan :

Sejarah Rembau

1475 - Batin Sekudai dilahirkan
1490 - Batin Sekudai berkahwin
1490an-  Datuk Leteh, pembesar Minangkabau sampai ke Rembau menetap di Kampung Relong.
1497 - 1. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dilahirkan di Kampung Relong
         2. Datuk Bungkal diambil oleh Datuk Leteh sebagai anak angkat
1498 – 1500 - Tun Zainal Abidin bin Bendahara Seri Maharaj Tun Perak berada di Lubuk Cina, Rembau. Bergelar Datuk Lubuk Cina
1500 Batin Sekudai dan Datuk Leteh berpindah dari Kampung Relung ke Kampung Kebun Lada (Kampung Lada sekarang)
1501 - 1. Batin Sekudai meninggalkan Rembau untuk menetap di Siliau.
         2. Datuk Leteh dilantik sebagai pentadbirRembau
1502 - 1. Batin Pak Nilu membuka hutan Gombigho (Gembira) di kawasan Kota sekarang. ** Nama asal Kota adalah Gombigho.
           2. Membuat penempatan untuk Datuk Bungkal
           3. Pokok merbau tua yang tumbuh diKampung Api-api sekarang ditebang
           4. Nama Rembau bertukar daripada Perabu kepada Merbau Tua.
1504 1. Datuk Leteh dan Datuk Bungkal berpindah dari Kampung Kebun Lada ke Kampung Gombigho

       2. Datuk Bungkal menukar nama Kampung Gombigho kepada Kampung Kotor(Kampung Kota Lama sekarang)

1511 - 1. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis
            2. Sultan Mahmud Melaka berundur ke Rembau (Braddell)

1512 - Ekspedisi tentera Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning (kawasan Kendung sekarang)
1514 - Portugis mendirikan kubu di Kuala Sungai Penajih (Kuala Linggi sekarang)

1515 – 1516 1. Datuk Lela Balang dan orangnya sampai di Kampung Kotor
2. Datuk Laut Dalam dan pengikutnya membuka Kampung Padang Lekok
3. Datuk Lela Balang berkahwin dengan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai

1516 – 1517 Si Rama bin Datuk Lela Balang dilahirkan

1519 – 1525 1. Kedatangan Datuk Budi, Datuk Laut, Datuk Baginda dan Datuk Putih ke Rembau
2. Mereka membuat penempatan di Rembau Darat; Kampung Batu Hampar, Kampung Sungai Layang, Kampung Bintongan dan Kampung Lubuk Rusa – Selemak

 1520an 1. Perikatan Lembaga Yang Lima atau dikenali sebagai Berlima Ke Huluditubuhkan di Rembau Darat.
 2. Ikatan Bersembilan Suku Ke Hilir atau dikenali juga sebagai Bersembilan Ke Hilirditubuhkan di Rembau Darat

1524 – 1525 Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam dilahirkan di Kampung Padang Lekok.

1539 -1540 1. Datuk Lela Balang dengan diiringi oleh Datuk Laut Dalam mengadap Sultan Alauddin Ri’ayat Shah (1527/28 – 1564) di Johor Lama
 2. Sultan merestui pelantikan keturunan Datuk Lela Balang sebagai Penghulu Rembau dan memberi gelaran Datuk Lela Maharaja
 3. Sultan juga merestui permintaan Datuk Laut Dalam agar keturunannya juga menjadi Penghulu Rembau secara bergilir dengan keturunan Datuk Lela Balang dengan gelaran Datuk Sedia Raja
4. Sultan memberi gelaran baru kepada Datuk Lela Balang : Datuk Gempa Maharaja dan Datuk Laut Dalam : Datuk Merah Bangsa (Datuk Merbangsa)
5. Kerapatan besar adat untuk menyusun struktur dan organisasi politik serta sosial Rembau khususnya Rembau Baroh

1540 1. Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Penghulu Rembau yang pertama di Kampung Kota
 2. Si Rama dikahwinkan dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam @ Datuk Merbangsa di Kampung Padang Lekok
3. Penubuhan Lembaga Tiang Yang Empat Di Baroh
4. Melantik dan memberi gelaran kepada ketua-ketua suku di Rembau termasuk suku-suku di Rembau Darat

 1540 – 1541 1. Ambo bin Si Rama dilahirkan
 2. Kerapatan adat membahagikan Rembau kepada dua iaitu Rembau Baroh dan Rembau Darat
3. Kedatangan orang Tanah Datar daripada Minangkabau di bawah pimpinan Datuk Maharaja Inda Bogok
4. Kedatangan orang Tiga Batu di bawah pimpinan Nang Besar
5. Kedatangan orang suku Mungkal dari Machap, Naning di bawah pimpinan Datuk Mengiang (sekarang disebut Datuk Ngiang)

1555 1. Datuk Lela Maharaja Si Rama meninggal dunia
2. Ambo bin Si Rama dilantik menjadi Penghulu Rembau kedua

1586 1. Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka
2. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka
3. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja
4. Datuk Ambo memohon perdamaian dengan d’Azambuja.

Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)

Pelabur skim beras 1Malaysia rugi RM10 juta



Mengapa kita mudah untuk mengeluarkan wang simpanan kita atau membelanjakan duit gaji kita untuk pelbagai skim perniagaan serta skim pelaburan yang sentiasa diberi nama dan nafas baru tetapi sukar untuk berderma untuk tujuan kebajikan, pembinaan masjid, tabung maahad tahfiz, sekolah agama dan sebagainya?

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

Pelabur skim beras 1Malaysia rugi RM10 juta
18 Dis 2012

Lebih 100 pelabur skim ‘Beras 1Malaysia’ kerugian lebih RM10 juta selepas terpedaya dengan sebuah syarikat pelaburan tidak berlesen sejak Mei lalu.

Difahamkan, mangsa membuat pelaburan antara RM1,000 dan lebih RM800,000.
Skim itu menyasarkan penduduk kampung, kakitangan awam serta pekerja kilang sekitar Siburan dekat sini, dengan menjanjikan pulangan bulanan antara 50 hingga 100 peratus daripada nilai pelaburan asas.

Dalang utama skim itu dikenali sebagai Zeplin, 33, mendakwa mendapat beras murah dari pelabuhan sebelum mengajak penduduk Kampung Menjau dan beberapa kampung melabur sejak Mei lalu.

“Berdasarkan maklumat awal dan kenyataan mangsa, syarikat terbabit memperdaya mangsa dengan membuat pelaburan membeli dan menjual beras 1Malaysia.

Habis RM300,000 diperdaya
18 Dis 2012

JOHOR BAHRU: “Saya sanggup berbelanja sehingga RM300,000 kerana dia kata saya boleh dapat untung RM500,000 jika jual semula cicak tokek itu,” kata lelaki dikenali sebagai Zainal, 40-an, seorang daripada mangsa penipuan Zaid.

Zainal berkata, dia berkenalan dengan Zaid pada Februari tahun lalu dan lelaki itu memberitahu dia mempunyai tiga cicak tokek berbintik merah dan mempengaruhinya membeli haiwan itu dengan mendakwa harganya akan melambung tinggi pada masa depan. “Zaid menawarkan tiga cicak masing-masing seberat 440 gram, 460 gram dan 520 gram dengan harga kira-kira RM300,000,” katanya.


Anak anggota polis ditembak mati dalam rompakan


Malam tadi tengok berita TV, kes rompakan. Terdetik dalam hati, dari berita dan gambar menunjukkan ini remaja kita, bukan pendatang asing. Berita mengesahkan perompak ialah anak anggota polis berpangkat Sarjan Mejar. Tak kiralah anak polis ke, anak tentera ke, anak pemimpin Umno ke, pemimpin PAS ke, hakikatnya remaja kita dalam masalah yang serius sekarang ini dari kes dadah, seks bebas, melepak, bab solat tak payah ceritalah, terlalu ramai remaja kita yang culas.

Berbaliklah kepada Islam yang mudah. Galakkan remaja kita solat 5 waktu di surau dan masjid. Bapa patut menjadi contoh pada anak-anak dan remaja mereka sendiri. Pemimpin parti politik patut menjadi contoh kepada ahli parti mereka sendiri.

Kesian, remaja kita sepatutnya syahid di medan perang melawan zionis, bukannya mati ditembak oleh anggota keselamatan kita sendiri.

Remaja cuba rompak ditembak
17 Dis 2012

KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.

Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.


Cop's son gunned down by police
17 Dec 2012

KUALA LUMPUR (Dec 17, 2012): The son of a police corporal was shot dead when he tried to attack police detectives in a botched robbery at a 24-hour convenience store in Wangsa Maju early today.
The 19-year-old – with an accomplice – was reported to have held a machete to a worker's neck and demanded the day's takings at the KK store in Taman Sri Rampai at about 4.30am. There were four workers in the store.

Luck ran out for the two robbers when minutes later, a police team patrolling the area arrived at the store. On seeing the detectives, the duo dashed out in an attempt to escape. When they were ordered to surrender, the teenage robber charged with his machete at a detective. The police opened fire, hitting him on the chest. He died on the spot.



20121217

TERAPI ROHANI, JASMANI DAN MENTAL



Tarikh : 21 Dis 2012, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An Nur, pekan Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaigu , Darussyifa’ N.Sembilan

Aturcara Program :
- Solat Hajat, Bacaan Yasin serta Doa-Doa Syifa’ & Zikir.
- Sesi Rawatan
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal, Rohani, Gangguan Makhluk Halus & Sihir

20121216

Malaysia dilanda gempa bumi 5.8 richter


Malaysia pernah dilanda gempa bumi pada skala 5.8 richter pada tahun 1976. Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan. Koleksi artikel kejadian gempa bumi di Malaysia termasuk gempa bumi tahun 1976 di http://gempamalaysia.blogspot.com

“Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah tegah”

Malaysia kebarangkalian gempa bumi

KUALA LUMPUR 15 Dis. 2012 — Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul berkata, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

"Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana.

"Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda," katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di sini.

Dr. Felix berkata, bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.

"Seperti yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.

Dr. Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata, kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana.

Sehubungan itu, katanya masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran pada masa akan datang.

Katanya, gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu, Sabah pada 1976 yang mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan) JMM berkata, Malaysia mengalami lapan gegaran akibat 22 gempa bumi kuat di negara jiran sepanjang tahun 2012.

Beliau berkata kedudukan Malaysia yang berjiran dengan negara di zon lingkaran gempa bumi menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali daripada terpalit sama merasai gegaran gempa bumi.

— BERNAMA