Akhbar bertarikh 11 Disember 2012
melaporkan seorang pemimpin masyarakat bernama Renu Perumah mendesak
agar pihak berkuasa yang berkaitan (PBT lah tu) agar mengambil
tindakan keras terhadap kedai runcit yang terdapat di kawasan taman
perumahan yang menjual arak. Ini adalah kerana kedai runcit
kebiasaannya tidak diberi lesen untuk menjual arak. Beliau menyatakan
ramai anak muda menjadi ketagih arak dan mendatangkan kemudaratan
kepada masyarakat setempat kerana ianya amat mudah dibeli ketika ini.
Alamak, malunya, orang Hindu lebih
prihatin terhadap belia-belia India yang ketagih arak. Orang Melayu
bukan sahaja tak prihatin, malah bekerja pula di pasaraya, pasar mini
yang menjual arak di kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu
Islam seperti yang terdapat di sebuah pasar mini yang baru dibuka di
Taman Teratai, Senawang. Saya mulanya tak perasan, tapi isteri saya
yang perasan.
Tak salah orang Melayu, pemimpin Melayu
nak jadi juara hudud, juara isu murtad, juara anti LGBT, juara
membela nasib rakyat Gaza (sedangkan rakyat Gaza majoriti solat,
orang Melayu majoriti tak solat) , tapi jangan lupa akan ancaman yang
berlaku di taman perumahan kita sendiri, di kejiranan kita. Patutlah
ada pepatah “Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak
nampak”, sebab ianya adalah realiti orang Melayu beragama Islam
masakini, dulu, kini dan kita harapkan tak selamanya.
Outrage over liquor in sundry shops
December 11, 2012
AUTHORITIES have been urged to take
action against sundry shops that sell cheap liquor in housing
estates.
Bagan Serai Peoples Progressive Party
deputy chief Renu Perumah in making the call said most of these shops
were not even licensed to sell alcohol, reported Makkal Osai.
He said many young people were now
addicted to liquor due to its easy availability.
“Many social problems in our
community are caused by young people addicted to alcohol. They are
willing to commit crimes to satisfy their addiction,” he said on
Friday.
He said the relevant authorities must
take immediate action, including closing down these errant sundry
shops for selling cheap liquor which was not only causing social ills
but also very dangerous to the drinkers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan