Kita ni orang Melayu kalau nak berjaya,
dalam kita hidup bermasyarakat apabila membincang sesuatu untuk
kepentingan masyarakat, politik kita ketepikan dulu. Bukannya kita
tidak boleh berpolitik, tapi politik biarlah kita bincang di pentas
politik, di ceramah politik, di akhbar politik.
Saya adalah pemimpin parti politik,
pemimpin PIBG serta pemimpin masyarakat setempat. Dalam mesyuarat
PIBG saya pastikan AJK PIBG memberi tumpuan kepada matlamat PIBG
iaitu untuk kecemerlangan para pelajar, kalau ada orang Umno boleh
bantu beri sumbangan komputer kita alu-alukan, kalau ada orang PAS
boleh beri sumbangan baiki tandas pun kita alu-alukan.
Begitu juga dalam masyarakat, dalam
surau, kalau ada kontraktor Umno boleh cat surau kita alu-alukan,
kalau ada kontraktor PAS boleh baiki pagar surau , pun kita
alu-alukan.
Begitu juga dalam perniagaan, baru-baru
ini seorang Wakil Rakyat Pakatan Rakyat , keretanya rosak, YB minta
saya nombor telefon mekanik. Saya beri 2 nombor, seorang mekanik yang
pro PAS, seorang mekanik yang pro Umno, dua-dua mekanik tersebut
kenal baik saya dan melakukan kerja dengan baik pada harga yang amat
berpatutan. YB pun pergilah ke mekanik yang pro Umno, kerana yang pro
PAS jauh sikit. Apabila selesai kerja, mekanik yang pro Umno tadi
kata pada saya, dia kata tak sangka pula YB yang datang tadi.
Begitu juga dalam interaksi kita dalam
Facebook, dalam Blog, kurangkanlah isu politik, melainkan kalau ianya
laman web Harakah, Tranungkite, Free Malaysia Today, Utusan Malaysia,
Berita Harian yang sememangnya samada pro Pakatan atau pro Barisan.
Dah banyak isu politik dalam laman web
tersebut. Kita ni sebagai blogger , dalam facebook, banyakkanlah
bincang macamana kita nak selesai masalah setempat, masalah ahli
taman kita yang kaki judi, kaki arak, kaki pukul bini. Masalah
kejiranan kita, saudara mara kita yang menganggur dan sebagainya.
Itu tak masuk lagi bab 80 peratus orang
Melayu yang tak solat.
Bukan tak boleh bincang isu politik,
tapi seimbangkanlah dengan apa yang berlaku di keliling kita.
Berpijaklah di bumi yang nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan