KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121230

Calon Wakil Rakyat N9 mesti mahir Adat Perpatih


Malam tadi saya berceramah bersama YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan) di Kg Baru Chengkau Ulu, Rembau. Pertama kali saya di atas pentas bersama Dato Kamarul.

Dalam ceramahnya Dato Kamarul begitu prihatin akan nasib dan hala tuju nasib orang Rembau khususnya kaum wanita serta masalah tanah adat yang terbiar. Formula menangani tanah terbiar ini menurut Dato Kamarul begitu mudah, jika sejak beratus-ratus tahun dari tahun awal tahun 1500an hingga 1957 Dato Undang, Dato Lembaga Adat, Buapa, Perut, Anak Buah menguruskan Rembau dan N.Sembilan ini tidak ada masalah tanah terbiar, kenapa selepas tahun 1957 apabila peranan dan kuasa Dato Undang hingga ke Anak Buah ini telah banyak berkurangan dan peranan Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, JKKK, Ketua Kamppung dan sebagainya tidak dapat menangani masalah tanah terbiar dan ianya semakin teruk saban tahun.

Dato Kamarul berkata puncanya menguruskan tanah adat ini tidak menguntungkan sesuatu pihak. Walhal pengurusan tanah adat ini adalah amat perlu untuk membela kaum wanita serta anak-anak buah yang lelaki.

Dato Kamarul berkata Pakatan Rakyat N.Sembilan begitu komited untuk mempastikan kuasa pentadbiran tanah adat ini diberi sepenuhnya kuasa kepada orang-orang adat, bukan orang politik.

Dalam sejarah tercatat bahawa Undang Rembau , Undang Dato Abdullah bin Hj Dahan telah mengamalkan sistem pengukuhan kuasa adat ini dengan mempastikan Residen British mahir selok belok adat perpatih, begitu juga dengan Pegawai Daerah hanya dilantik dari kalangan mereka yang mahir serta menghormati adat perpatih.

Apabila seorang pemimpin seperti Dato Kamarul menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pengukuhan adat perpatih untuk melindungi kaum wanita serta anak-anak buah lelaki, maka calon-calon wakil rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat di N.Sembilan juga perlu mahir dalam sistem adat ini termasuk dari DAP.

400 tahun dahulu kaum Cina amat menghormati adat perpatih, sehinggakan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, kaum Cina telah beralih arah dengan tidak lagi melakukan perniagaan di pelabuhan Melaka dengan membayar cukai kepada Portugis sebaliknya menubuhkan pusat perniaagaan di pelabuhan Rembau di Lubuk Cina yang ditadbir oleh anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zain al Abidin dengan gelaran Dato Lubok Cina.

Kepada bakal-bakal calon dari Pakatan Rakyat yang akan bertanding di peringkat DUN atau Parlimen, mahirkan diri dengan Adat Perpatih. Dan bersyukurlah banyak-banyak jika kalian tidak dilantik sebagai calon kerana jika menang ianya adalah satu amanah yang amat berat untuk dipikul yang perlu kita jawab di akhirat nanti.

Sebelum ceramah saya tunjukkan kepada Dato Kamarul carta asal usul suku-suku di Rembau. Saya tanya Dato termasuk dalam suku mana, Dato Kamarul tunjuk pada Suku Biduanda Lela Maharaja waris Gadong. Kiranya saya dengan Dato ni satu suku tapi lain waris, suku 50 % orang Jakun. Kalau Suku Biduanda Sedia Raja 25% orang Jakun.


Tiada ulasan: