GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu
sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat
Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14
November lalu.
Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation
Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al
Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza.
Menurutnya, banyak bangunan masjid di Semenanjung Gaza yang
runtuh akibat sasaran serangan bom dan roket tentera Zionis baru-baru ini.
“Menyedari masalah menimpa penduduk Gaza, pihak Muslim Care
Malaysia segera melakukan kutipan derma kilat untuk membantu rakyat Gaza selain
memastikan masjid yang runtuh dapat dibina semula secepat mungkin.
Perjanjian persefahaman itu dimeterai antara Bendahari Agung
Muslim Care Malaysia,
Zulkifli Wahijan dan Anwar di pejabat operasi Pertubuhan Emaar For Development
and Rehabilitation Gaza, di sini.
Zulkifli yang ditemui berkata, masjid baru di Gaza yang sedang dibina itu masjid pertama hasil sumbangan
ikhlas rakyat Malaysia.
yang bersimpati terhadap warga Tebing Gaza.
“Saya penuh yakin sasaran kutipan derma tabung kecemasan Gaza berjumlah RM1 juta
menjelang penghujung Disember ini mampu diperoleh,” katanya sambil memberitahu
sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 564490211159.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan