Malam tadi selepas ceramah di Kg Baru
Chengkau Ulu dalam perjalanan pulang ke Seremban bersama anak saya,
kami lalu di sebuah Kuil Hindu yang terletak di tepi jalan Utama
Rembau-Seremban berhampiran Wet World Pedas. Waktu pada itu ialah
12.40 pagi baru melepasi tengah malam minggu 30 Dis 2012. Dari jauh
saya tengok suasana terang, kemudian apabila menghampiri beberapa
anggota Rela sedang mengawal lalu lintas.
Saya tengok suasana kuil terang
benderang, ramai penganut Hindu termasuk kanak-kanak, perempuan dan
remaja sedang melakukan upacara keagamaan. Tak pernah lagi saya
tengok suasana sebegini di masjid di Malaysia dengan kemudahan yang
serba canggih, harga berpuluh juta, ada lampu chandeliar, ada
penghawa dingin, ada projektor untuk dengar khutbah yang dibaca
menggunakan teks yang sama seluruh Malaysia, tapi tidak dapat menarik
umat Islam untuk berqiamullail terutama remaja Melayu.
Kemudian saya terus memandu,
sesampainya di Sg Gadut, kami perhatikan remaja Melayu bermotosikal
hampir 10 motosikal , melakukan aksi wheelie apabila memotong
kenderaan Viva saya.
Kesian, sedih saya tengok, remaja
Melayu yang ada Al Quran, ada Allah , ada Nabi Muhammad saw, ada
masjid yang hebat-hebat bernilai berjuta-juta ringgit tidak dapat
mengecapi keindahan iman dan Islam. Sebaliknya remaja Hindu yang
tiada Al Quran, tiada Allah, tiada Nabi melakukan acara keagamaam di
rumah ibadah mereka yang dibina ala kadar, tiada peruntukan
berjuta-juta ringgit, tiada penghawa dingin tiada lampu chandeliar.
Di mana silapnya? Sebelum nak salah kan
orang lain, tanya diri kita sendiri dulu, adakah kita mengajak anak
bini kita ke masjid, mengimarahkan masjid?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan