Mengapa kita
mudah untuk mengeluarkan wang simpanan kita atau membelanjakan duit gaji kita
untuk pelbagai skim perniagaan serta skim pelaburan yang sentiasa diberi nama
dan nafas baru tetapi sukar untuk berderma untuk tujuan kebajikan, pembinaan
masjid, tabung maahad tahfiz, sekolah agama dan sebagainya?
Allah berfirman :
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)
Pelabur skim
beras 1Malaysia rugi RM10 juta
18 Dis 2012
Lebih 100 pelabur skim ‘Beras 1Malaysia’ kerugian lebih RM10
juta selepas terpedaya dengan sebuah syarikat pelaburan tidak berlesen sejak
Mei lalu.
Difahamkan, mangsa membuat pelaburan antara RM1,000 dan
lebih RM800,000.
Skim itu menyasarkan penduduk kampung, kakitangan awam serta
pekerja kilang sekitar Siburan dekat sini, dengan menjanjikan pulangan bulanan
antara 50 hingga 100 peratus daripada nilai pelaburan asas.
Dalang utama skim itu dikenali sebagai Zeplin, 33, mendakwa
mendapat beras murah dari pelabuhan sebelum mengajak penduduk Kampung Menjau
dan beberapa kampung melabur sejak Mei lalu.
“Berdasarkan maklumat awal dan kenyataan mangsa, syarikat
terbabit memperdaya mangsa dengan membuat pelaburan membeli dan menjual beras
1Malaysia.
Habis RM300,000 diperdaya
18 Dis 2012
JOHOR BAHRU: “Saya sanggup berbelanja sehingga RM300,000
kerana dia kata saya boleh dapat untung RM500,000 jika jual semula cicak tokek
itu,” kata lelaki dikenali sebagai Zainal, 40-an, seorang daripada mangsa
penipuan Zaid.
Zainal berkata, dia berkenalan dengan Zaid pada Februari
tahun lalu dan lelaki itu memberitahu dia mempunyai tiga cicak tokek berbintik
merah dan mempengaruhinya membeli haiwan itu dengan mendakwa harganya akan
melambung tinggi pada masa depan. “Zaid menawarkan tiga cicak masing-masing
seberat 440 gram, 460 gram dan 520 gram dengan harga kira-kira RM300,000,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan