KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121212

Berhutang untuk majlis perkahwinan, apa hukumnya?


Ni mazhab mana, fatwa mana, tarikat mana yang galakkan berhutang untuk mengadakan majlis perkahwinan sehingga mendatangkan 1001 macam masalah selepas perkahwinan? Atau ianya semata-mata budaya ikut-ikutan, lumba-lumbaan orang Melayu di alaf baru. Orang Cina pula yang ambil berat masalah hutang dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Pemimpin Melayu perlu tunjukkan contoh kepada rakyat agar berpada-pada dalam mengadakan majlis perkahwinan agar orang Melayu tidak segan silu mengadakan majlis kemampuan mengikut kemampuan masing-masing tanpa perlu berhutang.

PENGANTIN DIBELENGGU HUTANG

11 Dis. 2012- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550 individu sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan.

Katanya, kos persiapan perkahwinan yang semakin meningkat memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat pinjaman tanpa berfikir panjang.



2 ulasan:

suahati berkata...

depa nak ikut cara orang2 besar2 dan kaya menikahkan anak tuuuu.
Depa nuuu xpa duit free dan banyak orang nak taja .
Yg kita dibawah nie tumpang seronok dengan duit sendri buat apa.
Memang perangai orang kita "suka meniru dan suka menunjuk".

Biar berabih apasaja asalkan nampak hebat dan gah.......macam Raja la kononnya.hehehe Raja hanya sehari....nasib baik tidak selamanya diberi peluang jadi Raja......

Tanpa Nama berkata...

ikut syariat jd keutamaan. yg wajib d dahulukan. per2x asas perlu d tekankan kpd ibu bapa & pengantin. d cadangkan syllabus tambahan dlm kursus perkahwinan; slot kesedaran perbelanjaan berhemah mengikut kemampuan, bkn show-off @ terikut2x gaya selebriti.