Saya merasa amat
sedih, ramai antara kita orang Melayu tidak kenal siapa dia Dato Abdullah bin
Hj Dahan yang merupakan tokoh bangsa yang begitu hebat sekali, di mana
cadangan, idea, pandangan dan gerak kerja beliau masih belum dapat ditandingi
oleh sesiapa pun hingga ke hari ini. Orang Negeri Sembilan, khususnya
orang Rembau , kalau hendak berjaya , perlu contohi Dato Abdullah bin Hj Dahan
Dato Abdullah bin Hj Dahan telah dilantik sebagai Undang
Rembau dari 1922 hinga 1938. Beliau belajar di
Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik
sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia.
Dato Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam
tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang
Inggeris.
Penulisan British
ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan
kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai
kesungguhan tinggi.
Perjuangan Dato
Abdullah adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis
persidangan.
Dato Abdullah
adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah
perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu
dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional.
Perubahan yang
dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan
dia banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri
Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu.
Dato Abdullah juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung
agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh
setempat.
Dato Abdullah
juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu. Usaha
ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.
Dalam tahun 1933
Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam
Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum
Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Almarhum Undang Rembau, Dato Abdullah
bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.
Apabila Zaman
Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai
pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja
Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih
dahulu.
KEPERIBADIAN DAN
JASA-JASA DATO ABDULLAH
Beliau adakalanya
berjalan kaki ke balai Undang dari rumah beliau di Chembong sejauh 2 km, beliau
sampai awal pagi ke pejabat sebelum pekerja lain sampai.
Beliau suka
melihat susunan pejabat yang kemas, rapi dan teratur.
Beliau
menyuarakan supaya Adat Perpatih dibukukan dan demi kepentingan rakyat Rembau
pemilihan Dato Lembaga itu hendaklah dari kalangan yang terbaik, berilmu dan
bertanggungjawab.
Beliau
menyarankan agar kehadiran kanak-kanak perempuan ke sekolah diwajibkan, sebuah
sekolah perempuan Melayu dibina di Kg Tanjung pada tahun 1923.
Kemudioan Sekolah
Perempuan Kg Chembong ditubuhkan pada tahun 1933.
Sekolah
pertukangan (trade school) didirikan berhampiran pekan Rembau pada tahun 1933
atas inisiatif beliau.
Pada tahun 1920
beliau menubuhkan tabung untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran untuk anak
Rembau ke institut pengajian tinggi yang dikenalil sebagai Waris Fund.
Pada tahun 1932
beliau menulis panjang lebar mengenai Syarikat Kerjasama, Tujuan dan Kewajipan
Syarikat, Cara Mentadbir dan membangunkannya serta Harta-harta Syarikat dan
Hak-hak Ahli.
Beliau mencari
peruntukan membina masjid Kg Chembong 1928
Beliau mendesak
mutu pelajaran Inggeris di sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan
Sekolah King George V harus ditingkatkan
Beliau
menyuarakan ketidakseimbangan antara bilangan anak-anak atau saudara mara
pembesar, raja dan waris negeri yang diberi peluang belajar di Kolej Melayu
Kuala Kangsar
Beliau
mencadangkan agar seorang guru Melayu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar supaya murid-murid di Kolej itu dapat
pengajaran bahasa Melayu yang bermutu tinggi.
Dato Abdullah
mahukan agar murid-murid Melayu di Sekolah King George V Seremban diberi
peluang memasuki kelas Junior Cambridge dan seterusnya mengambil peperiksaan
Junior Cambridge.
Dato Abdullah
menyarankan kerajaan perlu memberi bantuan dari segala segi kepada orang Melayu
memandangkan kemunduran ekonomi pertanian orang-orang Melayu. Salah satu dari
bantuan yang diberi harus berupa pembinaan taliair yang sesuai.
Syarikat
kerjasama harus didirikan untuk menghindar kemasukan peminjam-peminjam wang
yang dianggap membahayakan ekonomi orang-orang Melayu di kampung.
Mencadangkan
mewujudkan Tanah Simpanan Melayu untuk melindungi tanah orang Melayu yang telah
banyak jatuh ke tangan bangsa asing.
Dalam tahun 1927,
merayu agar kerajaan menambah jumlah Tanah Simpanan Melayu hingga boleh
menguruskan perjalanan estes-estet yang lebih luas (konsep tanah rancangan
FELDA).
Mendesak lebih
ramai pegawai Melayu dimasukkan ke semua Jabatan Kerajaan seperti
Perbendaharaan, Perdagangan, Kastam dan Jabatan Kehutanan.
Cuba merubah
kedudukan Dato-Dato Lembaga dengan menjadikan mereka yang berpendidikan dan
berperibadi tinggi , penghulu mukim.
Menasihat
Dato-Dato Lembaga supaya merubah sikap mementingkan diri serta rasuah. Kalau
tidak juga mahu berubah, beliau mencadangkan Dato-Dato Lembaga itu meletakkan
jawatan sahaja.
Mendapat persetujuan Dato-Dato Lembaga agar harta carian
dibahagi mengikut Islam.
Semasa menasihati Dato-Dato Lembaga, bercadang menghapuskan
sistem suku di Rembau seandainya Dato-Dato yang korup itu tidak mahu mengubah
pendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan